Anda Yang Ke

Bloggers Penang

~~SAMPAI KE AKHIR HAYAT~~AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Daisypath Anniversary tickers
PERKAHWINAN (PUAN SALINA & ENCIK NADZMIN)

~~SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH. AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Lilypie First Birthday tickers
HARI KELAHIRAN PUTERA SULUNG(MUHAMMAD NAJMI BIN NADZMIN)

1.24.2014

~~Permata Hati Kami : Muhammad Najmi~~

Assalamualaikum....w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Sudah lama agaknya saya tidak meringankan jari-jemari menaip coretan di sini. Mesti ada yang merindui setiap coretan di blog DIARI KEHIDUPAN KU ini kan? Ehehe... (",)

Tiada apa yang dapat dicoretkan sekalipun telah lama jari-jemari tidak lagi petah menari di keyboard seperti kebiasaannya. Biarpun tarikh hari ini adalah 24 Januari 2014 dan masih boleh dikategorikan di awal Tahun 2014 kan? Apa yang ingin dikongsikan bersama untuk pengetahuan semua yang mengenali diri ini.

Dipanjatkan Syukur kepada Allah S.W.T kerana setelah hampir 2 tahun menantikan kehadiran cahaya mata saya dan amp; suami. Akhirnya kami telah dikurniakan PERMATA HATI bagi pelengkap kasih sayang di dalam rumahtangga saya dan suami. Syukur.... Alhamdulillah...


Tanggal 24 JANUARI 2013 bersamaan 12 RABIULAWWAL 1434 HIJRAH menjadi Kenangan Paling Manis yang penuh bermakna apabila genap setahun sudah berlalu, namun memori kelahiran PERMATA HATI kami ini pada pukul 6.50 pagi sesudah Azan Subuh berkumandang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Semoga Muhammad Najmi akan menjadi anak yang Soleh, bakal menjadi pemimpin serta Khalifah yang Baik suatu hari kelak di Bumi Allah S.W.T. Ibu serta Ayah akan sentiasa mendoakan agar Muhammad Najmi menjadi anak yang baik dan sentiasa berbuat baik pada semua orang. InsyaAllah. Amin....Amin....Amin... Ya Rabbal Alamin.

5.01.2012

Tolong! Jangan cuba ubah sejarah Negara!


bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi
"Dengan nama Tuhan, Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum.......w.b.t.

Maaf sekiranya posting untuk kali ini agak sensitif. Tetapi sekadar luahan hati dari seorang rakyat yang cintakan bangsa dan keamanan negara serta umat Islam yang cintakan agama. Memang agak sensitif atau kecewa apabila melihat kejadian 28 APRIL 2012 baru-baru ini. Ranap dan remuk sudah MARUAH yang tercela sehingga ke pelusuk DUNIA. Inilah hasil dari ketidakseimbangan fikiran dalam kehidupan, jika kita sebagai rakyat yang tidak ada prinsip jati diri dan tegas menanam prinsip RUKUN NEGARA.


Jika kita adalah seorang umat Islam yang taat kepada Allah S.W.T berpaksikan dengan jati diri sebagai umat Islam yang peka dan tidak khilaf dengan RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN.

5 RUKUN ISLAM
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
2. Mendirikan Solat.
3. Menunaikan Zakat.
4. Berpuasa di Bulan Ramadhan.
5. Menunaikan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu.

6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah S.W.T.
2. Beriman dengan Para Malaikat.
3. Beriman dengan Kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan Para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Jika kita goyah dengan semua ini maka bangsa atau agama lain akan mempersendakan kita. Adakah ini perjuangan kita sebagai orang Islam dengan menjatuhkan maruah bangsa, negara serta agama kita? Apabila kita taksub dengan POLITIK maka akan goyahnya keIMANan kita terutamanya kepada Allah S.W.T. Dengan itu marilah kita sama-sama bermuhasabah diri.

