Credit From : http://1001rahsiadiri.blogspot.com
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
6 JENIS WANITA MALANG
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan
yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang
Syadaqah."
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit
atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
2.26.2009
19 Rahsia Keistimewaan Wanita
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 3:07:00 PM 0 comments
Labels: MOOD, MOTIVATION, WRITING
2.25.2009
9 WoRdS WoMeN UsE???
9 WORDS WOMEN USE
1. Fine : This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.
2. Five Minutes : If she is getting dressed, this means a 1/2 hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.
3. Nothing : This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.
4. Go Ahead : This is a dare, not permission. Don't Do It!
5. Loud Sigh: This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to #3 for the meaning of nothing.)
6. That's Okay: This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.
7. Thanks: A woman is thanking you, do not question, or Faint. Just say you're welcome.
8. Whatever: Is a women's way of saying F@!K YOU!
9. Don't worry about it, I got it : Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to #3.
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 2:13:00 PM 1 comments
Labels: MOOD, MOTIVATION, WRITING
BoSaN....
Hari ni aku rasa bosan sgt2 kat office, xtau knapa perasaan bosan makin membuak2. Ada kerja nak aku kena settle tp biar la...... Tunggu abg mood aku mai kot baru rasa bosan aku ni berkurangan agaknya. Huhuu...........
Anyway dlm bosan2 ni aku sempat siapkan sesuatu yg aku rasa usaha & titik peluh serta otak aku perah secukupnya utk seseorang yg aku minat dr dulu sampai la skrg. Walaupun dah lama aku sepikan diri xbermakna aku kering idea utk sesuatu yg LEBIH BAIK & semua orang akan rasa HAPPY.
Klu korg nak tau apa dia usaha aku tu tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu........................
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 1:32:00 PM 0 comments
Labels: MOOD
2.22.2009
KeLaM-KaBuT???
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 11:50:00 PM 0 comments
2.20.2009
HoNDa CiTy????
Aku dah terpikat dgn Honda City terbaru ni, tp terpaksa la pasang angan2 dulu sbb kena kumpul duit utk Majlis Perkahwinan. Lps selesai kenduri baru la blh fikirkan pasal nak beli kereta baru ni. Ehehe..... Apa pendapat korg mengenai kereta idaman aku ni ek? (",)
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:35:00 PM 0 comments
Labels: RANDOM
2.19.2009
MaGaZiNe CoVeRs?????
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 1:31:00 PM 0 comments
ToP 5 ABPBH2008????
Senarai TOP 5 ABPBH2008
1) Pengacara TV Lelaki Popular
a) AC Mizal
b) Ally Iskandar
c) Aznil Nawawi
d) Faizal Ismail
e) Faizal Tahir
2) Pengacara TV Wanita Popular
a) Abby Fana
b) Cheryl Samad
c) Fara Fauzana
d) Juliana Evans
e) Nurul Alis
3) Penyampai Radio Lelaki Popular
a) AG
b) Aznil Nawawi
c) Faizal Ismail
d) Kieran
e) Khairil Rashid
4) Penyampai Radio Wanita Popular
a) Abby Fana
b) Fara Fauzana
c) Leya
d) Linda Onn
e) Nana
5) Artis Komedi Lelaki Popular
a) AC Mizal
b) Afdlin Shauki
c) Nabil
d) Saiful Apek
e) Zizan
6) Artis Komedi Wanita Popular
a) Amyza Aznan
b) Kenchana Dewi
c) Noorkhiriah
d) Ruminah Sidek
e) Sheila Mambo
7) Artis Baru Lelaki Popular
a) Aiman
b) Fizzow Omar’
c) Nabil
d) Nubhan
e) Riz
8- Artis Baru Wanita Popular
a) Ayu OIAM
b) Lisa Surihani
c) Sari Yanti
d) Scha
e) Stacy
9) Penyanyi/ Artis Nasyid Popular
a) Aiman
b) Akhil Hayy
c) Hijjaz
d) Rabbani
e) Raihan
10) Penyanyi Berkumpulan/ Duo Popular
a) Estranged
b) Fabulous Cats
c) Hujan
d) M. Nasir dan Malique
e) Meet Uncle Hussain
11) Penyanyi Lelaki Popular
a) Adam
b) Aizat
c) Amy Search
d) Mawi
e) Nubhan
12) Penyanyi Wanita Popular
a) Elyana
b) Jaclyn Victor
c) MILA
d) Siti Nurhaliza’
e) Stacy
13) Pelakon Filem Lelaki Popular
a) Farid Kamil
b) Que Haidar
c) Rosyam Nor
d) Rusdi Ramli
e) Saiful Apek
14) Pelakon Filem Wanita Popular
a) Erra Fazira
b) Liyana Jasmay
c) Maya Karin
d) Sharifah Amani
e) Vanidah Imran
15) Pelakon TV Lelaki Popular
a) Aaron Aziz
b) Aqasha
c) Ashraf Muslim
d) Fahrin Ahmad
e) Rosyam Nor
16) Pelakon TV Wanita Popular
a) Abby Abadi
b) Diana Danielle
c) Dynas
d) Fasha Sandha
e) Rita Rudaini
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 11:20:00 AM 0 comments
2.17.2009
kErJa.....kErJa....kErJa.....
