Anda Yang Ke

Bloggers Penang

~~SAMPAI KE AKHIR HAYAT~~AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Daisypath Anniversary tickers
PERKAHWINAN (PUAN SALINA & ENCIK NADZMIN)

~~SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH. AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Lilypie First Birthday tickers
HARI KELAHIRAN PUTERA SULUNG(MUHAMMAD NAJMI BIN NADZMIN)

7.28.2011

♥ ♥ ♥HARIMAU MALAYA TETAP MENANG DIHATI♥ ♥ ♥ I LOVE MALAYSIA♥ ♥ ♥

HARIMAU MALAYA TETAP MENANG DIHATI


♥ ♥ ♥ I LOVE MALAYSIA♥ ♥ ♥

Aummmmmmmmm....... Walaupun permainan malam ini dengan kemenangan MENANG tanpa MALU, tidak hanya KOSONG tanpa sebarang tendangan bola yang mampu melolos masuk mengoyahkan PINTU GOL dan mampu melonggarkan kepala lutut PENJAGA GOL SINGAPURA.

Apapun HARIMAU MALAYA cukup mengaumkan STADIUM BUKIT JALIL malam ini. Alhamdulillah....... Cheq mula ikuti perlawanan ini sampai ke SEPARUH MASA PERTAMA, time tu punyalah banyak DRAMA KING dari pasukan SINGAPURA. Tiba-tiba jatuh memanjang tanpa berlanggar dekat dengan PEMAIN MALAYSIA. Apa kes? Saja nak habiskan masa supaya MALAYSIA tak mampu loloskan bola ke pintu gol? Pandai-pandai atur strategi yang membangkitkan kemarahan penyokong Malaysia saja. Sebab tu la ada pulak LASER entah-entah dari penyokong Singapura yang sengaja nak ambil kesempatan time masa dah hampir sangat. Ish! Geram betul! Kena banyak bersabar bila tengok perlawanan bola sepak, kalau tak confirm terlebih geram sampai esok garam dah tak laku sebab semua dah kena DARAH TINGGI. Ehehe... (",)

Anyway apa yang penting teruskan perjuangan wahai pejuang-pejuang HARIMAU MALAYA teruskan usaha dan ngauman meremangkan serata ASIA, hingga ke PIALA DUNIA terdengar ngaumannya.

♥ ♥ ♥HARIMAU MALAYA TETAP MENANG DIHATI♥ ♥ ♥ I LOVE MALAYSIA♥ ♥ ♥

Setiap pelosok negara menyaksikan perlawanan MALAYSIA menentang SINGAPURA. Bila jenguk ke FACEBOOK lagilah ngauman meremangkan semangat menyokong pasukan HARIMAU MALAYA. Sehingga Cheq mengikuti kemudiannya di SEPARUH MASA TERAKHIR melalui Facebook Kak Shahriza Mahmud dan terus menjenguk ke BLOGnya. Jom kita tengok coretan DIARI LUSUH SHAHRIZA MAHMUD. Layan~~~~~~~


7.26.2011

~~aLHaMDuLiLLaH... KeNYaNg SuDaH~~

Alhamdulillah.............
Errkkk...... Oppssttt! Sendawa plak. Alhamdulillah.... Syukur ke hadrat Allah S.W.T hari ini jari jemariku rajin untuk mencoretkan sesuatu di BLOG ini, yang semakin lama menyepi untuk dikongsi pengetahuan bersama kalian.

Nyummy.... Nyummy... Hari ini buat pertama kalinya, Cheq cuba memasak untuk santapan My Hubby - Encik Nadzmin Rahamad yang meminta nak makan ROTI JALA dengan GULAI UDANG sebelum puasa. Alhamdulillah, akhirnya berjaya. Tetapi roti jala tak menjadi
jala dan cuma menjadi roti gulung. Hahaha....... Ini la padahnya kalau acuan tak ada tapi nak jugak isteri masak, nasib baik My Hubby tak banyak cerewet bab makan. Janji sedap boleh kenyangkan perut nasi goreng dengan telur pun tak jadi hal punya. Badan dia pun Alhamdulillah makin kebang (mengembang), tapi badan Cheq pulak yang makin kuncup (mengecil). Apa kes? Ehehe.... (",)

Anyway, tengok saja gambar-gambar yang sempat dirakam untuk tatapan korang semua yea. Layan~~~~~~~~~~~

~~Yang Paling Penting? Kuali & periuk untuk memulakan aksi memasak~~


~~Sebelum masak bahan-bahan yang perlu disediakan terlebih dahulu~~

~~Akhirnya..... GULAI UDANG & ROTI GULUNG (ROTI JALA) pun siap~~


Lepas saja selesai masak Cheq pun bagilah My Hubby makan dulu dan suruh dia komen. Dia cakap sedap, so barulah berani nak hantar ke rumah mertua di sebelah. Ehehe...... (",) Kalau tak sedap, confirm la Cheq tak hantar. Ehehe..... (",) Sampai di sini coretan yang mampu membuatkan kalian menelan air liur yea. Hingga bertemu dilain masa dan ketika yea.
Sayonara~~~~~

7.13.2011

iDEa SuDaH MaRi......

Alhamdulillah. Pagi yang indah hari ni sampai tak dapat lelapkan mata semalaman kerana idea untuk kembali menulis datang tanpa diduga. Setakat sekarang tajuk dah ada tapi semua jalan cerita tergantung. Apa kes? Hahaha..... Sebabnya diri ni belum betul-betul nak tumpu 100% untuk menulis sepenuhnya. Mana taknya, asal ada idea saja notebook ada pada Adik & bila ada depan mata pulak idea main games saja memanjang. Apa kes? Hahaha..........


Rasanya kali ni dengan sokongan padu suami tercinta Cheq nak terus dengan bakat yang ada & perlu digilap lagi. Masih banyak yang perlu diasah supaya tidak akan rapuh menempuh halangan mendatang.

Sebenarnya hari-hari Cheq padat dengan aktiviti seharian cuma waktu & ringan jari-jemari saja belum berkesempatan mencoretkan lakaran diari kehidupan. Agak usang & sepi saban hari mengundang, namun rindu tetap ada kembali mencoret rasa dari jiwa. Apapun sampai bertemu lagi.

Sayonara~~~

7.03.2011

HiTaM aTaU PuTiH?



Hitam atau Putih?

Bukan menjadi persoalannya,
Yang dicorak dalam kehidupan kita,
Hitam dikatakan kotor penuh celanya,
Putih melambangkan suci dan bersihnya,
Namun itu bukan ikhlas sebenarnya,

Hitam atau Putih?
Biar di sini jemari seni mencoretkan,
Sebuah kisah hidup penuh cabaran,
Hidup penuh dengan seribu pedebatan,
Dengan jiwa penuh kegusaran,
Namun langkah perlu diteruskan,

Hitam atau Putih?
Perlu diteliti penuh keterperincian,
Luar saja nampak suci dan bersih,
Pekat kejinya tidak kelihatan,
Hidup hipokrit atau sukar memilih,
Boneka hanya drama kepura-puraan,

Hitam atau Putih?
Untuk mengharungi ranjau kehidupan,
Bukan ketentuan Ilahi sebenarnya,
Jika hidup penuh dengan keimanan,
Kita berhak mewarna dan mencoraknya,
Supaya realiti kehidupan penuh tujuan.

MY BLOG AWARDS

MY BLOG AWARDS
From Yoyo & Lingg - (DaVOM)

From Lingg (DAVOM)