Alhamdulillah.....
Setelah berhari2 aku ditimpa sakit satu demi persatu. Akhirnya aku kembali sihat, tp masih ditahap kurang memuaskan lg sbb batuk2 masih ada lg. Suara pun masih serak2 basah lg, cuma tahap ketahanan badanku semakin pulih. Terima kasih kpd semua termasuklah family serta sahabat2 yg jauh maupun yg dekat krn mendoakan kesihatan aku kembali pulih. Erm... Agak usang & sepi BLOG aku sejak akhir2 ni kan? Aku minta maaf byk2 pd semua sahabat2 yg masih tertunggu2 apalah perkhabaran aku hr demi hr kan? Sekali lg aku nak minta maaf sbb masa & tenaga aku utk meringankan tgn mencoretkan sesuatu di BLOG makin berkurangan. Tp aku xakan sesekali biarkan BLOG aku ni terus berhabuk,bersawang & mcm2 BER lg ek. Tp aku akan cuba isikan waktu yg terluang aku utk dikongsikan bersama korg semua ek. So lps ni korg kena selalu2 jenguk ek. Pastu bg la komen apa yg patut ek. Skrg ni korg layan kejap puisi yg sempat aku karang buat tatapan semua ek. Layan~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hasil Nukilanku-18/07/2009 :6.30ptg
Alhamdulillah...
Dengan ujianmu Tuhan,
Aku berserah dengan ketulusan hati,
Dengan dugaan yang telah diberikan,
Aku pasrah mencari ketenangan hati,
Alhamdulillah...
Dengan kesabaran yang ada,
Aku gagahkan diri terus bersabar,
Dengan apa jua ujian melanda,
Aku pasrah hadapi dengan sabar,
Alhamdulillah....
Dengan berkat doa semua sahabatku,
Aku kembali pulih semula ,
Dengan kasih sayang sahabatku,
Aku mampu tersenyum semula,
Alhamdulillah.....
Dengan semua yang ditempuh,
Aku harungi dengan tabah,
Dengan doa aku kembali sembuh,
Aku panjatkan syukur kepada Allah.
7.18.2009
aLHaMDuLiLaH.....
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 6:30:00 PM 0 comments
6.22.2009
CoRaT-CoReT @ kUaLa LuMpUr & SeLaNgOr D.E.
Alhamdulillah... Hari ni aku sempat meringan jari-jemari & rajinkan diri utk mencoretkan sesuatu di BLOG yg semakin hari semakin berhabuk & berdebu. Ehehe... (",) Diharapkan kalian semua sedang menantikan apa lagi yg aku nak coretkan utk tatapan kalian semua. So hari ni korg tgk sendiri apa yg berlaku dlm kehidupan aku sepanjang minggu baru2 ni. Layan~~~~~~~
19/06/2009 (Jumaat)
Kami ke Food Court, Carrefour Seberang Jaya dulu utk mkn. Lps tu baru bertolak terus ke KL pd jam 9.30mlm.
20/06/2009 (Sabtu)
Kira2 pukul 2.30pg kami baru sampai ke KL dr Penang di rumah Pak Ndak & Mak Ndak kat Bandar Tasek Selatan. Selepas tu apalagi cari bantal la nak tidoq. Mata dah letih sgt time sampai tu. Huhu..........
Bagun awal jugak pagi tu terus bersiap nak ke Port Klang tengok Norshahida a.k.a Nor yg baru keluar wad. Korg layan la gambar aksi2 di rumah Pak Njang di Port Klang.
Adik (Ieta) & Nor
Mcm2 aksi ada....Pastu kita org singgah kejap kat rumah adik Mak Njang Kinah xjauh dr rumah depa. Time tu dpt la bergambar dgn Haidil (klu xsilap tu namanya). Layan~~~~~~