Hr ni aku kepenatan skit sbb Mr. James & Mr. Foo dtg ke office ptg td. Balik dr office aku terus ke rumah Ija, pd mulanya nak sipakan kerja2 office. Last2 nampak bantal saja dah ni, so aku ambil keputusan tidoq saja kat sini. Huhu.... So skrg aku nak siapkan kerja office lps tu nak tidoq. Jumpa esok lg, tu pun klu aku xbz & dpt la aku coretkan kat BLOG ni ek. C u tomorrow. Nite & have a nice day. Cha....Chin....Chau......
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 10:57:00 PM 0 comments
2.16.2009
LaGu UnTuKmU......
Lagu : Lagu Untukmu
Nyanyian: Amy Mastura
Dengarkanlah wahai kekasih
Nada simfoni yang mengalun
Bersama getaran asmara
Segala yang ku cintai
Sebagai tanda
Cinta yang tulus dan murni
Di dalam kalbu sanubariku
Lagu ini untukmu
Ini tanda cintaku
Sayangku hanya untuk dirimu
Oh! Tuhan berikanlah
Kurnia kasihMu
Bagi kami yang meniti
Hidup di jalanMu
Penuh kasih dan sayang
Semoga kau abadi
Sampai akhir nanti
ulang rangkap 2
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:44:00 PM 0 comments
JaTuH CiNTa LaGi......
Lagu : Jatuh Cinta Lagi - Kump. Matta
Pertama ku melihat mu bergetar rasa hati ku,
Berdebar-debar jantung ku mungkin ku suka pada mu
Ketika ku melihatnya berdetak-detak didada,
mungkin itu suatu pertanda bahwa ku suka padanya
[#:]
Dia atau dia,
ku pilih yang mana,
aku pusing, untuk memilihnya
[Reff:]
Jatuh cinta lagi,
lagi-lagi ku jatuh cinta,
aku jatuh cinta,
kepada setiap wanita
Jatuh cinta lagi,
lagi-lagi ku jatuh cinta,
harus bagaimana,
ku bingung memikirkannya
Layaknya seorang pria ku coba untuk setia,
mencintai satu wanita tetapi aku tak bisa
Dia atau dia, yang harus ku cinta,
aku pusing untuk memilihnya
[Chorus]
[Interlude]
[#]
[Reff] (x2)
AKU:Dengar lagu ni aku teringat pd seseorg.
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:41:00 PM 0 comments
HaPpY????
Mmg aku happy sgt2 smlm sbb dpt keluar dgn My Lovely & My Sister. Tp sayangnya kita org planning nak tgk cerita Geng Upin & Ipin xdpt sbb penuh sgt org. Huhu..... Klu xmesti lg best dok bergelak ketawa dlm panggung wayang kan? Ehehe.... (",) Paling aku happy bila My Lovely buat suprise bg greeting card for my birthday. Mmg terkejut jugak arr, mula2 aku fikirkan sempena Valentine Day rupanya for My Birthday tu yg lg terharu buat aku sebenarnya. My Lovely mmg xromantik tp dia blh buat aku terharu secara spontan bila sesuatu yg dia ckp membuatkan aku tersenyum. Dah la xnak cerita yg personal kat sini ek. Aku nak share cerita kat korg smlm kita org tukar plan setelah panggung wayang penuh utk kami menonton filem GENG UPIN & IPIN. Kami round kat TOY'R'US pastu masuk dlm JUSCO, bila adik aku dpt berjalan masuk ke bahagian toys apa lagi sempat la kami berpossing dgn teddy bear. Ehehe....
