Hasil Nukilanku-31/03/2009 : 12.32ptg
KekandaKu,
Setiap madahmu buatku tersentuh,
Setiap baris kata-katamu ku mengerti,
Setiap perjuanganmu tidak rapuh,
Setiap hela nafasmu penuh bererti,
KekandaKu,
Sejauh perjalanan kau lalui,
Sejauh mana pun kita tetap di sini,
Sejauh dalamnya hati sanubari,
Sejauh itu diri ini didekati,
KekandaKu,
Hayatilah luahan hatiku,
Hayatilah sedalamnya puisi,
Hayatilah sehingga mengerti,
Hayatilah dari hati nurani,
KekandaKu,
Hadirnya dirimu umpama suria,
Hadirnya dirimu penuh ceria,
Hadirnya dirimu menguatkan jiwa,
Hadirnya dirimu hidupku sempurna.
3.31.2009
~~KeKaNDaKu~~
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:32:00 PM 3 comments
~~aDiNDaKu~~
Hasil Nukilanku-31/03/2009 : 11.36pg
AdindaKu...
Jangan ditangisi rasa ketandusan,
Jangan bersedih menjalani kehidupan,
Jangan dimalapkan lagi cahaya keceriaan,
Jangan berduka dengan kekecewaan,
AdindaKu,
Usahlah berduka dengan kesusahan,
Usahlah bersedih dengan kegagalan,
Usahlah menangisi setiap kerinduan,
Usahlah mencari setiap kehilangan,
AdindaKu...
Bangkitlah dengan hati yang jitu,
Bangkitlah dari segala kekecewaanmu,
Bangkitlah mencari sumber ilhammu,
Bangkitlah mengisi setiap ruang hatimu,
AdindaKu...
Ingatlah setiap saat itu adalah nyawamu,
Ingatlah bahawa setiap dugaan adalah ujian,
Ingatlah setiap airmata adalah doamu,
Ingatlah bahawa dugaan adalah ujian Tuhan,
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 11:36:00 AM 0 comments
3.27.2009
~~JoM MaKaN~~
Disebabkan perut aku tengah lapar sangat petang2 mcm ni. So saja nak kongsi dgn korg apa yg aku dapat makan sepanjang minggu ni. Ehehe... (",) Layan~~~~
Hari Selasa (24/03/2009)
Aku dapat makan aiskrim lagi, sejak kerja kat branch baru ni blh dikatakan dlm seminggu 2kali aku akan makan aiskrim. Tapi yg menjadi masalahnya & persoalannya adalah "KENAPA AKU XGEMUK-GEMUK?" Huhu..........Hari Khamis (26/03/2009)
Smlm aku balik dr kerja terus ke TESCO dgn Kak Suzy, lps mandi & solat smlm aku lapar sgt. Selak tudung saji, rupa2nya Mak Yan ada buat Gado-Gado. Tau x Gado-Gado 2 apa? Ni hah cara nak makan Gado-Gado.
Bahan2nya :


Hari Jumaat (27/03/2009)
Kek? Arr....Mmg kek la ni bkn makhluk asing pun. Ehehe.... (",) Td kami semua celebrate birthday boss aku Mr. Michael Leow (Service Manager). Ni nak cerita skit, tgh aku taip BLOG ni aku tgh mkn kek. Tapi...................... DAH HABIS LA.......... Ehehe.... (",)

Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 4:52:00 PM 0 comments
3.26.2009
~~TiGa kEtUa SaYaP BaRu~~
Credit From : Berita Harian Online (26/03/2009, Khamis)
Tiga ketua sayap baru
DARI kiri, Shahrizat Jalil, Khairy Jamaluddin dan Rosnah Abdul Rashid Shirlin. |
Shahrizat, Khairy, Rosnah pikul tanggungjawab berat tentu hala tuju Umno
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Khairy Jamaluddin dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, masing-masing menang jawatan Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada pemilihan ketiga-tiga sayap Umno itu, malam tadi.
Shahrizat memperoleh 507 undi, jauh mengatasi Tan Sri Rafidah Aziz yang mendapat 280 undi, manakala Khairy memperoleh 304 undi menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (254) dan Datuk Mukhriz Mahathir (232). Rosnah pula mendapat 245 undi mengalahkan lima calon lain.
Keputusan pemilihan bagi Wanita Umno diumumkan oleh Pengerusi Tetapnya, Tan Sri Napsiah Omar, kira-kira jam 9.30 malam, manakala Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Datuk Abdul Fattah Abdullah mengumumkan keputusan pemilihan pergerakan itu pada jam 11.20 malam.
Pengerusi Tetap Puteri, Rohani Abu Hassan pula mengumumkan keputusan pemilihan sayap termuda Umno itu, jam 10.57 malam.
Napsiah sebelum itu mengekalkan jawatannya tanpa bertanding, manakala Naib Ketua Wanita Umno juga dimenangi tanpa bertanding oleh Exco pergerakan itu, Datuk Kamalia Ibrahim.
Pengerusi Tetap Pemuda dimenangi semula Abdul Fattah dengan 460 undi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Muhammad Yadzan Mohammad mendapat 202 undi.
