Alhamdulillah.... Semalam (5 Disember 2011) genap setahun usia perkahwinan Cheq bersama suami tercinta iaitu Encik Nadzmin Bin Rahamad. Bersyukur teramat sangat walaupun ianya dirai dengan sederhana tetapi keceriaan dalam hati ini bagaikan bunga berkembang mekar di taman. Wah! Korang pun berimaginasi juga yea. Anyway apapun terima kasih di atas ucapan serta doa dari saudara-mara, kawan-kawan serta kenalan yang mengenali diri ini serta suami.
Hanya Allah yang mengetahui apa yang bersarang dihati kami berdua bila ulangtahun pertama dirai maka dengan banyak lagi rintangan yang harus kami harungi. Apatah lagi soalan yang bertubi-tubi diajukan kepada kami. BILA NAK DAPAT ANAK? Anak itulah bakal mengeratkan lagi hubungan di antara kami sebagai suami isteri. Apapun jawapan yang pasti akan kami berikan. INSYAALLAH,KALAU ALLAH BERIKAN ANAK UNTUK KAMI SEKARANG PUN KAMI TERIMA. Namun Qada' dan Qadar ketentuan dari Allah S.W.T yang tak mampu kita tahu bila masanya. Yang ada cuma ikhtiar dari kami sebagai insan yang kerdil lagi tidak sempurna.
Okey tak mau dah sedih, dengan luahan rasa yang terkadang ingin titisan airmata mengalir dari pipi, tetapi ditahan tanpa mengalah. Kerana Allah S.W.T telah aturkan setiap manusia itu dengan ujian kekuatan dan ketetapan IMANnya. Semoga Allah S.W.T pelihara hubungan kami sehingga ke akhir hayat. Amin....Amin....Amin.... Ya Rabbal Alamin.....
12.06.2011
~~HaPpY 1st WeDdinG aNniVerSaRy~~
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 10:30:00 PM 0 comments
Labels: CELEBRATION, FAMILY, MOOD, MY LOVELY
8.05.2011
~~PeRTaMa KaLi BeRpUaSa BeRSaMa sUaMi TeRCiNTa~~


Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 6:34:00 AM 0 comments
Labels: CELEBRATION, FOOD, MOOD, MY LOVELY
7.28.2011
♥ ♥ ♥HARIMAU MALAYA TETAP MENANG DIHATI♥ ♥ ♥ I LOVE MALAYSIA♥ ♥ ♥
HARIMAU MALAYA TETAP MENANG DIHATI
Thursday, July 28, 2011
Sehingga bertemu dilain waktu. Sayonara~~~~~~Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 11:38:00 PM 1 comments
7.26.2011
~~aLHaMDuLiLLaH... KeNYaNg SuDaH~~
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 10:34:00 PM 0 comments
7.13.2011
iDEa SuDaH MaRi......
Alhamdulillah. Pagi yang indah hari ni sampai tak dapat lelapkan mata semalaman kerana idea untuk kembali menulis datang tanpa diduga. Setakat sekarang tajuk dah ada tapi semua jalan cerita tergantung. Apa kes? Hahaha..... Sebabnya diri ni belum betul-betul nak tumpu 100% untuk menulis sepenuhnya. Mana taknya, asal ada idea saja notebook ada pada Adik & bila ada depan mata pulak idea main games saja memanjang. Apa kes? Hahaha..........
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 8:22:00 AM 0 comments
7.03.2011
HiTaM aTaU PuTiH?
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 9:11:00 AM 0 comments
Labels: MOOD, MOTIVATION
5.12.2011
BLOG TERBARU?
Alhamdulillah.... Sebelum ini memang Cheq dah lama planning nak buat BLOG BARU. Tapi tak bermakna BLOG ini tak akan diaktifkan lagi. Semua aktiviti sendiri akan seperti biasa dan selalunya dicoretkan sesuatu tentang KEHIDUPAN KU. Hari ini Cheq nak kongsikan tentang hasil nukilan melalui lukisan. Sebenarnya minat melukis sejak dari bangku sekolah lagi, disebabkan Ayahanda serta Bonda tak membenarkan untuk Cheq serius dalam SENI so terpaksa membatalkan dan membataskan niat. Tak mau berceloteh panjang lebar lagi, apakata korang jenguk ke BLOG TERBARU Cheq ni yea. Layan~~~~

Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 9:35:00 AM 0 comments
Labels: MOOD
5.09.2011
SaGuHaTi?? aLHaMDuLiLLaH.....
Dah lama tak mencoret di BLOG ini. Semakin hari semakin malas nak mencoretkan sesuatu. Nasib baik hari ini rajin untuk kongsikan sedikit sebanyak aktiviti selama bergelar surirumah sepenuh masa. (",) Apapun minda tak pernah berhenti untuk berfikir demi mengisi masa terluang di rumah. Ermmm.... Sekadar nak kongsikan pengalaman sendiri bila sunyi dan boring bila berada di rumah selain mengemas dan membasuh menjadi rutin seharian sebagai surirumah. Alhamdulillah, tergerak juga hati nak menjenguk ke laman web Zull Design Autotronic sosial FACEBOOK ZullDesign Autotronic. Ternampak pula pertandingan untuk bulan April 2011 dengan ingin rasa mencuba Cheq pun cuba mengambarkan apa yang diminta bagi mematuhi syarat pertandingan. Alhamdulillah rezeki menyebelahi walaupun pertama kali mencuba dan memenangi saguhati untuk pertandingan berikut:-
Alhamdulillah....... Sekarang nak mencuba pertandingan untuk Bulan Mei 2011 pula. Doakan rezeki menyebelahi Cheq yea. Amin.... Amin.... Amin.... Ya Rabbal Alamin. (",) Sehingga bertemu dilain coretan. Sayonara~~~
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 1:21:00 PM 2 comments
4.28.2011
~~FeSTiVaL BoRia @ KaMPuNg SeRoNok, BaYaN LePaS, P.PiNaNg~~
Agak lama jari-jemari ini tidak petah menari-nari di keyboard, yang makin usang untuk mencoret sesuatu di laman BLOG cheq. Semakin hari semakin bosan meniti hari di kala bergelar penganggur sementara. Penganggur sementara? Boleh pulak macam tu ek? Erm... Ok la tak mau nak celoteh lebih dari Mak Nenek. Cheq ada aktiviti demi mengisi kebosanan dan kelapangan masa dari terus terbuang macam tu saja. Jom kita pakat-pakat mai ramai-ramai ke Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Di mana diadakan Festival Boria untuk 1 MALAYSIA anjuran Kementerian Keseniaan, Kebudayaan dan Warisan Negara Malaysia. Memang best kalau tengok sendiri BORIA ni dari dengar cerita saja memang tak best. So nak rasai warna-warni BORIA yang disertai oleh sengenap pelusuk masyarakat dari peringkat Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan lain-lain di serata Malaysia. Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera Cheq ni. Jom!!!!!!!!
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:43:00 AM 0 comments
2.11.2011
~~HaRi LaHiR YaNg PeNuH SuKa & DuKa (05/02/2011)~~
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 10:45:00 AM 0 comments
Labels: BIRTHDAY, CELEBRATION, MOOD
1.07.2011
~~TaHuN BaRu 2011~~
Alhamdulillah.... Dah habis tahun 2010 melabuhkan tirainya, kini muncul tahun 2011 pula membuka lebaran baru untuk setiap langkah permulaan di dalam kehidupan kita. Selalu orang akan cakap atau tanya "Apa azam baru tahun ni?", jangan pening-peningkan kepala dan apa yang boleh buat kita laksanakan, kalau tak jawabnya to be continue ke tahun lain la jawabnya kan? Ehehe.... (",) Sebenarnya tak ada benda nak diceritakan sebab otak dah mula membeku untuk mencoretkan sesuatu di BLOG. Apa pun selamat melangkah ke Tahun 2011 yea. Apa pun azam yang nak dilaksanakan janji ikhlas dari hati yang suci. Sayonara~~~
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 2:27:00 PM 0 comments
Labels: CELEBRATION, MOOD, WRITING
MY BLOG AWARDS

From Yoyo & Lingg - (DaVOM)

From Lingg (DAVOM)