Bulan Disember 2010 ni ramai plak yg sambut "Hari Jadi atau Hari Lahir atau Birthday". Sorry yea sbb tak dapat nak update dalam Facebook Kelab Peminat Amy Mastura. So kepada sanak-saudara, kenalan-kenalan dan sesiapa yang celebrate Birthday dalam bulan Disember 2010 ni Cheq nak ambil peluang nak ucapkan, "Selamat Hari Lahir, Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki." Amin....Amin...Amin... Ya Rabbal Alamin. Tarikh hari ini 23/12/2010 genaplah usia ke 23 Tahun buat insan yang bernama Norsyarmilla Jirin (Mila AF5). Teruskan usaha sepertimana kejayaan yang diinginkan dalam bidang seni yea. Cayuk...Cayuk.... (",)
12.23.2010
~~HaPpY BiRtHDaY~~
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 5:27:00 PM 0 comments
Labels: AMFC, BIRTHDAY, CELEBRATION, DAVOM, FACEBOOK, FAMILY, FRIEND
12.22.2010
~~aLHaMDuLiLLaH~~
Alhamdulillah...... Minggu ini dah hampir genap 2 minggu Cheq bergelar isteri kepada Encik Nadzmin Bin Rahamad. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah menemukan jodoh dengan insan yang cukup penyayang, bertolak ansur dan yang paling penting kebahagiaan bersama seorang insan yang kini bergelar suami, serta mempunyai ciri-ciri lelaki yang diidamkan selama ini. Ehehe.... (",)
Terima kasih tak terhingga buat sepupu Cheq iaitu Norlidia a.k.a. Jimah, yang mempertemukan kami berdua sehingga terjalinnya ikatan perkahwinan kami berdua.
Terima kasih juga buat semua sedara-mara, jiran-jiran, kenalan-kenalan serta sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam melancarkan segala perjalanan Majlis Perkahwinan kami berdua. Hanya Allah S.W.T dapat membalas segala jasa baik korang semua. Kami berdua hanya mampu berdoa kepada Allah S.W.T semoga kalian diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan lagi rezeki mendatang. Amin....Amin....Amin... Ya Rabbal Alamin. Sebelum Cheq akhiri coretan kali ini, Syukur....
Alhamdulillah....Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 5:07:00 PM 2 comments
11.03.2010
~~KeTaWa & aiRMaTa~~
Hasil Nukilanku-03/11/2010 : 9.50mlm
Ketawa dan airmata,
Teman setia menemaniku,
Di kala riang jelas di mata,
Di hati sedih menyapaku,
Ketawa dan airmata,
Bukan sekadar mainan jiwa,
Menipu diri dari pandangan mata,
Terus terseksa dalam kecewa,
Ketawa dan airmata,
Rasa yang terlalu berbeza,
Ketawa jelas di mata,
Airmata menemani jiwa berbeza,
Ketawa dan airmata,
Hati merintih bila senyum dibibir,
Hanya menipu pandangan mata,
Senyum dipamer menguntum bibir,
Ketawa dan airmata,
Airmata tiada henti di jiwa ini,
Bila hati ingin riang gembira,
Sedih dan pilu menyelubungi kini,
Ketawa dan airmata,
Hati merana dan terseksa jiwa,
Bila tidak ikhlas dengan kata,
Hanya airmata pengubat jiwa.
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 9:54:00 PM 0 comments
~~SeSaK NaFaS~~
Hasil Nukilanku-03/11/2010 : 8.30mlm
Sesak nafas bila memikirkan,
Nasib yang selalu dihimpit malang,
Bila diri sentiasa dipergunakan,
Di kala senang ramai bertandang,
Sesak nafas ini terus bertandang,
Mengenangkan diri yang malang,
Tika senang ramai yang datang,
Bila kesusahan semua terus hilang,
Sesak nafas makin menyiksa,
Terasa diri kehilangan arah,
Makin jiwa terus rasa terseksa,
Mengenangkan nasib tanpa arah,
Sesak nafas ini ingin dilepaskan,
Redakan amarah jiwa tidak tertahan,
Bila difikirkan perlukah diteruskan?
Tidak mungkin mengundang keburukan,
Sesak nafas makin berbahang,
Dengan api penuh dengan kemarahan,
Bila diri terlalu baik dengan orang,
Disalah ertikan dan diambil kesempatan,
Sesak nafas bila difikirkan lagi,
Menjadi baik pun menjadi kesalahan?
Mengapa orang jahat tak diberi hukuman?
Bila menolong orang dan tak dihargai..................................