Jalan punya jalan sampai perut pun dah rasa lapar so kita org mkn kat PIZZA HUT. Sambil mkn sambil kita org bincang nak ke mana plak lps tu. Nak shopping mmg xada mood so kita org bincang bila aku bg idea nak ke tepi pantai kat Teluk Bahang. So apalagi suka benar la My Lovely & Adik aku sorg tu dah lama xmain air laut. Ehehe......

Ni plak gambar2 yg sempat aku rakamkan utk tatapan korg, best la dpt tgk mcm2 aktiviti kat situ.




B4 kami nak bertolak balik menuju ke rumah Tok Su Nah di Teluk Kumbar, adik aku teringin plak nak bergambar dgn kuda ni. My lovely pun pi la tanya Macha yg jaga kuda tu blh x nak bergambar dgn kuda. Nak tau berapa harga utk bergambar dgn kuda saja? RM 5 utk bergambar dgn kuda guna camera sendiri la ek, klu nak naik kuda plak dlm RM 10 or RM 15 rasanya. Akhirnya adik aku ambik keputusan xnak bergambar dgn kuda nak balik saja. Frust la tu kan?? Ehehe....

Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 10:09:00 AM 0 comments
2.14.2009
HaRi KeKaSiH?????
Haram Menyambut Hari Valentine
Written by Administrator
Sunday, 10 February 2008
Tarikh 14 Februari sudah sebati dengan sambutan Hari Valentine ataupun Hari Memperingati Kekasih. Setiap tahun seluruh dunia, tidak terkecuali sebahagian masyarakat Islam sendiri, pasti meraikan kedatangan hari ini untuk menzahirkan rasa cinta pada pasangan masing-masing. Ada yang menghadiahkan bunga, coklat, cincin emas atau hadiah-hadiah lain, malah ada yang dengan bangganya melangsungkan majlis perkahwinan atau pertunangan pada tarikh ini. Media massa pula galak mempromosikan sambutan Hari Valentine melalui pelbagai bentuk propaganda.
Perlu diingatkan bahawa menyambut Hari Valentine hukumnya haram bagi semua orang Islam. Dari segi asal-usul peristiwa, Hari Valentine adalah suatu perayaan yang berdasarkan tradisi bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka memeluk agama Nasrani, maka sambutan tersebut berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Tokoh yang bernama St. Valentine ini pula adalah seorang paderi Nasrani yang telah dihukum bunuh kerana tindakannya membela cinta sepasang remaja pada zamannya.
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
Menyambut Hari Valentine jelas bertentangan dengan syariat Islam kerana budaya yang diimport dari Barat ini menghalalkan perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka. Islam mengharamkan sambutan sedemikian bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Dengan membatasi perhubungan lelaki dan perempuan, masing-masing dapat memelihara kehormatan diri dan seterusnya memastikan kesejahteraan dalam masyarakat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32)
Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa sahaja yang boleh membawa kepada zina hukumnya juga haram.
Apa yang jelas dalam sambutan Hari Valentine ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang secara jelas haram dan bertentangan dengan hukum Islam. Kebiasaannya pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan kononnya demi melahirkan perasaan cinta masing-masing. Pada waktu itulah syaitan akan menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk seperti zina.
Kesimpulannya, sambutan Hari Valentine sama sekali bertentangan dengan akidah dan syariat Islam. Perayaan ini tidak lain hanyalah tradisi yang diimport dari Barat yang jelas tidak menggambarkan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Diingatkan sekali lagi bahawa haram bagi orang Islam meraikan Hari Valentine kerana ia boleh membawa kepada murtad yakni terkeluar daripada pegangan Islam.
Berikut dipaparkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Perak tidak lama dahulu berkenaan hukum sambutan Hari Valentine bagi umat Islam:
Murtad Sambut Hari Kekasih Mirip Agama Kristian.
KUALA LUMPUR 11 Feb. 2004 - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa: “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”
Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.
“Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.
Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.
Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’ Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka.
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.
“Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,” kata beliau.
Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.
“Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,” kata beliau.
Sumber: Utusan Malaysia, Februari 2004
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 1:11:00 PM 0 comments
2.13.2009
kErJa.....kErJa.....kErJa.....
