Mesti ada yg terkejut beruk sbb dlm kesibukkan aku akhir2 ni pun sempat nak join HANGOUT BERSAMA MILA ahad (23/11/2008) baru2 ni kan? Mmg ikutkan hati & badan yg dah xlarat ni aku malas dah nak pi mlm tu. Tp sbb Kak Mazlina & Elina yg byk memujuk sampai aku jd cair nak pi. Tp dengan syaratnya Elina la jd DRIVER aku hr tu, mmg dah xberdaya kaki aku ni nak tekan pedal minyak nak drive kereta.
Hr sabtu baru ni la punya pasal sampai kaki aku dah kekejangan gara2 KESESAKAN LALU-LINTAS di JELUTONG EXPRESSWAY. Huhu....... Hr sabtu aku balik kerja xla sesak yg teramat mcm ni. Aku balik rumah kat TMN HJ MOHD AMIN ambik ayah, ibu & Yati terus pi kenduri Siti kat area Permatang Nibong. Lapar gila aku makan nasi pun byk jugak walaupun lepas mkn ada kenduri 1 lagi kat Fort Cornwallis (area Padang Kota Lama). Walaupun jam dah bergerak ke pukul 3.45ptg kami terus menuju ke Fort Cornwallis, mmg jalan xsesak masa naik feri. Bila sampai area Georgetown mmg sesak betul jalan, so aku pun drive kereta ikut jalan yg xsesak sgt gara2 nak pi kenduri. Aku ingat nak makan kenyang2 rupanya selera terbantut sbb dah pening naik feri. Huhu....... Aku MABUK FREE lg klu naik feri...... Badan ni pun rasa mcm dah nak demam. Dok fikir jgn la demam esoknya bila nak pi Batu Kawan & Hotel Tanjung Bungah sudah la......... Yg syoknya aku dah xlarat nak drive, aku suruh ayah aku drive blh plak dia buat bodo saja. So aku la kena bawa kereta jugak walaupun tgh MABUK FREE lg ni..... Huhu.....
Apa la aku cerita panjang lebaq sgt ni, bukan apa tgh tangan ni FREE plak nak coretkan catatan sepanjang aktiviti aku baru2 ni. Ehehe...... Boleh la gak relakskan minda aku yg dah pening fikir pasal kerja. Ehehe..... Boleh la plak aku ckp mcm tu....... Ehehe....... Kali ni aku nak cerita pasal xtvt hr ahad aku bersama dgn budak2 DAVOM. Huhu..... Setelah sekian lama kesesakan kepala aku & tension dgn kerja2 di office, dapat la jugak aku habiskan masa utk relaks otak aku dah yg semakin semput. Ehehe.....
Bermula MISI PERTAMA - Aku, Elina, Nawal & Dina meyerang ke
BATU KAWAN (JOM HEBOH).
Mmg meriah & ramai di booth COCOALAND bila time tu Duta COCOALAND iaitu Mila dah sampai di sana. Aku pun xdpt nak rakamkan gambar masa kat sana sbb camera digital aku dipinjam oleh adik aku. Dia syok dok kat KL tp aku plak yg terpaksa pakai camera yg xcanggih so xdpt la nak post gambar kat sini. Apapun klu aku dpt gambar dr camera Elina aku akan post kat BLOG ni ek. So korg kena la selalu jenguk blog aku ni ek....... Tunggu............ Perut aku yg tgh lapar ni sempat la aku jamah COCOPIE yg Mila bg masa kat Batu Kawan hr tu.... Ehehe.... Kita org ber4 dpt COCOPIE sorg 1 tau..... Rugi la sapa yg xdpt pi Batu Kawan hr tu. Ehehe......
MISI KEDUA - Aku, Elina, Nawal & Dina ke HOTEL TANJUNG BUNGAH
Kami berkonvoi dgn Kak Wan & Along, walaupun hanya 2 kereta tp masih berkonvoi kan?? Sbenarnya Misi kami sepatutnya berkonvoi bersama Mila, tetapi terpaksa ditukar sbb Mila xmai bersama family masa di KARNIVAL JOM HEBOH. So kami bergerak dr Batu Kawan hanya sebuah kereta & terus tunggu Kak Wan & Along kat tepi selepas TOL. Bila sampai kami di sana Kak Mazlina a.ka. Karikow bersama suami & anak dia dah sampai awal. Nampaknya kami ikut jam org putih la ni blh sampai awal dr org yg kendalikan program kali ni. Ehehe....... So aku xnak buangkan masa korg nak baca byk2 leteran aku yg lebih panjang ni, apa kata korg tgk saja pic yg sempat aku CILOK dr FORUM MILAWAZZUP..... Layan..........
