Anda Yang Ke

Bloggers Penang

~~SAMPAI KE AKHIR HAYAT~~AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Daisypath Anniversary tickers
PERKAHWINAN (PUAN SALINA & ENCIK NADZMIN)

~~SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH. AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Lilypie First Birthday tickers
HARI KELAHIRAN PUTERA SULUNG(MUHAMMAD NAJMI BIN NADZMIN)

6.18.2009

Doakan........................... Terima Kasih

Credit From : FACEBOOK & BLOG Shahriza Mahmud a.k.a Kak Riza

Terima kasih Kak Riza krn mencoretkan sesuatu di BLOG akak. Kpd semua sama2 kita berdoa agar keadaan sepupu sal kembali pulih semula. Amin....Amin...Amin...Ya Rabbal Alamin....

Doakan Adik Nur Yuslina Yang Sedang Koma

Bersama Nur Yuslina. Gambar yang sempat kami rakamkan. Terima kasih kepada dua INA yang memberikan sokongan moral yang cukup padu kepada Riza, NUR YUSLINA & SALINA MOHD SOBRI

Di pagi Khamis yang hening, Riza menyambung kembali dan mengolah lagi monolog D. Sedang enak menaip dengan idea yang mencurah, tiba-tiba keluar jendela bual Yahoo ( IM ). Sal yang sebelum ini menyatakan kesibukan memanjang tiba-tiba akan datang lagi ke Kuala Lumpur pada besok hari sedangkan dia cukup sukar untuk mendapatkan cuti dari kerjanya di Pulau Pinang.

Walau cuma berbual melalui kata-kata yang ditaip di alam maya ini, Riza pasti setiap patah perkataan yang ditaip dan diluahkan penuh dengan nada pilu dan resah kerana sepupunya yang baru sahaja ditemui empat hari yang lalu, kini tidak semena-mena terlantar di hospital tanpa bicara. Sedangkan Riza yang baru pertama kali bertemu dan bergambar dengannya juga terasa keresahannya, apalagi kakak saudaranya yang begitu mengambil berat tentang adik sepupunya.

Riza dapat melihat keakraban mereka. Riza lihat keceriaan mereka. Walaupun Nur Yuslina cuma menemankan sepupunya ( SAL ) sewaktu kami membincangkan mengenai Teater D, sesekali mereka mencelah juga perbualan kami apabila timbul isu-isu yang menarik terutama ketika kami mengusik Sal yang kuat makan tapi tidak menunjukkan tanda-tanda tubuh badannya akan naik. Riza berseloroh mengatakan cuma satu je ubat untuk Sal berisi,"Dia kena kahwin!". Ina setuju dan ketawa kecil malu-malu.

Ina lebih banyak mendengar pada hari tersebut tapi senyuman tetap menguntum. Riza sempat tanya kepadanya,"Kenapa diam saja." Jawapannya, cuma sekuntum senyuman yang diberi. :)

Berita dari Sal pada pagi ini, empat hari selepas kami bertemu amat mengejutkan!

Ina kini berada di dalam wad ICU. Pagi semalam ( RABU ) diberitakan abang Sal kepadanya, Ina tiba-tiba jatuh pengsan tanpa sebab. Riza kira sudah lebih 24 jam Ina berada di dalam keadaan koma. Menurut Sal, doktor telah mengambil air dari tulang sum-sumnya untuk mengenalpasti penyakit Ina. Ina dikatakan tidak mempunyai apa-apa penyakit sebelum ini.

Nur Yuslina yang baru berusia 20 tahun memerlukan doa kita semua. Anak gadis yang masih muda belia yang baru berjinak-jinak dengan kehidupan sebenar, perlu diberi peluang untuk meneruskan hidup yang sihat walafiat seperti kita. Siapalah kita hendak melawan takdirNYA.

Sama-samalah kita berdoa demi kesihatan Nur Yuslina agar Yang Esa menyembuhkan dia, agar sepupunya yang baik hati, Salina tidak akan gusar mengenangkannya... Amin...

6.15.2009

~~CuTi-CuTi MaLaYsIa~~

Cuti-cuti MALAYSIA................ Yahooooooooooooooooo..... Hr ni dah start pening kepala semula setelah 4hari bersiar2 disekitar KL. Huh...... Mmg penat & berbaloi. Ehehe..... (",) Ok la xnak cerita panjang nnt korg tgk sendiri gambar2 yg sempat aku rakamkan utk korg tgk ek. Layan~~~~~~~~~~~

10/06/2009 (Rabu)
Hari ni penat siapkan semua reports yg sepatutnya utk di hantar kpd bos. Kat bawah ni korg tgk la suasana meja dlm office b4 aku start bercuti ek. Tengok jgn xtengok ek.

11/06/2009 (Khamis)
Jam 8.30pg kami bertiga iaitu aku, Adik & Yati bertolak ke KL. Perjalanan dr Png xjam pun nasib baik kereta pun xbyk. Tp jejak saja ke area Perak dah nampak keadaan yg berjerebu. klu xpercaya cuba tengok sendiri.


Sampai di persimpangan RAWANG jln jam disbbkan ada ROAD BLOCK. Nasib baik aku xdrive laju klu xjwbnya kena saman la. So kpd anda semua jgn sesekali pecut sesuka hati meLEBIHi HAD LAJU!!!! Pastu susur keluar saja area Rawang mak aii jln berdenyut2 mcm kura2 plak. Ehehe.... (",) Akhirnya sampai rumah Pak Long di Taman Wilayah, Selayang, Selangor D.E. pukul 1ptg. Berehat di sana sampai pukul 4.30ptg kami bergerak ke Bank Negara Malaysia (BNM) pd mulanya nak jumpa member lama time study kolej dulu. Last2 berjumpa dgn Kak Asma saja la jawabnya. Terima kasih ek Kak Asma belanja kita org TEA BREAK di Lanai Kijang.