Hr ni aku dah start bekerja keras kembali setelah sakit. Huhu.... Mmg xla seteruk mana sakit aku ni, tp klu ikutkan hati nak bercuti namun aku tak berdaya klu cuti mesti mcm2 masalah akan timbul nnt. Huhu..... Hr ni aku penat berhempas pulas nak siapkan 1 kerja paling malas nak buat. Terima kasih xterhingga pd Cikgu Ainie (CERGAZAM-Prai), sbb aku malas nak fikir byk sbb benda alah ni. Nak tau apa? Jom tgk sama2 ek....
Layan..............
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 6:47:00 PM 0 comments
SaKiT LaGi???
Alhamdulillah...... Hr ni aku rasa mcm dah ok skit dr sakit. Erm.... Jgn risau la aku sakit biasa saja, dlm beberapa bln mesti aku sakit tiba2. Tp dr hr selasa baru ni aku dah start sakit kepala & perut, ni la petanda selalu aku kena LOW PRESSURE (Tekanan Darah Rendah). Alhamdulillah, hr ni aku rasa dah ok tp masih ada saki-baki tu yg dpt aku rasakan. Huhu...... Cumanya hr ni aku kena start KERJA.....KERJA....KERJA.....
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 1:23:00 PM 0 comments
2.11.2009
~~KaLiS GoSiP LiaR~~
Walaupun aku tgh sakit kepala lg hr ni aku sempat jenguk ke beberapa berita hiburan melalui online. Sorry la klu ayat aku berterabur skit hr ni ek. Erm... Korg tgk la sendiri ek.
Layan~~~~
Credit : Berita Harian Online (11/02/2009, Rabu)
Gaya sederhana, sikap humor
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
'Happy' buah tangan terbaru Amy Mastura untuk peminat bagaikan kena dengan dirinya
TAHUN ini masuk 16 tahun artis bertubuh kecil molek, Amy Mastura melayari hidup sebagai selebriti. Merenung dan menyelak laluan panjang ibu kepada dua anak ini, ternyata Amy masih bertahan merentasi graf naik turun dalam dunia yang penuh cabaran.
Amy antara penyanyi yang kalis gosip liar dan kontroversi, malah setiap hayunan langkahnya masih kemas dan tiada sangsi dek pemerhati di luar sana.
Cuba memanfaatkan kipas meja yang kebetulan ada di dalam studio, pelbagai aksi dan mimik muka cuba dilakukan penyanyi yang dikenali dengan lagu Jawapan Kasih dan Meniti Hari ini. Semudah bacaan A hingga Z dan seiring dengan pengalamannya, namakan saja gaya yang diingini, Amy mampu merealisasikan dengan rambutnya mengerbang cantik dihembus angin. Riuh studio gara-gara ketawa pengacara Apa-Apa Aje musim terbaru di TV3 ini menggantikan pengacara asal, Sheila Rusly.
2009 menjadi permulaan yang baik kepada wanita kelahiran Ipoh ini apabila rezeki tidak pernah putus singgah ke dalam diari hidupnya. Dia antara penyanyi wanita era 90-an yang masih dianggap mekar di hati peminat, malah ada saja perkembangan terbaru yang ingin dikongsinya, tidak kira sama ada dalam bentuk lakonan, pengacaraan TV dan lakonan. Menyentuh mengenai lakonan, drama terbaru lakonannya, Kasut Tumit Tinggi sudah mula disiarkan di Astro Prima (saluran 105) sejak 22 Januari lalu.
WAJAH ceria Amy terus melekat di hati peminat. |
Drama 13 episod bergenre komedi romantik dan diarahkan Low Ngai Yuen (bekas pengacara program 3R) menggandingkan Amy dengan pelakon hebat seperti Norish Karman dan Nanu Baharudin termasuk bakat baru, Juliana Evans. Terbabit sama di dalam drama yang memakan masa tidak sampai sebulan itu, menjadi satu pengalaman berharga buatnya.
“Ini kali pertama saya berlakon di bawah arahan Low Ngai Yuen dan produksi Double Vision. Menimba pengalaman di produksi berbeza membolehkan saya mengutip banyak ilmu buat bekalan di dada. Apa yang saya dapat katakan satu kelainan dapat berlakon di dalam produksi ini. Saya juga tidak berdepan dengan masalah, malah komitmen pelakon yang terbabit juga menyenangkan.