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 8:39:00 PM 0 comments
10.03.2010
~~PeRSiaPaN PeRKaHWiNaN (PaRt 2)~~
Hattcchhummmm....... Mesti berHABUK dah kan BLOG cheq ni kan? Maaf la ek sejak akhir2 ni bz menyelesaikan pelbagai persiapan utk perkahwinan nnt. Sapa kata kahwin senang oiiiiii? Sapa nak kahwin 2 fikir la sebaik2nya yea. Zaman skrg ni klu ekonomi xstabil jgn kata nak kenduri kecil2 pun byk belanja lu nak beli barang. Tp jgn plak fikir sesenang hati saja klu nak kahwin yea, kena fikir tanggungjwb pasangan masing2 slps bkahwin.
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 9:29:00 PM 0 comments
5.26.2010
~~HaPpY BiRtHDaY To My LoVeLy MoTHeR~~
"Allah Selamatkan Kamu....Allah Selamatkan Kamu Wahai BondaKu.... Allah Selamatkan Kamu", Selamat Hari Lahir kpd Ibu cheq iaitu Puan Zaitun Binti Mat Amin yg ke-53, Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki. Amin.....Amin.....Amin..... Ya Rabbal Alamin. (",)
Terima kasih tidak terhingga kpd GMah sbb tlg belikan kek ni utk celebrate birthday IBU yea. Kpd Mama Arah yg sudi msk soto pd hr 2 Adik dah dpt belajar 1 resipi lg, cheq plak hr 2 penat sbb tlg ayah cat rumah di ruang belakang rumah. Kpd Abah Din, Malis, Ija, Abg Y, Khairi & Syazalina krn sudi memeriahkan majlis yg tidak dirancang. Jom layan pic2 yg sempat di snap yea. Layan~~~~~~~~~~
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 9:45:00 AM 0 comments
Labels: BIRTHDAY, CELEBRATION, FAMILY, FOOD
5.23.2010
~~IDoLaKu & SiFuKu~~
IDOLA??? SIFU?? Nak tau x sapa IDOLA & SIFU cheq? Mereka dikalangan Artis Malaysia, yg blh dijadikan sumber inspirasi utk meneruskan kehidupan dlm kerjaya selain kita menjadikan Nabi Muhammad S.A.W. adalah IDOLA yg begitu HEBAT serta tiada tandingannya utk memperjuangkan agama & menyatukan umat yg diciptakan Allah S.W.T. Selain 2 cheq amat kagum dgn cara pemikiran TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD yg diantara org blh dijadikan IDOLA utk membangunkan jati diri anak bangsa & dlm mempertahankan serta menjulang nama negara MALAYSIA ke serata DUNIA. Alhamdulillah..... Bersyukur kehadrat Allah S.W.T. krn diberikan akal yg sempurna, utk memilih jln KEHIDUPAN yg POSITIF & LEBIH BAIK dr anak2 remaja diluar sana yg mudah terjebak di dlm gejala sosial yg kurang sihat. Kpd adik2 yg sedang membaca coretan BLOG cheq ni supaya sedar la jika pernah melakukan kesilapan agar terus berTAUBAT & jgn sesekali ulangi KISAH SILAM. Kita manusia biasa yg xpernah terlepas dr melakukan kesilapan, berikan peluang yg ada selagi masih bernafas.
Alamak!!! Terlebih plak cheq berleter ni. Ehehe...(",) Anyway berbalik kpd MOTIF UTAMA utk dikongsikan cerita & pengalaman dgn korg semua knapa cheq pilih Artis Malaysia utk dijdkan IDOLA & SIFU? Klu nak tau jom ikuti coretan cheq yg xseberapa ni ek.
Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~~~~~~

Beliau adalah insan yg betul2 mengajarkan diri cheq terasa cukup sempurna dlm meneruskan kehidupan. Di mana beliau xpernah sesekali menimbulkan sebarang KONTERVERSI yg selalu melanda dikalangan Artis Malaysia.
Beliau menjadikan cheq byk berfikir & mencuba sesuatu utk difahami melalui lagu2nya yg dinyanyikan penuh kata2 MOTIVASI DIRI utk meneruskan kehidupan. Siapa sangka dulu cheq ni pemalu orgnya & penakut utk mencuba sebarang perkara baru, yg blh menjadikan cheq skrg seorg yg petah & kdg2 agak sengal. Ehehe....(",)
Beliau diantara artis yg pandai menjaga hati semua fans xkira yg baru atau lama dijaganya sama rata & xada perbezaan langsung. Alhamdulillah..... Krn sifat keperibadiannya ni la yg buatkan cheq lg amat kagumi. Secara xlangsung juga beliau melakukan kerja2 amal yg byk tanpa paparan di dada akhbar. Cheq sentiasa mengikuti perkembangan Kak Amy Mastura melalui Official Website Amy Mastura & Circles99.com.
Alhamdulillah..... Dgn berkat kesabaran & kesungguhan cheq utk bersama2 AMFC (Amy Mastura Fan Club) akhirnya diberikan kepercayaan oleh Manager Kak Amy iaitu Kak Nana Ahmad & Webmaster Amy Mastura iaitu Airize (Norman Noah). Cheq diberikn tanggungjwb utk membentuk semula AMFC di Fan Page Amy Mastura @ FACEBOOK bersama Erdaliza Rosle.