Exco baru Pemuda dibarisi Mohamed Suffian Awang yang mendapat 657 undi, Shafiqurrahman Shamsuddin (569 undi), Sohaimi Shahadan (541 undi), Mohamad Nazim A Samad (534 undi), Mohd Afandi Yusoff (503 undi), Jamawi Jaafar (471 undi), Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi), Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi), Ahmad Darus (446 undi), Ahmad Zaki Zahid (446 undi), Ali Mazat Salleh (437 undi), Megat Zulkarnain (436 undi), Zuber Zabidi (419 undi), Nazir Hussin Akhtar Hussin (410 undi), Lokman Noor Adam (406 undi), Syahrin Md Jamaluddin (404 undi), Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi), Muhammad Khairun Aseh (389 undi), Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi) dan Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi).
Jawatan Exco Wanita pula dimenangi Hasnah Salam yang mendapat 520 undi, Datuk Maznah Abd Hamid (509), Datuk Rosni Zahari (480), Datuk Armani Mahirudin (463), Datuk Norhayati Onn (463), Datuk Norhayati Omar (432), Datuk Rusnah Kasim (430), Marlia Abd Latiff (416) Noriah Mahat (412), Ros Suryati Alang (405), Datuk Jamelah A Bakar (400), Suraya Yaacob (388), Azihani Ali (385), Norliza Abdul Rahim (377), Sharifah Azizah Syed Zain (375), Datuk Maznah Mazlan (374), Datuk Azizah Mohd Dum (371), Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367), Norliza Ahmad (347) dan Wan Hazani Wan Mohd Nor (344).
Barisan Exco Puteri antaranya Mas Ermieyati Samsudin (604 undi), Hasrunizah Hassan (514 undi), Azlinda Zubir (510 undi), Zahida Zarik Khan 501 undi, Asmaiza Aahmad (498 undi), Norhasmizah Mat Tahir (482 undi), Fahariyah Md Nordin (474 undi), Wan Salwati Abdullah (465 undi), Maimunah Sidek (453 undi), Isfarina Mohd Ali (444 undi), Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi) dan Norsabrina Mohd Noor (426 undi).
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 11:09:00 AM 0 comments
3.24.2009
~~HaDiRkU UnTuKmU TeMaN~~
Hasil Nukilanku-24/03/2009 : 3.57ptg
Hadirku untukmu teman,
Dikala hatimu kerisauan,
Hadirku untukmu teman,
Dikala dirimu kebuntuan,
Hadirku untukmu teman,
Dikala hatiku ketandusan,
Hadirku untukmu teman,
Dikala diriku kebosanan,
Hadirku untukmu teman,
Dikala hatimu kelukaan,
Hadirku untukmu teman,
Dikala dirimu dikecewakan,
Hadirku untukmu teman,
Dikala hatiku kelapangan,
Hadirku untukmu teman,
Dikala diriku keriangan,
Hadirku untukmu teman,
Bila hatimu sering dipinggirkan,
Hadirku untukmu teman,
Bila dirimu sering keseorangan,
Hadirku untukmu teman,
Bila hatiku sering kesunyian,
Hadirku untukmu teman,
Bila diriku sering dilupakan.
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 3:57:00 PM 0 comments
~~HaRi iNi & HaRi EsOk~~
Hasil NukilanKu - 24/03/2009 : 12.17ptg
Hari ini biasa sahaja,
Hari ini mungkin berubah,
Hari ini sibuk bekerja,
Hari ini tiada berubah,
Hari esok tetap datang,
Hari esok berganti masa,
Hari esok tiada hilang,
Hari esok setingkat usia,
Hari ini mencari ilham,
Hari ini ilham bertandang,
Hari ini tetap berdiam,
Hari ini semangat hilang,
Hari esok mungkin berbeza,
Hari esok mungkin selesa,
Hari esok tetap bekerja,
Hari esok tetap seperti biasa,
Hari ini atau esoknya,
Hari yang tiada berbeza,
Hari yang lain namanya,
Hari yang berbeza-beza.
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:17:00 PM 0 comments
3.23.2009
DiaRi SeMaLaM......
Erm... Setelah penat memerah otak td, skrg masanya utk aku relax sekejap b4 sambung kerja2 yg perlu disiapkan nnt. Disebabkan jari-jemari aku hr ni terajin la sikit so dpt la aku coretkan sedikit sebanyak aktiviti aku di hari sabtu (21/03/2009) & ahad (22/03/2009) ek. Layan~~~
Sabtu - 21/03/2009
Selesai saja kerja dlm pukul 3.30ptg aku & Kak Suzy (member office) terus bertolak balik. Mula2 ingat nak terus balik saja, tp tiba2 aku teringat msg Noza (PA Mila) tanya aku xpi ka kat Queensbay, Bayan Baru. Bila aku tanya Kak Suzy ckp dia xdak hal so kami pun bertolak ke sana. Sampai saja kat sana rupa2nya Gempar Selebriti Astro dah selesai, cuma menantikan krew2 Astro siapkan kerusi & meja utk sesi autograf plak. Sempat la aku snap2 dgn camera aku walaupun hanya CANDID sbb MARSHAL (bodyguard) ASTRO punya la kawal ketat. Huh.......Nasib baik la time Riz turun nak ambil maker pen aku sempat gak snap gambar dia. Ehehe....
Alahai...Kesiannya si cilik ni. Aku xpasti nama adik ni tp aku tau dia popular la iklan dlm Astro yg slh satu dialog dlm iklan dia "otak burung unta lebih kecil dr matanya". Korg carilah nama adik ni ek. Layan~~~~


Ni plak xpyh la aku nak kenalkan lagi, korg pun kenal kan?