11.25.2008
HaNgOuT bErSaMa MiLa???
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 10:30:00 AM 0 comments
11.21.2008
KeSiBuKaN YaNg tErLaMpAu................
Huhu...... Dah lama agaknya aku xcoretkan apa2 kat BLOG aku ni. Disebabkan sibuk yg teramat sgt aku xsempat nak ringankan jari-jemari aku tekan keyboard. Huhu..... Mmg xdpt nak diceritakan bertapa sibuknya aku sejak bekerja di office baru ni. Bukan setakat xcukup kaki & tangan malahan otak aku pun penat dah pusing 360 darjah. Huhu..... Dapatkah korg rasakan apa yg aku rasakan apa yg aku rasakan ni. Jawapannya AKU LEBIH TAHU...... Ehehe..... Dah la xnak mengarut2 aku nak siapkan kerja yg perlu disettlekan. InsyaAllah, jika aku digerakkan hati & tangan aku pun larat nak taip atas keyboard ni lg aku akan coretkan aktiviti2 harianku seperti selalu..... Korg doa2kan la aku xsesibuk mcm ni lg ek. Ehehe..... Sampai bertemu lagi utk coretanku lg.... Adios.......
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 9:00:00 AM 0 comments
11.05.2008
~~~OfFiCe BaRu~~~
Rindunya aku kat member2 office di Prai. Huhu......... Xmau la nak cerita sedih2. Skrg ni aku nak share gambar yg sempat aku tunjukkan pd korg ek. Ehehe....... Layan......
............
.




































Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:09:00 PM 1 comments
10.25.2008
LaMBaT ke OfFiCe????
Huhu......Hari ni aku sampai lewat kat office, sempat la pecut kereta mcm bawa kereta Ferrari padahal aku bawa Kancil saja. Ehehe..... Gara2 nak ke Pejabat Pos Bandar Sunway Seberang Jaya dr rumah aku mmg jauh sikit. Dah tu kereta byk plak hr sabtu nak ke Pasar, apalagi kereta aku xdpt nak mencelah-celah kenderaan dikiri & kanan aku. Ehehe..... Walaupun laju tp aku masih drive dgn berhati2. Makin berdebar2 nak tunggu tarikh 3hb November nnt di mana aku akan duduk di office & suasana baru...... Huhu.................
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:40:00 PM 0 comments
10.24.2008
ProDuK ~~~LuvMILA ~~~Akan Datang
Credit : www.milawazzup.com/forum
Assalamualaikum semua,
Mila ucapkan terima kasih atas komen komen davom yg mila sayangi..
sapa sapa nak tambah pendapatan???
mila ada cara.. 
Bagaimana untuk menjadi Stokis?
Kelayakan sebagai stokis, belian minima pada permulaan adalah sebanyak RM 2, 000.00 termasuk kos penghantaran:
- 5 Ctn x (12 botol) LuvMILA Feminine Wash
- 6 Ctn x (12 botol) LuvMILA Intimate Spray
Harga Pasaran :
LuvMILA Feminine wash , RM15.90(WM)/RM17.50(EM)
LuvMILA Intimate spray, RM 13.90(WM)/ RM15.30(EM)
Semua stokis layak mendapat 40% diskaun untuk membeli produk LuvMILA.
Bagaimana untuk menjadi pengedar?
Kelayakan sebagai Pengedar, belian minima pada permulaan adalah sebanyak
RM 400.00 termasuk kos penghantaran :
- 1 ctn x (12 botol) LuvMILA Feminine wash
- 1 ctn x (12 botol) LuvMILA Intimate spray
Harga pasaran :
LuvMILA Feminine wash , RM15.90(WM)/RM17.50(EM)
LuvMILA Intimate spray, RM 13.90(WM)/ RM15.30(EM)
Semua Pengedar layak mendapat 20 % diskaun untuk membeli produk LuvMILA.
Sebarang pertanyaan boleh email ke luvmilaproduct@gmail.com atau hubungi 0162631987.
Pihak kami masih lagi membuka peluang untuk anda menjadi stokis di kawasan anda. Tempoh promosi ini terhad sehingga di beritahu kelak.
Terima kasih.
Mila Jirin
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 6:04:00 PM 0 comments
10.23.2008
ProDuK ~~~LuvMILA ~~~
CREDIT : www.milawazzup.com/forum
Assalamualaikum pada semua yang membaca post ini..