Pastu kita org bergerak plak ke rumah Tok Ndak Mat kat Shah Alam. Tengok la gambar2 sekitar kami berehat di sana sementara nak bergerak tengok Yus kat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Layan~~~~~~~~~~
Xdpt mandi kolam pun xpa, janji dpt ambik gambar.Sampai kat hospital mmg sedara-mara kita org ramai. Alhamdulillah, Yus dah sedar tp doktor baru ckp hati dia bengkak & ada kuman dlm otak plak. Erm..... Kita sama2 doakan agar Yus cepat sembuh ek. Amin...Amin....Amin.... Ya Rabbal Alamin.... Jgn terkejut tgk aksi2 kita org kat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ek. Layan~~~~~

21/06/2009 (Ahad)
Hari ni plak jadual utk ke Nilai terpaksa ditukar, sbb aku kepenatan nak drive & kereta plak meragam skit. So jadual pun bertukar, adik & sepupu yg lain ke Pusat Karaoke sementara aku ke Leisure Mall, Cheras. Korg nak tau x aku dpt jumpa sapa? Cuba tengok & layan gambar2 ni ek. Layan~~~~~~~~
1...2...3...4...5..... Kak Riza, Zam, Kak Isma, Abg Zul & Sal (Aku lg la tu...)SURPRISE.............
Disebabkan ramai sedara yg ada di rumah Mak Ndak nak ke PPUM, so terpaksa la aku bergerak lepas tu ke PPUM bersama Kak Riza yg sudi tumpangkan aku menaiki keretanya. Ehehe.... (",) Jgn ada yg jeles tau. Yg ni secara kebetulan & xdisengajakan.
p/s : 10q Kak Riza krn sudi tumpangkan sal ke PPUM ek.
Ramai sedara terkejut bila Kak Shahriza Mahmud dtg sendiri melawat Yus kat PPUM. Sekali lagi seluruh family kita org nak ucap TERIMA KASIH kpd Kak Riza bersama MANAGERnya krn sudi meluangkan masa menziarahi Yus di PPUM. Ni plak gambar2 yg sempat dirakamkan. Layan~~~~~~~
Dlm pukul 7.45 mlm kami bertolak ke Penang. Pada mulanya aku nak suruh ayah yg drive tp memandangkan ayah pun xtidoq petang hari tu. Aku gagahkan juga utk drive dr KL terus ke Penang dgn berbekalkan LIVITA Honey. Smlm aku syok drive rupanya2 ibu & ayah aku dah tidoq. Nasib baik la aku xmengantok sampai saja kat rumah mata mmg dah xlarat nak buka. Ehehe.... (",)
Sekian INFO TERKINI utk tatapan korg kali ni. Sayonara..............
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 8:26:00 AM 0 comments
6.18.2009
Doakan........................... Terima Kasih
Credit From : FACEBOOK & BLOG Shahriza Mahmud a.k.a Kak Riza
Terima kasih Kak Riza krn mencoretkan sesuatu di BLOG akak. Kpd semua sama2 kita berdoa agar keadaan sepupu sal kembali pulih semula. Amin....Amin...Amin...Ya Rabbal Alamin....
Doakan Adik Nur Yuslina Yang Sedang Koma