Ahad - 22/03/2009
Ni plak misi membeli ikan & ketam di Teluk Kumbar kat tempat Kak Suzy buat PART TIME. Xla aku main2 saja la, dia tlg kakak dia pilih ikan2 dr nelayan2 sbb depa peraih ikan kat situ. Erm...... Aku xbeli ikan tp aku tgk Ibu, Mak Yan, Tok Teh Ah & Tok Cik Kiah beli ikan hr tu.
Sambil2 tu aku sempat la snap beberapa gambar utk tatapan korg ek.


Lela & Ieta (Adik Aku)


Balik dr situ ibu terus siang ikan utk dibawa ke rumah Mak Uda Arah, maklum la xcited semua nak mkn ikan baru. Ehehe....... Setelah siap semua kami bergerak ke rumah Mak Uda Arah. Apalagi chef seperti biasa iaitu ibu aku la masak gulai ikan duri & goreng ikan gelama. Mak aiiii..... Nyummmyy..... Sedapnya makan ikan baru. Ehehe........
Ni plak gambar2 Nur Syazalina pun ada kat rumah Mak Uda Arah, dah lama benar xtgk dia sejak dia balik ke Alor Setar hr tu. Layan......




Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 4:20:00 PM 0 comments
3.20.2009
SeDeKaH......
Credit from : My FACEBOOK
Hasil NukilanKu : 20/03/2009 : 12.36ptg
Salam diucap pembuka bicara,
Senyum dibibir itu sedekah,
Semoga ceria di hari mulia,
Serta dirahmati oleh Allah.
Hari yang indah penuh ceria,
Hilangkan segala gundah-gulana,
Harapan persis sinar suria,
Hidup pastikan lebih sempurna.
p/s: Buat Kak Riza & teman2 semua. Have a nice day. (",)
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 1:18:00 PM 0 comments
CARNIVAL CHEVROLET??????
Alamak??? Masak la aku kena kerja plak ka hr sabtu & ahad ni sampai pukul 6ptg? Td Imah call bg tau dia kena kerja sabtu (21/03/2009) & ahad (22/03/2009) ni. Ni semua gara2 Carnival Chevrolet punya pasal la ni. Aku doa2 la agar kat sini aku dikecualikan utk bekerja sampai hr ahad. Ehehe.... Jahatnya aku ni.
Tapi klu aku kena kerja direct minggu ni jawabnya makin longgar la cincin tunang aku ni. Huhu.........
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 10:31:00 AM 1 comments
Labels: CELEBRATION, RANDOM
HaDiaH iSTiMeWa
Hari rabu (18/03/2009) baru2 ni My Lovely baru balik dr KL. Baru saja dia sampai rumah dr KL, terus dia msg kat aku nak ajak keluar. Nasib baik hari tu aku balik awal skit, sempat la rest kejap tgk tv pastu mandi & solat Maghrib dulu b4 keluar mkn2 dgn My Lovely. Ehehe. Korg tgk pandai x My Lovely belikan beg tangan utk aku. Ni 1st time dia belikan sendiri ikut taste dia sendiri. Nampaknya taste kami lebih kurang saja, pandai dia belikan? Ehehe.......
Erm... Aku rasa best sgt setelah beberapa hari xdpt nak msg or berbual dgn My Lovely lama2 dgn handphone yg selalu meragam. Hr rabu tu kami berbual sambil mkn2 kat Sunny Char Koey Teaw di Bayan Baru dr pukul 8.45mlm sampai pukul 10mlm. My Lovely sempat korek cerita perkenalan kami dulu, aku plak tunjuk msg2 1st perkenalan kami. Ehehe. Mmg kelakar klu diingatkan kembali. Dia kata aku ni kuat menguji, nasib baik la dia dah bersedia dgn ujian2 aku tu so LULUS semua ujian2 aku tu kami pun bertunang. Dasyatkan aku ni siap mcm paper exam plak utk TUNANG aku tu. Kesian dia.... Nasib la kan bkn senang tau org nak kenal dgn aku ni bkn cerewet mana cuma aku nak la jugak tau sejujur mana org yg akan aku syg sampai ke akhir hayat. Ehehe..... Opssstt... Terlupa plak nak bg tau tujuan My Lovely ke KL baru2 ni sbb ada FINAL INTERVIEW utk jawatan PENGUATKUASA JABATAN ALAM SEKITAR. Entah ke mana dia akan dihantar bertugas nnt sekiranya LULUS, sama ada di Perlis, Perak atau di Johor. Korg doa2kan la My Lovely LULUS interview tu nnt ek. Results interview tu akan diberitahu hujung bln April 2009 nnt. Mudah2an tunang aku tu berjaya dlm pemilihan tu nnt.
Amin....Amin....Amin... Ya Rabbal Alamin....
Dah la tutup cerita pasal hadiah istimewa dr My Lovely tu, aku teringat plak lagu nyanyian Kak Amy Mastura. So korg layan saja la ek.
Hadiah
Nyanyian : Amy Mastura
Berikan daku cinta setulusnya hatimu
Untukku kecapi bahagia
Ku ingin kau disisiku di mana pun berada
Dalam duka dan ceria
Sekian lama ku layari
Sepi hidup ini
Sendirian
* Tak ingin lagi daku dibayangi semalam
Hidupku penuh kesunyian
dan sekian lama kini
aku mula mengerti
Aku tak bisa sendiri
Kepadamu ku sandarkan
Cinta tulus suci
Yang abadi
Chorus:
Hadiahkan untukku cinta dihatimu
hiasi jiwa ini dengan rasa rindu
Bawalah daku bersamamu selamanya
Cintai daku sepenuhnya
(hatimu)
ulang *, chorus 2x
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
@$!%^%@^*&!@@#%$^%#
BOSANNYA
@$!%^%@^*&!@@#%$^%#
Ni plak wajah2 bosan bila dah mengantok. Huhu..........
