Anda Yang Ke

Bloggers Penang

~~SAMPAI KE AKHIR HAYAT~~AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Daisypath Anniversary tickers
PERKAHWINAN (PUAN SALINA & ENCIK NADZMIN)

~~SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH. AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Lilypie First Birthday tickers
HARI KELAHIRAN PUTERA SULUNG(MUHAMMAD NAJMI BIN NADZMIN)

1.06.2009

BeRiTa TeRKiNi..........

Hr ni sempat aku jenguk sekejap Utusan Online, jenguk ke ruangan HIBURAN tiba2 ternampak kelibat seseorg. Ehehe. Sapa ek? Jom tgk..........

DARI kiri Juliana, Nanu, Amy Mastura dan Norish Karman dalam drama bersiri komedi romantik Kasut Tumit Tinggi.

Megadrama ketengah pelapis baru



KEMPEN penjenamaan Astro Megadrama yang mula dilancarkan pada Januari tahun lalu kini menjengah ke ulang tahun pertamanya.

Sepanjang 2008, kempen melalui empat salurannya iaitu Ria, Prima, Oasis dan Ceria telah memperuntukkan sebanyak 250 jam untuk menyiarkan drama-drama Melayu tempatan.

Satu jumlah yang cukup besar, menjelang 2009, jumlah peruntukan itu digandakan kepada 500 jam yang membantu memberi perangsang kepada golongan karyawan untuk menghasilkan karya bermutu agar dapat menembusi penyiaran di empat saluran berkenaan.

Ia juga dilihat sebagai langkah berani Astro dalam menayangkan drama-drama tempatan selaras dengan peningkatan jumlah pelanggan sasarannya yang terdiri daripada kaum Melayu.

Untuk 2009, sebagai pembuka tirai, Astro Megadrama memulakan penyiaran empat buah drama hebat iaitu 2 Kali Aku Mencintaimu, Delima, Kasut Tumit Tinggi dan Cinta Gila.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah berkata, peruntukan besar jumlah jam penyiaran bagi drama-drama tempatan menerusi Astro Megadrama 2009 bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan karyawan, penerbit atau pengarah yang sudah mempunyai nama di persada hiburan tanah air.

Malah, menurutnya, ia merupakan 'pintu' serta pentas kepada karyawan muda dan baru untuk berlumba-lumba dalam mengetengahkan bakat idea kreatif mereka.

"Kita memberi peluang yang banyak kepada muka-muka baru untuk menghantar hasil karya drama atau telemovie mereka kepada Astro.

"Walaupun ada hadnya berbanding 'orang lama', Astro Megadrama adalah pentas untuk mereka mencuba nasib dan mencari peluang berkarya.

"Mereka ini adalah pelapis. Bagi yang sudah ada nama pula, dengan jumlah jam penyiaran yang lebih besar untuk 2009, harapan saya agar mereka akan terus menghasilkan drama yang bermutu dan terbaik,'' katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Astro Megadrama 2009, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas Zainir, dalam memilih karya-karya bermutu baik drama mahupun telemovie, Astro telah memberikan peluang yang sama rata kepada sesiapa sahaja.

Bagaimanapun, ujarnya, semuanya itu bergantung kepada garis panduan yang telah ditetapkan bagi membolehkan Astro mengurangkan pelbagai risiko terhadap penayangan karya berkenaan.

Bagi muka baru, katanya, jika gagal menembusi hak penyiaran di Astro, proses tersebut tidak 'mati' di situ sahaja.

"Kami di Astro akan berkongsi pendapat dan memberikan mereka maklumat-maklumat penting mengenai kehendak kami. Daripada situ, mereka (muka baru) akan belajar sesuatu.

"Bagaimana proses penilaian kami telah pun dimaklumkan kepada setiap penerbit atau pengarah.

"Kalau ada karya yang ditolak, kebanyakannya tidak menepati dua kategori iaitu perjalanan cerita dan teknikal,'' jelasnya.

Kepada satu soalan sama ada Astro pernah menyenaraihitamkan penerbit yang gagal menepati kehendak Astro, Zainir memberitahu, setakat ini perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Sementara itu, Zainir berkata, untuk tahun 2009, Astro Megadrama akan memperbanyakkan penyiaran telemovie dengan sasaran lebih 80 buah telemovie.

Sepanjang 2008, katanya, jumlah telemovie yang tergolong dalam Astro Megadrama adalah sebanyak 26 buah.

"Di samping itu, kita akan menguatkan lagi segmen drama bersiri dengan menggandakan lagi jumlahnya berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 30 buah drama,'' ujarnya.

Ditanya apakah pertambahan itu akan menyaksikan Astro mengurangkan proses ulang tayang, Zainir berkata, ia akan tetap dilakukan.

"Ini adalah strategi pemasaran Astro. Alasannya, setiap tahun, Astro menerima pelanggan-pelanggan baru. Justeru, drama-drama atau telemovie ini adalah baru bagi mereka.

"Kepada pelanggan-pelanggan sedia ada pula, ulang tayang membolehkan mereka memilih masa sesuai untuk menonton memandangkan mungkin ada yang sibuk pada waktu-waktu tertentu,'' tambahnya.

0 comments:

MY BLOG AWARDS

MY BLOG AWARDS
From Yoyo & Lingg - (DaVOM)

From Lingg (DAVOM)