Bersama Nur Yuslina. Gambar yang sempat kami rakamkan. Terima kasih kepada dua INA yang memberikan sokongan moral yang cukup padu kepada Riza, NUR YUSLINA & SALINA MOHD SOBRIWalau cuma berbual melalui kata-kata yang ditaip di alam maya ini, Riza pasti setiap patah perkataan yang ditaip dan diluahkan penuh dengan nada pilu dan resah kerana sepupunya yang baru sahaja ditemui empat hari yang lalu, kini tidak semena-mena terlantar di hospital tanpa bicara. Sedangkan Riza yang baru pertama kali bertemu dan bergambar dengannya juga terasa keresahannya, apalagi kakak saudaranya yang begitu mengambil berat tentang adik sepupunya.
Riza dapat melihat keakraban mereka. Riza lihat keceriaan mereka. Walaupun Nur Yuslina cuma menemankan sepupunya ( SAL ) sewaktu kami membincangkan mengenai Teater D, sesekali mereka mencelah juga perbualan kami apabila timbul isu-isu yang menarik terutama ketika kami mengusik Sal yang kuat makan tapi tidak menunjukkan tanda-tanda tubuh badannya akan naik. Riza berseloroh mengatakan cuma satu je ubat untuk Sal berisi,"Dia kena kahwin!". Ina setuju dan ketawa kecil malu-malu.
Ina lebih banyak mendengar pada hari tersebut tapi senyuman tetap menguntum. Riza sempat tanya kepadanya,"Kenapa diam saja." Jawapannya, cuma sekuntum senyuman yang diberi. :)
Berita dari Sal pada pagi ini, empat hari selepas kami bertemu amat mengejutkan!
Ina kini berada di dalam wad ICU. Pagi semalam ( RABU ) diberitakan abang Sal kepadanya, Ina tiba-tiba jatuh pengsan tanpa sebab. Riza kira sudah lebih 24 jam Ina berada di dalam keadaan koma. Menurut Sal, doktor telah mengambil air dari tulang sum-sumnya untuk mengenalpasti penyakit Ina. Ina dikatakan tidak mempunyai apa-apa penyakit sebelum ini.
Nur Yuslina yang baru berusia 20 tahun memerlukan doa kita semua. Anak gadis yang masih muda belia yang baru berjinak-jinak dengan kehidupan sebenar, perlu diberi peluang untuk meneruskan hidup yang sihat walafiat seperti kita. Siapalah kita hendak melawan takdirNYA.
Sama-samalah kita berdoa demi kesihatan Nur Yuslina agar Yang Esa menyembuhkan dia, agar sepupunya yang baik hati, Salina tidak akan gusar mengenangkannya... Amin...
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:07:00 PM 0 comments
6.15.2009
~~CuTi-CuTi MaLaYsIa~~
Cuti-cuti MALAYSIA................ Yahooooooooooooooooo..... Hr ni dah start pening kepala semula setelah 4hari bersiar2 disekitar KL. Huh...... Mmg penat & berbaloi. Ehehe..... (",) Ok la xnak cerita panjang nnt korg tgk sendiri gambar2 yg sempat aku rakamkan utk korg tgk ek. Layan~~~~~~~~~~~
10/06/2009 (Rabu)
Hari ni penat siapkan semua reports yg sepatutnya utk di hantar kpd bos. Kat bawah ni korg tgk la suasana meja dlm office b4 aku start bercuti ek. Tengok jgn xtengok ek.
11/06/2009 (Khamis)
Jam 8.30pg kami bertiga iaitu aku, Adik & Yati bertolak ke KL. Perjalanan dr Png xjam pun nasib baik kereta pun xbyk. Tp jejak saja ke area Perak dah nampak keadaan yg berjerebu. klu xpercaya cuba tengok sendiri.