“Bekerja dengan pengarah (Low Ngai Yuen), dia jenis yang pantas bekerja, tegas dan dia tahu apa yang inginkan. Dia bijak mengawal tahap lakonan setiap pelakon dan memudahkan kepada kita sebagai pelakon untuk memberikan apa yang diingininya. Paling menyeronokkan lagu single pertama saya Langkah Di Hatimu,” katanya ringkas dan drama 13 episod ini boleh ditonton pada setiap Khamis jam 10 malam.
Bakal menginjak usia 38 tahun pada 10 Mei ini, bidang nyanyian kini bukan lagi keutamaan sebaliknya ia diseimbangkan dengan apa saja punca rezeki yang boleh diusahakannya. Kalau dulu sewaktu berjaya muncul dengan album sulung, memang iya, dunia nyanyian sudah memadai buatnya. Namun seiring dengan peredaran masa dan peningkatan kos sara hidup, dia perlu bijak mencuri peluang yang ada di depan mata.
Bersyukur dengan apa yang dilalui
KATA Amy, apa yang diceburinya kini dilakukan atas paksi minat dan suka. Pada tahapnya kini, elemen populariti mungkin bukan segala-galanya, sebalik ia adalah bonus jika masih ada pihak yang menghargai bakat seninya. Katanya lagi, apa yang dilakukan kini atas dasar tanggungjawab dan sumber mata pencarian.
“Saya bersyukur dengan apa yang saya lalui. Kalau ada peluang baru di depan mata, kenapa tidak saya mencabar diri mencubanya. Apa yang bakal berlaku di kemudian hari, tiada di dalam gambaran mata kasar saya. Semuanya sudah ditetap Yang Maha Esa. Begitu juga kisahnya, sewaktu saya diberi peluang mengacarakan Apa Apa Aje bersama Shamsul Ghau Ghau. Saya amat berterima kasih kepada pihak pengurusan TV3 yang menawarkan tugas ini.
“Ia adalah satu cabaran besar apabila diberi tanggungjawab mengambil alih daripada hos asal Sheila Rusly yang memang diakui cukup bagus orangnya. Saya berharap tidak dibandingkan dengannya, Sheila ada caranya tersendiri dan begitu juga dengan saya. Selagi orang memberi kepercayaan untuk kita melakukan kerja, saya akan cuba melakukan sebaik mungkin.
“Di zaman ini juga banyak tawaran berlakon yang kunjung tiba kepada saya. Syarikat produksi juga semakin berkembang dan stesen TV banyak memberi peluang kepada saya. Sama halnya, apabila pihak Sony BMG Music masih berminat untuk membikin dan mengedar album terbaru saya. Ia umpama rahmat bermakna untuk saya terus mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan,” katanya yang bakal muncul dengan filem Hopperz dijangka pada tahun ini.
Membelek episod rumah tangganya di samping suami dan dua anak, Adriana dan Adalia, alhamdulillah bahagia masih erat mendakap kehidupannya. Diusik pertanyaan mengenai hasrat menambah bilangan anak, pintas Amy Mastura sambil berseloroh, anak ketiga belum ada di dalam senarai carta. Masih comel di usia yang hampir larut, Amy tidak mempunyai petua tertentu sebaliknya melalui aturan hidup ini sebagaimana yang sudah ditentukan Tuhan.
“Tiada apa-apa rahsia, mungkin apa yang saya hanya terus bergembira seadanya. Semua manusia di dalam dunia ini akan jadi tua juga pada akhirnya. Itu pasti dan tidak boleh dielak. Ia satu ketetapan yang pasti.
“Gaduh-gaduh manja itu biasalah dalam kehidupan berumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita manusia biasa Alhamdulillah, sesibuk mana saya sekalipun, masa dengan anak-anak tetap ada. Setidak-tidaknya kalau saya dapat hantar Adriana ke sekolah, sudah memadai dan menyejukkan hati saya,” katanya yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran bakat baru sekali gus memeriahkan persada seni.
SEPINTAS: Amy Mastura
PROFIL:Amy Mastura
Kejayaan:
Solekan: Hadthim Thai (012-3205686)
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 10:41:00 AM 0 comments
2.10.2009
~~BiLa BoSaN & MeNGaNtOk~~
Hari ni mood bosan & mengantok pun menjelma lg. Bkn apa ni sbb cuti byk hr dpt tidoq ptg kat rumah la punya hal ni. Huhu..... Dah la ada kerja nak settle hr ni, tp mood aku plak xbetul lg. Huhu.... Mengantoknya...........