Alhamdulillah.... Nampaknya skrg dah berjaya kumpulkan ramai fans AMFC yg terdiri dikalangan selebriti juga diantaranya Jihan Muse (Finalist Raja Lawak Musim Ke-3) & Yann (Perserta Raja Lawak musim Ke-3) rupa2nya Peminat Setia Amy Mastura.

Shahriza Binti Mahmud (Shahriza Mahmud)
Beliau adalah seorang yg HAPPY GO LUCKY & seorg kakak yg baik bg cheq. Cheq kenal pun melalui kenalan FACEBOOK iaitu Erin. Hidup cheq lebih bermakna krn beliau merupakan pemikir yg terHEBAT yg pernah cheq jumpa. Walaupun org lain ada yg xkenal krn beliau agak suram dlm bidang seni dr lakonan & pengarahan. Tetapi beliau xpernah berputus asa mengabadikan diri di dlm bidang seni MALAYSIA.
Alhamdulillah...... Rezeki beliau ada walaupun xbyk mana tp keperihatinan beliau bersama rakan sperjuangan dlm menjaga kebajikan artis veteran. Beliau telah dilantik menjadi VICE PRESIDENT SENIMAN. Tahniah Kak Riza!!!!!! Cayalah SIFU..... (",)
Erm.... Korg mesti pelik knapa cheq panggil Kak Riza SIFU kan? Nak tau knapa? Krn beliau la cheq timba ilmu & pengalaman dlm bidang seni serta mengetahui pahit getir hidup sbg anak seni. Krn beliau jugalah cheq kembali menulis & mengarang semula selama ni pernah mencuba tp hanya sekerat jln. Krn semangat & dorongan beliau juga buatkan cheq kembali berfikir utk bersama2 membantu anak2 seni di MALAYSIA supaya dpt maju ke hadapan bkn sekadar di dlm negara malahan sampai ke luar negara.
InsyaAllah..... Mudah2an apa yg kami rancangkan bersama nnt akan diberkati Allah S.W.T. Nak tau apa usaha kami 2 kena la sabar yea.
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~~~~~~
Klu korg rasa cheq ckp xberasas knapa la patut Artis/Selebriti dijadikan IDOLA/SIFU sbg ROLE MODEL utk membentuk MOTIVASI DIRI. Korg jenguk la pandangan dr PAKAR MOTIVASI iaitu ENCIK HELMI SUHAIMI. Cuba layari link di bawah yea.
Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~~~~~~~~
http://helmisuhaimi.blogspot.com/2008/12/motivasi-dalam-diri.html
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 7:38:00 AM 0 comments
4.21.2010
~~WeeKDaYs~~
Weekdays???? Errmm.... Byk benda yg cheq nak dikongsikan dgn korg semua sbenarnya. Hr2 cheq terpaksa meredah kesesakan lalu-lintas di atas JAMBATAN PULAU PINANG. Kdg2 jam & kdg2 lenggang blh la fresh otak sampai ke office pun senang nak siapkan kerja, tp klu dah jln sesak teramat2 sgt sampaikan otak pun menjadi beku seketika. Kahkahkahkah.....
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 6:07:00 AM 0 comments
4.19.2010
~~WeeKenD~~
Hr ni byk benda nak cerita pasal smlm. Xsempat cheq nak coretkan sbb sibuk siapkan pelbagai kerja bila dah dpt bercuti weekend. Ehehe... (",) Sebelum 2 cheq nak kongsikan cerita last 2 weeks a go time ke Giant Kulim bersama2 Adik, G-Mah & Malis. Dlm perjalanan ke GUARDIAN dlm Giant (klu xsilap). Cheq ternampak iklan Kempen "Jom Lebih Sihat Lifebuoy" ternampak la kelibat artis pujaan cheq. Apalagi curi2 ambik pic la. Ehehe... (",) 10q Malis pasal cdgan nak ambik this pic dgn cara kita penuh agenda yea. Layan~~
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:16:00 AM 0 comments
4.17.2010
BuRgEr????
Alhamdulillah.....
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 11:56:00 PM 0 comments
4.16.2010
~~CuCi, BeRSiH & LiCin~~
Cuci?? Bersih?? Licin?? Apa kes ni? Ni bkn kes kat mahkamah ek. Ni hah cheq nak cerita hr ni walaupun penat tp blh lg tlg kemaskan dapur mcm biasa rutin slps blk waktu kerja ni la rutin seharian yg sempat dilakukan. Mlm ni dpt mkn Tom Yam campur & nasi putih sampai kenyang perut. Nyummyyyy.... Sedap woooo....
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 11:38:00 PM 0 comments
MY BLOG AWARDS

From Yoyo & Lingg - (DaVOM)

From Lingg (DAVOM)