Anda Yang Ke

Bloggers Penang

~~SAMPAI KE AKHIR HAYAT~~AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Daisypath Anniversary tickers
PERKAHWINAN (PUAN SALINA & ENCIK NADZMIN)

~~SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH. AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Lilypie First Birthday tickers
HARI KELAHIRAN PUTERA SULUNG(MUHAMMAD NAJMI BIN NADZMIN)

8.05.2011

~~PeRTaMa KaLi BeRpUaSa BeRSaMa sUaMi TeRCiNTa~~

Alhamdulillah...... Pejam celik pejam celik, hari ini sudah hari ke 5 tanggungjawab kita yang WAJIB dilaksanakan sebagai umat Islam untuk menunaikan ibadah PUASA. Puasa Tau! Jangan Ponteng Puasa Tanpa Keuzuran!

Buat pertama kalinya di tahun 2011 ini, Cheq berpuasa bersama Suami Tersayang - Nadzmin Rahamad. So rutin harian untuk di bulan puasa bermula dari jam 4 atau 5 pagi mengikut jadual suami bekerja. Bersahur bersama suami tak banyak ragamnya, untuk masak seawal pagi macam rutin selalu bersama keluarga Cheq sebelum berkahwin. Hanya bangun pagi sediakan satu mug milo panas, selalunya kami share satu mug. Sweet kan? (",) Sebab suami hanya akan minum setengah mug saja, so share ada baiknya kan? Lagipun boleh eratkan kasih sayang kami suami isteri. Betul tak? Kalau menu pagi bersahur Cheq hanya milo panas dan 2 keping roti telur atau roti bakar. Cukup sekadar mengalas perut untuk bersahur, tapi bukan berdiet tau! Cheq dah kurus kering macam papan ini tak sesuai untuk berdiet.

Bercerita pula tentang persiapan untuk berbuka puasa pun suami tak banyak ragam. Hanya perlu masak 1 setengah cupak nasi putih, 1 atau 2 jenis lauk yang berkuah, telur atau ikan goreng, buah kurma, kuih-muih dan sebekas air ais serta air masak. Minuman pun suami tak banyak cerewet, tapi dia paling gemar Sunquick Tropicana bercampur Sirap Rose dan paling penting ada ais. Selalunya kalau Cheq masak lauk ikut mood dan tak nak membazir sangat sebab boleh makan 2 atau 3 hari sahaja.

Apapun yang kita makan bersyukurlah sebab rezeki yang ada kurniaan Allah S.W.T. Sampai di sini coretan kali ini, "Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak, Semoga Ramadhan Kali Ini Memberi Keberkatan Dalam Kehidupan Kita Seharian. Semoga Allah S.W.T menerima amalan kita di bulan yang penuh kemuliaan ini. Amin.....Amin...Amin.... Ya Rabbal Alamin."
Ramadhan Ya Ramadhan.

Syukur Ya Allah~~~



MY BLOG AWARDS

MY BLOG AWARDS
From Yoyo & Lingg - (DaVOM)

From Lingg (DAVOM)