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 1:59:00 PM 0 comments
2.06.2009
KoMuNiTi BLoGgErS PeNaNg????
Mesti hangpa semua hairan kan mcm mana la aku blh join KOMUNITI BLOGGERS PENANG kan? Sebenarnya ni gara2 tgk Blog Kak EJ la ni. Ehehe. Thanks la Kak EJ sbb memperkenalkan melalui Blognya pasal ni. Klu x aku pun ni malas gak nak update BLOG sendiri. Ehehe. Anyway aku nak sertai KOMUNITI ni sbb aku adalah anak jati PULAU MUTIARA. Ehehe. Ok la xnak cerita lebih2 so klu korg2 rasa berminat join la ek.
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 1:33:00 PM 1 comments
~~tHaNk YoU VeRy MuCh~~
THANK YOU~~~ TERIMA KASIH~~~ARIGATO (GOZAI-MASU)~~~
Memang dah byk sgt aku ucap perkataan yg sama, korg jgn keliru plak ek. Anyway aku terharu sgt thn ni wishing yg aku terima terlalu byk dr thn2 lps for MY BIRTHDAY. Diantaranya korg tgk saja ek.
From : FORUM MILAWAZZUP (http://forum.milawazzup.com)
- armiza
- Sr. Member
Offline
- Gender:
- Posts: 314
-
« Reply #893 on: 30 January, 2009, 05:48:50 PM »
semoga panjang umur
semoga di murahkan rezeki
semoga berbahagia di samping tunang tersayang[/b]
- Zel
- Sr. Member
Offline
- Gender:
- Posts: 288
- support Mila
-
« Reply #894 on: 31 January, 2009, 10:42:20 PM »
Hapey Besday to Kak Sal... ehhe..
Hapey besday juga kpd Shasha....
Rock is in my soul...
DaVOM is on my mind...
Mila always in my Heart...
-zel
- salyna2000
- AJK Khas Da VOM
- AJK Da VOM
- Hero Member
Online
- Gender:
- Posts: 624
- DaVOM Forever & Never Give Up
-
« Reply #895 on: Yesterday at 01:38:10 PM »
semoga panjang umur
semoga di murahkan rezeki
semoga berbahagia di samping tunang tersayang[/b]
Terima kasih Miza. Wah org 1st wishing kat Kak Sal ni.
- salyna2000
- AJK Khas Da VOM
- AJK Da VOM
- Hero Member
Online
- Gender:
- Posts: 624
- DaVOM Forever & Never Give Up
-
« Reply #896 on: Yesterday at 01:41:18 PM »
Hapey Besday to Kak Sal... ehhe..
Hapey besday juga kpd Shasha....
Thanks Zel. ni 2nd person yg wishing for my birthday.
- salyna2000
- AJK Khas Da VOM
- AJK Da VOM
- Hero Member
Online
- Gender:
- Posts: 624
- DaVOM Forever & Never Give Up
-
« Reply #897 on: Yesterday at 01:44:14 PM »
selamat berbahagia...
jemput nina la nnt ek....
nina dah jd org penang...hihihihi
Thanks Nina. Sal pun doakan Nina berbahagia dgn suami sampai ke akhir hayat ek.Amin... Amin.... Amin... Ya Rabbal Alamin...
- KA
- Presiden Da VOM
- Global Moderator
- Hero Member
Offline
- Gender:
- Posts: 713
-
« Reply #898 on: Yesterday at 02:37:09 PM »
Hepi Bday salina.mmuahhzzz
- keyrol87
- AJK Khas Da VOM
- AJK Da VOM
- Hero Member
Offline
- Gender:
- Posts: 816
- Kita Hanya Mampu Merancang,Hanya Tuhan Menentukan
-
« Reply #899 on: Yesterday at 03:39:07 PM »
semoga dimurahkan rezeki n panjang umo........
semoga bhagia disamping insan yg tersyg....
semoga hidup kak sal,sentiasa dirahmati olehNya...
UCAPAN...hari jadi..kejayaan...celebration...ape sajelah..
- jimboq
- AJK Khas Da VOM
- AJK Da VOM
- Hero Member
Offline
- Posts: 1,933
- gerekk seh!!
