Credit From : My FACEBOOK
Terima kasih Kak Riza xpyh senarai pun xpa. Klu nak senarai mau semput jari2 akak nnt. (",) Anyway,thanks bcoz u make me HAPPY. (",) Kpd semua yg sudi mengenali & menjalinkan persahabatan di dlm FB ni. Terima kasih byk2. Selami kata2 yg xseberapa ni ek :-
Biar jauh di mata,
Sentiasa dekat di hati,
Biar sahabat beribu atau berjuta,
Segunung emas tidak mampu ditukar ganti.
Nabi Adam penghulu umat manusia,
Nabi Muhammad membawa sinar agama mulia,
Kita hidup sebagai manusia,
Kukuhkan ukhwah sesama manusia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hasil NukilanKu : 17/03/2009 : 4.06ptg
Makna rakan,kawan,sahabat,teman mahupun kenalan...
Hanya dinilai dari hati yg suci dan terpuji....
Makin diselami hati untuk jadikan pedoman....
Hanya terjawab bila kita terus menguji....
Di mana rakan?
Di mana kawan?
Di mana sahabat?
Di mana teman mahupun kenalan?
Tika redup di hati makin mendung....
Tika suria di hati makin kelam....
Masih adakah payung untuk berlindung?
Masih adakah jiwa ini diselam?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hasil NukilanKu : 18/03/2009 : 9.10pg
Hati ini sering diduga,
Diduga dengan kesabaran,
Hati yang sering diluka,
Dilukai ramai kenalan,
Sikap diamku punca segala,
Kerana sahabat terus hilang,
Setiap kali aku dilanda derita,
Kerana sahabat hadir di kala senang,
Hanya sekadar rakan biasa,
Pendorong semangat kehidupan,
Hadirnya sekadar tinggal bersisa,
Persis kilauan emas yang kelam,
Jika dibilang banyaknya kawan,
Mencari yang ikhlas dihati,
Jika dihitung banyaknya lawan,
Membenciku kerana iri hati,
Teman yg hadir menemani jiwa,
Dikala sunyi ataupun resah,
Teman sejati ikhlas dijiwa,
Doaku hanya kpd Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hasil NukilanKu : 18/03/2009 : 9.25pg
Terangkan hari dengan senyuman,
Ubati hati yang suram dan kelam,
Teman di sini sudi dengar keluhan,
Untuk mengubati hati yang suram.
3.18.2009
~~SuMbEr iLHaM kU~~
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 10:22:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Lihat lah dunia!
Lihatlah apa yang telah fb lakukan!
hehehe!! ;)
Bravo!
Post a Comment