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 9:18:00 AM 0 comments
Labels: CELEBRATION, MOOD, MY LOVELY, RANDOM, WRITING
3.18.2009
~~SuMbEr iLHaM kU~~
Credit From : My FACEBOOK
Terima kasih Kak Riza xpyh senarai pun xpa. Klu nak senarai mau semput jari2 akak nnt. (",) Anyway,thanks bcoz u make me HAPPY. (",) Kpd semua yg sudi mengenali & menjalinkan persahabatan di dlm FB ni. Terima kasih byk2. Selami kata2 yg xseberapa ni ek :-
Biar jauh di mata,
Sentiasa dekat di hati,
Biar sahabat beribu atau berjuta,
Segunung emas tidak mampu ditukar ganti.
Nabi Adam penghulu umat manusia,
Nabi Muhammad membawa sinar agama mulia,
Kita hidup sebagai manusia,
Kukuhkan ukhwah sesama manusia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hasil NukilanKu : 17/03/2009 : 4.06ptg
Makna rakan,kawan,sahabat,teman mahupun kenalan...
Hanya dinilai dari hati yg suci dan terpuji....
Makin diselami hati untuk jadikan pedoman....
Hanya terjawab bila kita terus menguji....
Di mana rakan?
Di mana kawan?
Di mana sahabat?
Di mana teman mahupun kenalan?
Tika redup di hati makin mendung....
Tika suria di hati makin kelam....
Masih adakah payung untuk berlindung?
Masih adakah jiwa ini diselam?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hasil NukilanKu : 18/03/2009 : 9.10pg
Hati ini sering diduga,
Diduga dengan kesabaran,
Hati yang sering diluka,
Dilukai ramai kenalan,
Sikap diamku punca segala,
Kerana sahabat terus hilang,
Setiap kali aku dilanda derita,
Kerana sahabat hadir di kala senang,
Hanya sekadar rakan biasa,
Pendorong semangat kehidupan,
Hadirnya sekadar tinggal bersisa,
Persis kilauan emas yang kelam,
Jika dibilang banyaknya kawan,
Mencari yang ikhlas dihati,
Jika dihitung banyaknya lawan,
Membenciku kerana iri hati,
Teman yg hadir menemani jiwa,
Dikala sunyi ataupun resah,
Teman sejati ikhlas dijiwa,
Doaku hanya kpd Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hasil NukilanKu : 18/03/2009 : 9.25pg
Terangkan hari dengan senyuman,
Ubati hati yang suram dan kelam,
Teman di sini sudi dengar keluhan,
Untuk mengubati hati yang suram.
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 10:22:00 AM 1 comments
3.16.2009
CuTi & kEnDuRi????
Disebabkan hr ni otak aku dah hampir membeku tahap yg teramat sgt. Aku saja nak kongsikan dgn korg gambar2 yg sempat aku ambil dr lensa camera aku pd hr sabtu & ahad baru2 ni ek. Layan~~~~







Semua gambar2 aksi Aishah sempat aku ambil hr sabtu baru-baru ni. Selepas pi kenduri rumah Pakcik Pa (Ketua Kampung - Kampung Pertama) & balik dr kenduri terus pi service kereta aku. Huhu...... Balik dr service kereta terus ke kedai dobi hantar baju bertunang aku hr tu nak iron sendiri xblh sbb manik2 byk la plak. Huhu..... Balik dr dobi hantar ayah aku balik rumah, pastu baru bertolak ke rumah Mama Fazilah di Tambun, Batu Kawan. Nasib baik Kak Emi & Aishah xbalik lg so sempat la melayan karenah dia kejap. Ehehe..... Dlm pukul 7ptg kami bertolak balik ke rumah.

Semoga Berkekalan Sampai ke Akhir Hayat"
Kepada:
Kak Rose & suami
Kak Rose & Aku

Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 3:46:00 PM 0 comments
Labels: CELEBRATION, FAMILY, FRIEND, RANDOM
3.13.2009
~~JiKa EnGKaU PeRGi~~
Credit From : http://faznitamdnor.blogspot.com/2009/03/yusuf-bakal-ditayangkan-4-mac-2009-di.html
Credit From : SULU SARAWAK FACEBOOK
Jika Engkau Pergi
Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta
Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan
Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu
Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata
Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama
Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah
Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu
compose and written : Imran ajmain/sulu sarawak
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:29:00 PM 0 comments
3.12.2009
iLHaM???
Kadang2 aku rasa terpanggil kembali utk siapkan NOVEL tp disebabkan kesibukan kerja membataskan segala impian aku. Erm.... Biarlah ilham dtg sedikit demi sedikit walaupun masa & tenaga aku xcukup utk meringankan jari-jemari menaip pd keyboard. Huhu....... Teringat pd halaman FACEBOOK Kak Riza (Shahriza Mahmud) smlm. Di sana tempat aku hilangkan segala masalah, walaupun TENSION dgn KERJA tp utk mengelakkan STRESS yg bakal memburukan keadaan aku menjadi KAKI KACAU di sana. Ehehe...... (",) Thanks Kak Riza memberikan ruang yg sedikit utk insan yg dlm keTENSIONan. Ada ka perkataan keTENSIONan? Apa2 Aja la ek. Ehehe.... (",) Terpaksa berhenti di sini, jari-jemari aku ni nak meringankan kerja utk menyiapkan reports plak ek. Sampai bertemu kembali.