SUMBER : MUHASABAH DIRI - MENILAI DIRI

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” — Riwayat Bukhari dan Muslim

SUMBER : http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama

Dalil Al Quran tentang Rukun Iman

" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa': 136)
Dari ayat diatas Rukun Iman disebutkan hanyalah lima perkara iaitu
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
  3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
  4. Percaya kepada Kitab-Kitab
  5. Percaya kepada Hari Akhirat
Tidak disebut rukun iman ke-6 iaitu
  1. Percaya kepada Qada' dan Qadar
Kewajipan beriman kepada Qada' dan Qadar sememangnya tidak diterangkan di dalam ayat 136 surah an-Nisaa'. Namun begitu, Rukun Iman ke-6 yang digariskan oleh Rasulullah tetap mempunyai asas di dalam al-Quran berdasarkan kepada ayat-ayatnya yang lain iaitu:-
" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al-Hadid: 22-23)[2]

Dalil Hadis tentang Rukun Iman

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
" Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin.
Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu?
Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit.
Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu?
Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan solat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan.
Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu?
Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu.
Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu?
Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah.
Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 10)


Sudahkah minda anda diBERSIHkan dari dicemari dengan minda yang KOTOR? Tak perlu kita buat sesuatu yang boleh merosakkan keadaan sekeliling bila hati kita penuh dengan rasa dendam kesumat. Apabila fikiran kita yang tak waras boleh menyesatkan AQIDAH kita juga. Juga mungkin bila kalian membaca coretan ini mesti mempertikaikan tentang DIRI INI kan? Hanya Allah S.W.T mengetahui segalanya selagi diri ini masih tahu membezakan di antara HALAL dan HARAM. Namun tak pula lalai dan sentiasa menuntut ilmu seperti Sabda Nabi Muhammad S.A.W, di dalam salah satu hadith Rasulullah S.A.W yang amat popular ialah galakan dalam menuntut ilmu.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahat"


Tolong! Jangan sesekali kita ubah sejarah Negara! Hanya kerana "Nila Setitik Habis Susu Sebelanga"! Bertindak secara RASIONAL bukan hanya kerana FANATIK. Kerana orang yang berilmu tidak akan bertindak melulu tanpa usul periksa. Ingatlah sebelum Negara kita tergadai ke tangan KOMUNIS pula!

Marilah kita sesama bangsa, sesama rakyat dan sesama umat Islam dengan bersatu hati dan bukan bercerai-berai hanya kerana TAKSUB berPOLITIK semata-mata. Jangan jadikan agama sebagai alat untuk mengaburi mata rakyat semata-mata, tetapi jadikan agama Islam dengan fikiran dan hati yang BERSIH untuk eratkan ukhwah sesama umat Islam. Jangan titipkan zarah kebencian dalam diri sehingga Allah S.W.T menarik balik keserian NUR diwajahnya. Selagi kita hidup buatlah kebaikan sewajarnya dan bukan kejahatan atau membinasakan keadaan sekeliling yang aman dan harmoni serta dirahmati Allah S.W.T.  Sebelum coretan kali ini diakhiri dengan penuh keINSAFan dan berTAUBATlah kerana pintu taubat masih terbuka untuk kita semua dari melakukan keZALIMan pada diri sendiri sebelum terlambat. 

Segala coretan ini "Yang baik semuanya datang dari Allah S.W.T dan yang khilaf itu datangnya dari diri ini sendiri". Apapun kita doakan "Semoga Allah S.W.T merahmati serta memberikan petunjuk ke arah kebaikan untuk kita semua. Amin...Amin....Amin... Ya Rabbal Alamin.
(",)



JAUHI FITNAH DAN HIASI DIRI DENGAN BISMILLAH......................................


Wassalamualaikum....w.b.t.


u/p: Rujukan : 
1. http://syiahali.wordpress.com
2. http://www.tayibah.com/eIslam/ilmu.HTM
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pewaris_kepada_Nabi_Muhammad

MY BLOG AWARDS

MY BLOG AWARDS
From Yoyo & Lingg - (DaVOM)

From Lingg (DAVOM)