Hr ni settle saja reports utk HQ & HICOM-CHEVROLET aku pun sempat jenguk berita2 panas di internet. Tiba2 aku terjumpa 1 artikel ni. Jom kita tengok sama2 ek. Layan~~~~~~~~~~
SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE (12/01/2009 - Isnin)
Info TV: Kasut Tumit Tinggi komedi romantik sarat mesej
DRAMA komedi romantik 13 episod ini menampilkan lakonan mantap pelakon jelita iaitu (dari kiri), Juliana Evans, Nanu Baharudin, Amy Mastura dan Norish Karman. |
MEMAPARKAN empat pelakon jelita, Astro melalui slot Astro Megadrama memilih drama komedi romantik berjudul Kasut Tumit Tinggi (KTT) sebagai pilihan utama di awal tahun ini.
Drama komedi romantik 13 episod ini menampilkan lakonan mantap pelakon jelita seperti Nanu Baharudin, Norish Karman, Amy Mastura dan Juliana Evans.
Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, pemilihan KTT sebagai salah satu daripada barisan drama Astro Megadrama sememangnya tepat kerana selain menghiburkan, mesej mengenai realiti kehidupan juga turut diselitkan.
“Mereka semua mempunyai banyak persamaan dari segi personaliti tetapi masing-masing mempunyai nasib yang ternyata jauh berbeza dari segi keluarga, cinta dan karier,” katanya.
Drama yang pasti menarik perhatian ramai ini bakal disiarkan menerusi Astro Prima (saluran 105) setiap Khamis, jam 10.00 malam bermula 22 Januari ini.
Sofia lakonan Nanu Baharudin berumur 38 tahun, seorang janda yang romantik bekerja dari rumah sebagai seorang penterjemah novel cinta. Dia popular sebagai penasihat cinta yang memberi nasihat cinta dan perhubungan di ruangan akhbar. Dia seorang yang penyayang dan amat menyayangi anaknya dan sanggup melakukan apa saja untuk memastikan anaknya bahagia.
Watak Mai lakonan Juliana Evans sebagai anak gadis berumur 17 tahun, seorang yang baik hati tetapi bersifat sinis. Hanya dua perkara yang menjadi kesukaannya dalam dunia iaitu ibunya dan cerita penyiasatan. Dia bangga dengan dirinya yang rasional.
Pelbagai kekecohan yang lucu dan menghiburkan berlaku setelah Mai genap berumur 17 tahun apabila Sofia menyatakan hasrat untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki kembali. Mai berasa cemburu dan sedih kerana bimbang dengan kehadiran orang baru dalam hidup ibunya. Manakala Sofia pula tersepit di antara perasaan sunyi dan bersalah.
Akhirnya, dua beranak ini membuat perjanjian iaitu mana-mana lelaki yang ingin menjalinkan hubungan dengan Sofia haruslah ditapis dan mendapat kelulusan Mai terlebih dulu. Bagaimanapun, secara diam Mai bertindak lebih cepat dengan cuba menyiasat latar belakang setiap lelaki yang hadir dalam hidup ibunya untuk menilai sejauh manakah keikhlasan mereka.
Sejauh manakah perbezaan ibu dan anak ini dari segi cita rasa dan harapan dalam memilih teman hidup? Berjayakah mereka menemui apa yang dicari?
1 comments:
ii..nice entry..tgh search psl tajuk ni then found out this blog..i've downloaded episode 1 from jiwang network..direct download available at my blog..
Post a Comment