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 5:44:00 PM 1 comments
3.11.2009
HiLaNg iDEa???
Mmg aku dah hilang idea nak coretkan kat BLOG ni. Bkn sekadar hilang bahkan kering idea nak coretkan apa2 aktiviti aku seperti selalu. Huhu........ Mana la ABANG MOOD aku dah lari ek? Kembalikanlah mood serta idea untuk aku ringankan tangan & coretkan sesuatu di BLOG aku ni. Huhu.........
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 6:04:00 PM 0 comments
Labels: MOOD
3.05.2009
~~~~aKaDeMi FaNTaSia MuSiM kE-7 (AF7)~~~~
AKADEMI FANTASIA MUSIM KETUJUH JANJI KELAINAN
Kombinasi tenaga pengajar baru dan lama bakal cetus transformasi luar biasa
Kuala Lumpur, 10 Februari 2009 – Teka-teki selama ini tentang siapakah yang bakal mengacara dan menerajui barisan tenaga pengajar bagi program realiti nyanyian popular Akademi Fantasia musim ketujuh terjawab pada sidang media pada petang tadi. Akademi Fantasia yang bakal bersiaran di Astro Ria (saluran 104) membawa kembali AC Mizal dan Sarimah Ibrahim untuk mengemudikan program realiti popular; Akademi Fantasia di samping memperkenalkan barisan baru tenaga pengajar untuk musim ketujuh ini.
Akademi Fantasia musim ketujuh dengan bangganya memperkenalkan kombinasi wajah-wajah baru dan lama yang bakal menjadi titik tolak permulaan kejayaan bagi bakal bintang-bintang Akademi Fantasia yang sedang dalam proses dikenalpasti seperti Siti Hajar Ismail, Syafizawati Sharif dan Fatimah Abu Bakar. Di samping itu, Akademi Fantasia juga dengan bangganya membawa masuk wajah-wajah baru seperti A.Aris Kadir, Ida Nerina dan Hasrridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis ke dalam keluarga Akademi Fantasia musim ketujuh.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, En Khairul Mizan, ”Selama enam musim Akademi Fantasia bersiaran, kami amat menitikberatkan soal pemilihan barisan tenaga pengajar kerana kami percaya mereka merupakan tulang belakang utama dalam melahirkan bintang Akademi Fantasia pada setiap musim di samping usaha gigih dari para pelajar itu sendiri.”
”Pada musim ini, Akademi Fantasia amat berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar yang pernah mewarnai Akademi Fantasia di samping wajah-wajah baru yang akan berganding tenaga dalam memberikan impak yang paling maksima buat para pelajar pada musim ini,” tambah Khairul lagi.
Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi akan berkhidmat sebagai guru vokal teknikal, Siti Hajar akan berkongsi ilmunya dengan para pelajar selaku guru vokal persembahan dan Fatimah Abu Bakar akan berkhidmat sebagai guru motivasi dan Bahasa Inggeris. Keluarga Akademi Fantasia pada musim ketujuh ini juga akan disertai oleh tiga tenaga pengajar baru seperti Ida Nerina yang akan berkhidmat sebagai guru lakonan dan Hashridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis selaku pengarah muzik. Buat julung-julung kalinya, Akademi Fantasia memperkenalkan A.Aris Kadir yang akan berkhidmat selaku guru tarian dan pereka tari untuk musim ketujuh ini.
(sila rujuk lampiran 1 untuk profil lengkap tenaga pengajar)
”Kami amat mengalu-alukan kedatangan pereka tari tersohor, A.Aris Kadir; pelakon berpengalaman yang versatil; Ida Nerina dan pemuzik terkenal; Hashridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis untuk menyertai keluarga Akademi Fantasia pada musim ketujuh ini. Kami percaya sumbangan besar dan pengalaman luas mereka dalam bidang seni dapat menyumbang kepada kejayaan Akademi Fantasia pada musim ketujuh.
Di samping itu, kami ingin mengucapkan selamat kembali kepada dua pengacara mantap yang telah menaikkan nama program Akademi Fantasia pada musim lepas; AC Mizal dan Sarimah Ibrahim. Komitmen dan prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan pada musim lepas membuatkan pihak produksi teruja dan tidak teragak-agak untuk menyambung perkhidmatan mereka pada musim ini. Kami percaya AC dan Sarimah akan terus menaikkan maruah program ini ke peringkat yang lebih tinggi dan akan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaik mungkin,” ujar Khairul lagi.