Sampai di persimpangan RAWANG jln jam disbbkan ada ROAD BLOCK. Nasib baik aku xdrive laju klu xjwbnya kena saman la. So kpd anda semua jgn sesekali pecut sesuka hati meLEBIHi HAD LAJU!!!! Pastu susur keluar saja area Rawang mak aii jln berdenyut2 mcm kura2 plak. Ehehe.... (",) Akhirnya sampai rumah Pak Long di Taman Wilayah, Selayang, Selangor D.E. pukul 1ptg. Berehat di sana sampai pukul 4.30ptg kami bergerak ke Bank Negara Malaysia (BNM) pd mulanya nak jumpa member lama time study kolej dulu. Last2 berjumpa dgn Kak Asma saja la jawabnya. Terima kasih ek Kak Asma belanja kita org TEA BREAK di Lanai Kijang.

Lps tu kita org terus bergerak ke rumah Mak Ndak di Bandar Tasek Selatan, K.L. plak nasib baik xsesat klu x alamatnya tidoq dlm kereta la jwbnya. Selepas Isyak kita org bergerak ke Bangsar plak sbb Pak Ndak ajak dinner sekali dgn member dia kat OUTBACK STEAKHOSE, Bangsar Village. pastu kita org balik berehat di rumah, mata dah penat sgt time tu sampai dah tertidoq dlm kereta. Ehehe... (",)
12/06/2009 (Jumaat)
Dlm perjalanan ke Hospital Ampuan Rahimah, Klang, Selangor D.E. Aku sempat singgah sebentar ke office CERGAZAM SDN BHD (Dealer CHEVROLET) di Petaling Jaya. Aku singgah sekejap saja pastu kami terus bertolak ke hospital. Nasib baik kita org pi klu x kesian Nor sorg2 di hospital ptg tu xada sapa2 yg dtg melawat. Sorry la ek gambar xdpt nak ambik time melawat Nor di hospital. Alhamdulillah bila aku tgk dgn mata aku sendiri nampak keadaan dia dah stabil dr sebelum aku dtg adik aku ckp keadaan dia agak kurang memuaskan. Alhamdulillah aku nampak dia dah blh bergurau mcm time dia xsakit. Dah blh ketawa semula & bergurau dgn kami mcm selalu. Katanya doktor ckp buah pinggang kedua2nya mengecut tetapi terpaksa menjalani operation hr selasa (16/06/2009) nnt. Sempat juga kita org jumpa Mak Njang, Syahadah & Mami Ida di hospital. Pastu kami terus bertolak ke rumah Tok Ndak plak di Shah Alam. Lps Isyak kami terus bertolak balik ke Bandar Tasek Selatan.
13/06/2009 (Sabtu)
Ni plak pandangan dr rumah Pak Su, maklum la di atas kayangan nampak la kawasan rumah owner Bandar Tasek Selatan klu xsilap namanya Tan Sri Abu.

Pastu kami bergerak ke KLCC plak. So tgk la gambar2 yg dirakamkan ek.









Pastu terus bergerak ke Mid Valley plak. Kita org pi tengok wayang cerita JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK seramai 10 org. Mmg pecah perut jugak la kami ketawa dlm panggung, ni klu tgk kat rumah mesti beraksi bergolek2 atas lantai ketawa ni. Ehehe.... (",) So kpd sapa2 yg belum tgk cerita ni cepat2lah ke pawagam ek. Rugi wooo klu korg xtgk. Ehehe.... (",) Sorry xdpt nak rakamkan gambar kita org dlm pawagam. Tp korg tgk la aksi2 selepas keluar dr panggung wayang. Layan~~~~~~



Pastu kita org naik ke tingkat atas JUSCO Mid Valley, apalagi klu bkn pekena LAKSA la. Nyummyy....... Mmg sedap betul rasa mcm nak bawa balik ke Penang. Ehehe...... (",) Klu korg xpercaya cuba tgk betul2 aksi kita org time makan. Tangkap meleleh air liur beb. Ehehe..... (",)







Ni plak aksi sementara nak bergerak ke rumah Pak Su.

14/06/2009 (Ahad)
Ni plak gambar2 kita org yg sempat dirakamkan bersama Kak Shahriza Mahmud. Layan~~~~
Adik (Ieta) & Kak Shahriza Mahmud
Yuslina & Kak Shahriza Mahmud
Illyana & Kak Shahriza Mahmud
Aku & Kak Shahriza Mahmud
Zam & Kak Shahriza Mahmud




Sehingga bertemu lg. Sayonara~~~~~~Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 9:31:00 AM 2 comments
MY BLOG AWARDS
From Yoyo & Lingg - (DaVOM)
From Lingg (DAVOM)