-
« Reply #900 on: Yesterday at 04:04:32 PM »
- shidi82
- AJK Khas Da VOM
- AJK Da VOM
- Hero Member
Offline
- Gender:
- Posts: 689
- Aku dan MILA
-
« Reply #901 on: Yesterday at 04:31:28 PM »
semuga panjang umo...
murah rezeki...
sihat sentisa....
- zunaidah
- Sr. Member
Offline
- Gender:
- Posts: 403
-
« Reply #902 on: Yesterday at 04:57:32 PM »
hEpY bEsDaY 2 U
hEpY beSDay 2 K.SAL
hEpy bEsDay 2 U
d doakan semoga pnjang umor n d murahkan rezeki....
bhgia d smping org trcyang
- salyna2000
- AJK Khas Da VOM
- AJK Da VOM
- Hero Member
Online
- Gender:
- Posts: 624
- DaVOM Forever & Never Give Up
-
« Reply #903 on: Yesterday at 05:19:23 PM »
Hepi Bday salina.mmuahhzzz
semoga dimurahkan rezeki n panjang umo........
semoga bhagia disamping insan yg tersyg....
semoga hidup kak sal,sentiasa dirahmati olehNya...
semuga panjang umo...
murah rezeki...
sihat sentisa....
hEpY bEsDaY 2 U
hEpY beSDay 2 K.SAL
hEpy bEsDay 2 U
d doakan semoga pnjang umor n d murahkan rezeki....
bhgia d smping org trcyang
- emi_15
- Hero Member
Offline
- Gender:
- Posts: 1,129
- mila always in my heart!!!
« Reply #904 on: Yesterday at 07:07:11 PM »
sowy lmbat wish...
semogaaa kak sal dimurahkan rezeki...
acu emi,15thn,sporting,xhensem,xsuka diam
acu support mila beb!!!~0172979783~
- eleza737
- Naib Presiden Da VOM
- Global Moderator
- Hero Member
Offline
- Gender:
- Posts: 3,431
« Reply #905 on: Today at 12:56:40 AM »
From : My FACEBOOK
http://www.facebook.com/home.php?ref=home#/profile.php?id=521359087&ref=profile
Thursday, February 5, 2009

Happy Birthday to Kak Sal!!!
errmmm.....yg ke 28.
semoga pjg umur
murah rezeki
sukses slalu
dipercepatkan jodoh (cpt2la kawin). kah3x
GBU!!!
errmmm....p blog kak sal td....dia ada tulih yg 13.02 ni 'abg' dia p interview. pe kaitan ngan aku??? ahaks....sbnrnya just nk ckp psl tarikh tu, 13.02. pd hari yg sama aku ada appointment doc. isk3x....hope everything ok! ssh nk predict actually sbb kaki aku ni still sakit lg. so aku xleh nk teka kaki aku ni getting better or getting worst. insyaallah klo xde pe2 mslh, sok aku try p berubat cara tradisional. hope xde mslh pe la. risau gak kot2 b'tmbh skt lak b'ubt cara tradisional nih. lgpun, doc dh psn, jgn urut kaki aku nih. kali ni i've to break the rule sbb xthn kaki aku ni skt. kot la getting better lak ble b'ubt cara tradisional ni kan. lgpun member aku yg rekomen tmpt tu. hmmm.....just wait n see la yer pe jd ngan kaki aku nnt.
nothing much to say actually. pale aku ngah serabut. keje manyakkk....sok kne hntr assignment micro-p. aiyohhhhhhhh.........apsl la aku kne stdy micro-p??????? sungguh memeningkan pale. tuluunnn3x..........komengggg aaaaaa.........help me........sob3x
Kpd semua TERIMA KASIH byk2 krn mendoakan utk KEHIDUPANKU di masa hadapan. Tak lupa juga yg mendoakan kebahagiaan aku bersama tunang & family aku. Pd sapa2 yg buat andaian utk aku kahwin awal tu TERIMA KASIH atas doa kalian. InsyaAllah, aku & tunang aku akan bernikah pd tarikh yg masih di dlm perancangan iaitu 10/12/2010 tarikh AKAD NIKAH & 11/12/2010 adalah tarikh MAJLIS PERKAHWINAN di rumah aku. Amin... Amin... Amin.... Ya Rabbal Alamin... Mudah2an semuanya berjalan lancar nnt.
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 11:13:00 AM 1 comments
MY BLOG AWARDS

From Yoyo & Lingg - (DaVOM)

From Lingg (DAVOM)