Ermmm.... Nak cerita apa ek?? Oppssttt..... Maklum la cerita minggu yg baru berlalu ni dah lepas so bila nak ingat semula mmg semput jugak la kan. Ehehe. Anyway apa yg nak aku ceritakan buat pertama kalinya juga aku nak siarkan gambar bakal tunang aku la sapa lg klu bukan My Lovely - NADZMIN. So kpd org2 yg dok tertunggu gambar My Lovely tu tgk la puas2 ek, jgn plak ada yg tertawan hati dgn dia dah la ek. Ehehe. Sebelum korg tgk gambar tu korg baca la dulu corat-coret utk minggu lepas ek.
13/12/2008 (Sabtu)
Hari tu aku terlambat balik dr kerja plak, terpaksa la kena dgr leteran adik aku sbb dah lambat nak ke rumah kenduri. Huhu...... Kerja swasta mcm ni la bkn dgn company sendiri beb. So kami pun pi la kenduri walaupun agak lewat kami pi aku makan pun xbyk mana sbb penat sgt. Selesai saja mkn kami jenguk pengantin tgh possing sakan. Kami terus bergerak ke rumah My Lovely sbb nak tgk adik dia NADZIMA yg xcident sebulan yg lepas. Aku plak sibuk sgt sampai xsempat nak pi jenguk, so kebetulan nak ambik My Lovely terus keluar tgk CINCIN utk BERTUNANG kat Queens Bay, Bayan Baru. Buat pertama kalinya kita org keluar satu family dgn My Lovely. Mulanya dia segan (malu) nak pi sekali dgn ayah & ibu. Lepas aku pujuk2 baru la dia nak pi sekali. Ehehe. My Lovely ni paling takut klu sebut saja "Ibu yg ajak pi sekali", mesti dia akan ikut saja klu x dia mmg xmau pi walaupun dipujuk. Ehehe. Kami round ke POH KONG & HABIB JEWELS, last2 skali kami ternampak cincin di TOMEI lagi menarik. Mulanya aku try la cincin yg ada My Lovely pun buat dek saja, tiba2 aku try sebentuk cincin tu dia ckp elok dgn jari aku yg kecik ni dia ckp "Suka x cincin tu? Klu suka abg nak beli terus la." Amboi, senangnya dia nak beli terus rupanya, pd hal kami ajak dia sekali sbb nak survey dulu. Ibu dgn ayah pun terkejut la sbb depa dok sembang2 nak tgk kat kedai lain plak. Last2 dia nak beli terus so cincin tu besar sgt so terpaksa la alter size 12 ke size 10. Huhu..... Buat pertama kalinya aku try cincin utk sendiri. Ehehe. Mcm mimpi la plak kan? (",) Sementara nak tunggu cincin aku tu siap sejam lagi, My Lovely ajak mkn dulu, so aku pun cadangkan la nak mkn PIZZA HUT. Rupanya My Lovely xpernah mkn PIZZA HUT seumur hidup dia. Masya-Allah, kesiannya My Lovely aku ni xpernah pun try Western Food kecuali kat MC' DONALD & KFC. Patut la bila saja ajak aku keluar mesti pekena nasi kandaq kat KAYU NASI KANDAR sebelah HOTEL VISTANA di Bukit Jambul. Tp perut aku la yg selalu buat hal bila mkn kat situ. Ermm..... Nasib baik la dia blh plak mkn PIZZA HUT yg adik aku order. Adik aku apa lagi senyum sokmo la bila dah dpt mkn PIZZA HUT. Sejak aku kerja di CERGAZAM SDN BHD belum pun pernah kami mkn kat PIZZA HUT mcm selalu time aku kerja di LIFE HABITAT SDN BHD & HM EDAR SDN BHD. Tp kali ni My Lovely yg nak sgt belanja sampai time nak bayar sanggup berebut dgn aku, mujur la xterjatuh bila dia tertolak aku. Klu x maunya malu la aku time tu. Ehehe.
Balik dr Queens Bay kami terus ke AIRPORT Bayan Lepas, sbb nak hantar Pak Uda Din (Pak Teh ikut panggilan sblh My Lovely), Mak Uda (adik ibu aku) serta anak2 iaitu Jimah, Amin & Malis naik flight ke KLIA mlm tu. Seronok plak tgk depa satu family dpt ikut rombongan Abg Zaini (sepupu aku) nak ke Jakarta, Indonesia. Aku teringgin sgt nak bercuti kat Brunei Darussalam. Bila la agaknya dpt ke sana ek? Huh........
14/12/2008 (Ahad)
Planning kita org nak ke Kamdar nak cari kain utk bertunang nnt. Last2 xjadi sbb ibu dah penat bersihkan halaman rumah kat rumah Pak Lang Lit. Bukan apa kesian kat Pak Lang sbb penat berniaga sampai xada masa nak cerahkan halaman rumah. Ibu aku mmg xblh duduk diam klu nampak rumput panjang skit. Aku pun lewat skit bgn hr tu maklum la dah namanya hr cuti so aku tidoq sampai pukul 9pg baru bgn tlg ibu cabut rumput kat halaman rumah.
So tu saja cerita nak dikongsikan dgn korg, semoga korg gembira ek.
P/S : Jgn plak JATUH HATI kat MY LOVELY ek. Ehehe.
0 comments:
Post a Comment