Lps tu kita org terus bergerak ke rumah Mak Ndak di Bandar Tasek Selatan, K.L. plak nasib baik xsesat klu x alamatnya tidoq dlm kereta la jwbnya. Selepas Isyak kita org bergerak ke Bangsar plak sbb Pak Ndak ajak dinner sekali dgn member dia kat OUTBACK STEAKHOSE, Bangsar Village. pastu kita org balik berehat di rumah, mata dah penat sgt time tu sampai dah tertidoq dlm kereta. Ehehe... (",)

12/06/2009 (Jumaat)
Dlm perjalanan ke Hospital Ampuan Rahimah, Klang, Selangor D.E. Aku sempat singgah sebentar ke office CERGAZAM SDN BHD (Dealer CHEVROLET) di Petaling Jaya. Aku singgah sekejap saja pastu kami terus bertolak ke hospital. Nasib baik kita org pi klu x kesian Nor sorg2 di hospital ptg tu xada sapa2 yg dtg melawat. Sorry la ek gambar xdpt nak ambik time melawat Nor di hospital. Alhamdulillah bila aku tgk dgn mata aku sendiri nampak keadaan dia dah stabil dr sebelum aku dtg adik aku ckp keadaan dia agak kurang memuaskan. Alhamdulillah aku nampak dia dah blh bergurau mcm time dia xsakit. Dah blh ketawa semula & bergurau dgn kami mcm selalu. Katanya doktor ckp buah pinggang kedua2nya mengecut tetapi terpaksa menjalani operation hr selasa (16/06/2009) nnt. Sempat juga kita org jumpa Mak Njang, Syahadah & Mami Ida di hospital. Pastu kami terus bertolak ke rumah Tok Ndak plak di Shah Alam. Lps Isyak kami terus bertolak balik ke Bandar Tasek Selatan.

13/06/2009 (Sabtu)
Ni plak pandangan dr rumah Pak Su, maklum la di atas kayangan nampak la kawasan rumah owner Bandar Tasek Selatan klu xsilap namanya Tan Sri Abu.


Pastu kami bergerak ke KLCC plak. So tgk la gambar2 yg dirakamkan ek.

Pastu terus bergerak ke Mid Valley plak. Kita org pi tengok wayang cerita JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK seramai 10 org. Mmg pecah perut jugak la kami ketawa dlm panggung, ni klu tgk kat rumah mesti beraksi bergolek2 atas lantai ketawa ni. Ehehe.... (",) So kpd sapa2 yg belum tgk cerita ni cepat2lah ke pawagam ek. Rugi wooo klu korg xtgk. Ehehe.... (",) Sorry xdpt nak rakamkan gambar kita org dlm pawagam. Tp korg tgk la aksi2 selepas keluar dr panggung wayang. Layan~~~~~~


Pastu kita org naik ke tingkat atas JUSCO Mid Valley, apalagi klu bkn pekena LAKSA la. Nyummyy....... Mmg sedap betul rasa mcm nak bawa balik ke Penang. Ehehe...... (",) Klu korg xpercaya cuba tgk betul2 aksi kita org time makan. Tangkap meleleh air liur beb. Ehehe..... (",)


Ni plak aksi sementara nak bergerak ke rumah Pak Su.



14/06/2009 (Ahad)
Ni plak gambar2 kita org yg sempat dirakamkan bersama Kak Shahriza Mahmud. Layan~~~~

Adik (Ieta) & Kak Shahriza Mahmud

Yuslina & Kak Shahriza Mahmud

Illyana & Kak Shahriza Mahmud


Aku & Kak Shahriza Mahmud

Zam & Kak Shahriza Mahmud

Ni plak aksi2 semasa dlm perjalanan balik dr Kuala Lumpur. So setakat tu saja yg dpt dicoretkan di BLOG ni.
Sehingga bertemu lg. Sayonara~~~~~~

p/s : Kpd sesiapa yg Sal xdpt luangkan waktu utk berjumpa diharapkan maafkan saya ek. Nnt klu dpt turun KL lg kita jumpa ek. Kpd Kak Riza thanks sudi berjumpa & bergambar dgn kita org yg agak kecoh ni ek. Lps ni kita kena. Syhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~~~

5.28.2009

~~PUISI TANPA TEMA TETAP UNGGUL~~

Keratan akhbar Berita Harian - Khamis, 28 Mei 2009

Credit From : FACEBOOK (Kak Riza a.k.a Shahriza Mahmud)

Shahriza MahmudShahriza Mahmud ~ Baca Berita Harian ruangan sastera antara hari Khamis hingga Ahad tentang Pertemuan Penulis Muda Pena di Puteri Resort Melaka. ~
3.15 ptg · Komen ·

Siti Jasmina Ibrahim
Siti Jasmina Ibrahim
apa yang menariknye?
Shahriza Mahmud
Shahriza Mahmud
yang menariknya... hemm.. belum tahu.. hehe.. tapi..
puisi yang kita deklamasi malam tu insyaAllah akan diterbitkan tapi tak tahu bila.. ;)
Salina Mohd Sobri
Salina Mohd Sobri
Bagus! Bagus! Bagus! Betul! Betul! Betul! (",)
Erin Sharina
Erin Sharina
wow.. :) tahniah..
Salina Mohd Sobri
Salina Mohd Sobri
PERHATIAN!!!!!Artikel dah keluar dlm BERITA HARIAN hr ni. Sila beli cepat!!!!!!!!! Ehehe... (",)

MY BLOG AWARDS

MY BLOG AWARDS
From Yoyo & Lingg - (DaVOM)

From Lingg (DAVOM)