AC Mizal diberi kepercayaan untuk menerajui Konsert Akademi Fantasia, manakala Sarimah Ibrahim akan menjadi pengacara bagi program Diari Akademi Fantasia dan Diari INT AF
Pada musim ketujuh ini, Akademi Fantasia dengan bangganya memperkenalkan dua program baru iaitu Diari EXT AF7 dan Diari INT AF7. Berikut ialah senarai program-program yang bakal menghiasi sepanjang musim Akademi Fantasia:
NO | PROGRAM | SIARAN | KETERANGAN |
1. | Tirai Akademi Fantasia 7 (bahagian pertama) | Sabtu, 7 Mac 2009, | Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Awal memperkenalkan barisan bakal pelajar yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya dalam usaha untuk melayakkan diri sebagai pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7. |
2. | Tirai Akademi Fantasia 7 (bahagian kedua) | Ahad, 8 Mac 2009, | Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Akhir mengumumkan barisan pelajar yang berjaya menyertai Akademi Fantasia musim yang ke-7. |
3. | Diari Akademi Fantasia | Isnin – Jumaat, | Diari Akademi Fantasia memaparkan perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7 di bawah bimbingan tenaga-tenaga pengajar mereka dan juga rutin kehidupan seharian mereka sepanjang hari di Akademi. |
4. | Diari EXT AF7 | Setiap hari Jumaat, | Rancangan ini mengupas perkembangan carta undian terkini dan mencerna pelbagai isu hangat dan gosip panas di dalam Akademi. Juga menghangatkan lagi spekulasi siapa yang mungkin tersingkir pada minggu ini. |
5. | Konsert Akademi Fantasia | Setiap hari Sabtu, | Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia menampilkan persembahan pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7 dalam usaha untuk kekal ke minggu yang seterusnya. Debaran menanti di penghujung konsert untuk mengetahui siapa yang bakal tersingkir pada minggu ini? Inilah waktu kemuncak untuk aktifkan undian buat pelajar pilihan sebelum undian ditutup. |
6. | Diari INT AF7 | Setiap hari Ahad, | Rancangan ini merangkumkan segala perkembangan dan pencapaian pelajar-pelajar Akademi Fantasia sepanjang minggu ini di samping mengupas isu hangat dan gosip panas yang mungkin tercetus di Akademi. Sedikit ulasan dan pendedahan tentang apa yang berlaku di sebalik tabir Konsert Akademi Fantasia pada malam sebelumnya. |
Pada musim ketujuh ini, Akademi Fantasia sekali lagi mengalu-alukan kedatangan Radio Era selaku radio rasmi di samping Majalah Aksi AF melalui Measat Publication Sdn Bhd selaku majalah rasmi. Portal hiburan murai.com.my juga turut menghulurkan sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan musim ini selaku portal hiburan rasmi.
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 2:04:00 PM 0 comments
GeNg : PeNgEmBaRaaN BerRMuLa (UpiN & iPiN)
Credit From : Utusan Malaysia Online (04/03/2009, Rabu)
Geng perlu pembelaan di pawagam
|
GENG: Pengembaraan Bermula merupakan filem yang sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. |
GENG: Pengembaraan Bermula (Geng) merupakan filem animasi pertama yang berjaya mencipta fenomena dalam industri perfileman tanah air.
Buktinya, filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd., (LCPSB) itu merupakan filem tempatan termahal dengan kos hampir RM4 juta.
Malah, sejak ditayangkan pada 12 Februari lalu di pawagam-pawagam seluruh negara, Geng berjaya mengaut kutipan tiket lebih RM4 juta.
Difahamkan kebanyakan tiket tayangan filem itu pada hujung minggu juga habis dijual walaupun adakala jumlah tayangannya tujuh kali sehari!
Ada juga pawagam yang terpaksa menambah jumlah pawagam kerana tidak mampu menampung bilangan penonton yang bertambah.
Filem arahan Mohd. Nizam Abd. Razak itu berjaya membuatkan tauke pawagam-pawagam tersenyum lebar kerana sambutan di luar dugaan itu.
Namun, agak menghairankan ketika sambutan Geng semakin hangat, pihak pawagam kononnya dikatakan mahu menarik tayangan filem tersebut.
Antara alasan tidak masuk akal yang diberi kerana mereka mahu 'memberi laluan' kepada banyak filem lain termasuklah filem tempatan dan asing.
Persoalannya, mengapa perlu ditarik tayangan filem yang sedang mendapat sambutan ramai berbanding filem lain yang mereka belum pasti untungnya?
Biasanya filem tempatan yang melalui Skim Wajib Tayang dan bermasalah kalau tayangannya di pawagam selama 14 hari tidak mendapat sambutan para penonton.
Ini kerana, pihak pawagam boleh menarik tayangan sesebuah filem itu jika sambutannya dingin dan akan digantikan pula dengan filem lain.
Bagaimanapun, dalam kes Geng ia terbalik kerana biarpun sambutannya hebat tetapi tayangannya pula mahu ditarik kerana alasan yang tidak logik itu.
Secara logiknya, pawagam tentulah akan memanjangkan tayangan sesebuah filem jika sambutannya baik kerana ia akan menguntungkan mereka.
Dalam kes ini, seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena apabila masalah seperti itu timbul kerana ia jarang-jarang berlaku dalam industri perfileman tempatan.
Pihak-pihak seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) haruslah tampil ke depan bagi membantu masalah yang sedang dihadapi oleh filem seperti Geng.
Sebabnya, bukan selalu filem tempatan seperti Geng mencipta fenomena dengan mengalahkan kutipan tiket filem-filem hebat dari luar negara.
Geng misalnya, mengutip kutipan tiket RM1.75 juta pada minggu pertama tayangannya mengalahkan filem Hollywood seperti Valkyrie.
Dimaklumkan, Geng turut menewaskan filem seperti The Curious Case of Benjamin Button dan Slumdog Millionaire yang turut ditayangkan serentak ketika itu.
Apa pun tahniah kepada Finas kerana mewujudkan Skim Wajib Tayang selama 14 hari kepada filem-filem tempatan untuk dipatuhi oleh pihak pawagam.
Tetapi nampaknya ia masih belum memadai dan Finas harus mengemaskini skim itu supaya ia bersesuaian dengan keadaan semasa.
Finas misalnya, boleh menambah peraturan skim itu dengan mensyaratkan pihak pawagam melanjutkan tayangan filem jika sambutannya baik.
Lanjutan tayangan itu boleh diberi kepada filem yang berjaya menarik lebih 30 peratus penonton ke pawagam selepas sahaja tempoh Skim Wajib Tayang tamat.
Senario itulah yang berlaku kepada Geng kerana biarpun selepas 14 hari ditayangkan, tetapi filem animasi itu terus mendapat sambutan hebat para penonton.
Biarpun selepas tamat Skim Wajib Tayang, namun filem itu masih mampu menarik lebih 30 peratus penonton dalam kapasiti sesebuah pawagam ketika ia ditayangkan.
Selain Finas, persatuan seperti Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) juga sepatutnya tampil ke depan membantu Geng.
PFM mahupun Finas seharusnya campur tangan membela filem Melayu seperti Geng dan berdepan dengan pihak pawagam supaya masalah itu dapat diatasi.
Tindakan segera perlu diambil kerana filem edaran Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu mampu meraih kutipan tiket lebih RM5 juta dalam waktu terdekat ini jika ia terus ditayangkan.
Jika tidak, ia bukan sahaja akan merugikan pihak penerbit seperti LCPSB dan pawagam daripada segi kutipan tiket yang bakal mereka raih.
Malah, para peminat watak popular Upin dan Ipin dalam filem itu juga akan berputih mata kerana masih ramai lagi yang belum menontonnya di pawagam.
AKU : Sokong isu di atas supaya xjd mcm "Kera di Hutan disusukan, tapi anak di rumah mati kelaparan". Betul x? Betul.....Betul....Betul......
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:09:00 PM 0 comments
aKaDeMi FaNTaSia KeMBaLi LaGi????
Menyusun tangga ke angkasa
Bukan mudah
Mengubah mimpi jadi realiti
Apa pun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti
(chorus)
Menuju puncak gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak impian di hati
Bersama janji azam sejati
Pasti berjaya di Akademi Fantasia
Bukan mudah
Menggapai bintang yang berkelipan
Bukan mudah
Jalanan ini untuk diharungi
Apa pun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti
(chorus)
Menuju puncak gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak impian di hati
Bersama janji azam sejati
Pasti berjaya di Akademi Fantasia
(brigde)
Percaya pada diri
Dengan harapan dan keyakinan
(chorus)
Menuju puncak gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak impian di hati
Bersama janji azam sejati
Pasti berjaya di Akademi Fantasia
Akademi Fantasia kembali lagi? Mmg ramai yg ternanti2 apakah TRANSFORMASI yg bakal berlaku kali ni kan? Harap2 perubahan baru akan berlaku & potensi para peserta pasti LEBIH MANTOOPPP gitu. Ehehe....
Kali ni aku tertarik hati utk sokong seseorg di AF7. Harap2 kemantapan Vokal Kak Isma dpt menarik lebih byk pengundi. So ramai2 la AFUNDI ISMA nnt ek. Cayok... Cayok.....
Credit From : Berita Harian Online (05/03/2009, Khamis)
Akademi Fantasia kembali lagi
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serimah@bharian.com.my
DUA puluh calon yang bertuah terpilih menyertai Akademi Fantasia musim ketujuh. |
Astro janji bawa perubahan lebih menarik daripada musim lalu
TIDAK sabar menanti apakah bentuk transformasi yang kononnya bakal berlaku kepada Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7). Program realiti TV sensasi itu akan kembali menemui penonton menerusi Astro Ria, Sabtu ini.
Semoga Satu Transformasi Besar Bakal Berlaku yang dijanjikan oleh Astro dalam AF musim ini tidak sekadar janji kosong. Janji serupa bukan tidak pernah diungkap, apatah lagi sejak beberapa musim yang lalu tatkala gelombang AF tidak begitu terasa seperti musim pertama hingga ketiga.
Selepas dua minggu mengumumkan barisan tenaga pengajar, Astro mengatur sidang media mengumumkan barisan pelajar yang bakal mewarnai AF kali ini. Hiasan dewan untuk majlis ini saja cukup gah, memberi memberi gambaran awal kesungguhan Astro dalam membawakan transformasi atau angin baru AF musim ini.
Keterujaan untuk mengetahui siapakah 20 calon awal yang dipilih mula pudar apabila satu persatu nama mereka diperkenalkan. Pertama, vokal mereka ketika menyanyikan dua baris lagu untuk memperkenalkan diri tidak berjaya membuatkan hati tertarik. Ini mungkin tidak adil untuk menilai mereka hanya dengan dua baris lagu, namun pengalaman masa lalu cukup membuktikan andaian itu tidak pernah tersasar.
Malah melihat pula beberapa wajah yang pernah menyertai program realiti lain bukan terbitan Astro, sekali lagi terdetik apakah itu peralihan baru yang dijanjikan Astro? Apakah kita sudah ketandusan bakat baru yang bagus sehingga terpaksa mengitar semula pesertanya?
KHAIRUL MIZAN (kanan) bersama Penerbit Eksekutif, Sooraj Nair, dan Ketua Unit Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh pada majlis memperkenalkan peserta awal AF7. |
Nama pelajar atau peserta seperti Abraham Edwin Dugot (AB) pernah menyertai One In A Million, Khairil Azam Pilus (Aril) pernah mencuba nasib di dalam program Gangstarz dan Rubisa Tiasin (Rubisa) daripada program My Starz LG. Apakah Astro cuba untuk mengambil formula tahun lalu apabila menobatkan Stacy sebagai juara AF musim ke-6.
Selain peserta program realiti, 20 calon awal itu turut menyenaraikan penyanyi yang sudah memiliki album Nas Adila Mohd Dan. Kita nantikan tranformasi yang dijanjikan kerana sebelum ini penyanyi berasal dari Johor Bahru ini pernah mengubah hala tuju muziknya dari irama Malaysia kepada muzik rancak sentuhan Cat Farish, namun dia masih lagi di takuk lama.
Pengurus saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul berkata, transformasi sentiasa dilakukan dalam AF setiap kali program itu disiarkan. Bagaimanapun, katanya, perubahan ini tidak hanya berlaku kepada pelajar tetapi tenaga pengajar, format juga pasukan penerbitan.
“Kita perlu beri mereka peluang. Mungkin terlalu awal menilai bakat pelajar. Tirai Akademi Fantasia pada 7 dan 8 Mac ini akan lebih memperkenalkan peserta dengan lebih mendalam. Dalam jangka masa dua hari itu, mereka akan cuba menonjolkan diri yang sebenar.
“Semua 20 calon awal ini adalah yang terbaik daripada 9,000 orang yang datang uji bakat. Kami sendiri kagum dengan sambutan yang cukup menggalakkan terhadap program ini. Angka itu adalah yang tertinggi dan ia meningkat sebanyak 33 peratus daripada musim lalu.
“Ujian saringan kali ini juga lebih ketat. Kita mahu pelajar tahun ini mempunyai mutu vokal yang tinggi. Kriteria utama yang menjadi pilihan kami adalah peserta yang boleh menyanyi dan memiliki nada suara menarik, yang paling penting mereka tidak pekak nada,” katanya.
Walaupun Astro membuka penyertaan kepada rakyat Singapura, tetapi tidak ada peserta dari negara jiran itu terpilih. Menjelaskan perkara itu, Khairul Mizan berkata, pemilihan bukan dibuat berdasarkan negeri, negara atau umur sebaliknya kepada kemampuan vokal peserta.
Menurutnya, dia tidak mahu jika ada yang mempersoalkan mengenai bilangan peserta yang kebanyakan berasal dari negeri tertentu kerana pemilihan memang dibuat berdasarkan ‘siapa yang terbaik’.
“Mungkin orang akan melihat dan mempersoalkan kenapa peserta AF kali ini banyak dari negeri tertentu. Perkara itu bukan disengajakan, kita tidak ada kuota untuk negeri ataupun umur. Apa yang kita cari ialah peserta yang terbaik,” katanya lagi.
Ramai peserta sudah berkahwin
MUNGKIN inilah yang dikatakan benar-benar ingin kelainan menyebabkan Astro lebih terbuka mendedahkan status pelajar AF7. Ia adalah satu sejarah baru program ini apabila enam calon awalnya sudah berkahwin.
Peserta yang paling berusia dan bapa kepada dua anak ialah Kelana Ayu berasal dari Bintulu, Sarawak berusia 40 tahun. Seorang lagi peserta lelaki yang sudah berumah tangga ialah Mohd Rashidi Mohamad Isa, 27, berasal dari Ipoh, Perak. Bagaimanapun Rashidi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Peserta wanita yang memegang status isteri pula Ismaliza Ismail berusia 30 tahun yang juga ibu kepada lima orang anak. Isma, isteri kepada penyanyi kumpulan 2 by 2, Zulkifli Majid dan juga kakak kepada penyanyi Tomok yang kini berperang dalam One In A Million.
Tidak ketinggalan berjaya menempatkan diri dalam pusingan awal ialah isteri kepada pelakon, Ezani Nazariff, Lizda Nuryanti Abidin, 27 tahun dari Tawau, Sabah. Turut bergelar ibu ialah bekas peserta My Starz LG, Rubisa, ibu kepada seorang cahaya mata.
Khairul Mizan berkata, status dan usia bukan benteng penghalang untuk peserta membina kerjaya dalam dunia nyanyian kerana AF sudah membuktikan dengan kejayaan pelajarnya mengubah taraf hidup mereka.
“Mengambil pelajar berusia bukanlah satu masalah. Mereka juga diterima peminat, Mama Rina adalah salah contohnya. Dia kini tidak lagi menyanyi di kelab seperti dulu, malah kehidupannya berubah setelah dia menyertai AF,” katanya.
Kita nantikan sejauh mana strategi Astro akan berjaya supaya peminat tidak ada lagi pandangan skeptikal terhadap janji manis yang ditaburkan Astro selama ini.
INFO: Peserta awal AF7
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 11:16:00 AM 0 comments
3.02.2009
CoRaT-CoReT HaRi CuTi
Smlm aku rasa best sgt sbb dpt merehatkan minda dr kesibukan bekerja. Ehehe..... Xada masa nak cerita panjang2 so korg tgk la last aku arrange aktiviti utk DAVOM (Voices Of Mila) UTARA. Jom tengok gambar2 yg sempat diambil dr lensa camera aku ek.
Layan~~~~
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 9:06:00 AM 0 comments
MY BLOG AWARDS

From Yoyo & Lingg - (DaVOM)

From Lingg (DAVOM)