Memperkenalkan LuvMILA eksklusif dari MILA JIRIN
Istimewa buat semua wanita yang mementingkan kecantikan dalaman dan kebersihan, mila ingin berkongsi satu produk yang dirumus khas formulasi nya dari ekstrak herba dan proses bioteknologi.
Kebersihan diri bukan sahaja kebersihan luaran malah keselesaan dan kebersihan.
bahagian intim juga amat penting bagi memastikan kesempurnaan sebagai
wanita.
oleh kerana itu, MILA memperkenalkan Pencuci bahagian intim LuvMILA Feminine Wash yang membantu menjamin
kebersihan dengan menghilangkan bakteria yang menyebabkan ketidakselesaan
seperti bau kurang menyenangkan serta menyebabkan jangkitan kuman, kegatalan dan kerengsaaan
LuvMILA Femenine Wash mengandungi ekstrak Tea Tree, Clove semulajadi.
Bertindak membersih menyeluruh dan melindungi bahagian intim daripada
bakteria.
Satu lagi produk yang bakal di perkenalkan kepada semua wanita wanita moden di luar sana yang terlalu mengejar masa dan sibuk sepanjang hari, mila akan mengeluarkan satu produk iaitu LuvMILA intimate spray. LuvMILA intimate spray ialah spray yang memberikan perlindungan, kesegaran dan juga membantu mengekalkan keselesaan vagina untuk sepanjang hari. LuvMILA Intimate spray ini di bekalkan dalam botol spray yang kecil untuk memudahkan pengguna membawa ia kemana sahaja.
LuvMILA FEMININE WASH berharga RM 15.90 (100ml) dan LuvMILA INTIMATE SPRAY berharga RM 13.90 (60 ml)
sebarang pertanyaan sila email kan ke luvmilaproduct@gmail.com
Mila mencari pengedar dan juga Pembekal!!!
Peluang baik untuk anda yang ingin menambah pendapatan sampingan. anda boleh lah menjadi pengedar atau pembekal LuvMILA di tempat anda.
Sesiapa yang menjadi pengedar, pihak luvMILA akan memberikan keuntungan sebagai pengedar berdaftar sebanyak 20% setiap botol
dan buat sesiapa yang ingin menjadi pembekal di tempat anda (pembekal adalah terhad di setiap kawasan) anda berpeluang untuk mendapat keuntunggan sebanyak 40% setiap botol.
Cepat!!! cepat!!! Daftar sekarang, hanya email kan profile dan nombor fon anda ke luvmilaproduct2gmail.com
Mila menanti email dan maklum balas dari anda semua..
sebarang pertanyaan sila hubungi +0162631987
Terima kasih..
selamat mencuba LuvMILA
salam,
mila Jirin
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 10:12:00 AM 0 comments
10.22.2008
TeScO XtRa??????????
Akhirnya smlm aku dpt jugak sampai kat Tesco Xtra kat Seberang Jaya dgn ayah,ibu & adik aku. Kami bertolak dr rumah lps Maghrib sbb smlm aku buka puasa dulu (tumpang semangat berkobar2), dlm pukul 8mlm baru kereta yg dipandu aku bergerak menuju tempat sepatutnya. Penat jugak la berjalan pusing dlm Tesco Xtra tu sambil bershopping smlm. Ayah aku dah xlarat cari barang yg nak beli utk bulanan ada yg mahal. So dia ckp bln depan dia nak beli saja kat Carrefour Seberang Jaya. Hampir 2 jam kami kat Tesco Xtra tu walaupun xbyk barang yg dibeli tp amount dlm resit tu mak aiiihh boleh tahan jugak mahalnya barang skrg ek....... Musykil betul la harga minyak dah turun2 tp knapa harga barang xturun2 ni??? Huhu............. Dlm perjalanan kami nak ke parking kereta adik aku cadang nak ke rumah Ainie kat Taman Pauh Jaya. Tp disebabkan ayah aku yg ckp xmau pi terpaksa la kami balik terus ke rumah..........
Ni plak kisah aku masa sahur pg td, kelam-kabut mcm lipas kudung sbb bgn terlambat dlm pukul 5.30 pg. Aku buka peti ais capai saja botol kicap,sos cili, telur ayam 2 biji & roti (xpired 20/10/2008). Dlm kepala aku dok set nak goreng telur cincang saja pg ni sbb kesuntukan masa. Setelah siap telur cincang tu aku mkn dgn marathonnya sampai 3 keping roti. Huhu.......... Sempat la aku minum seteguk air saja dah kedengaran azan berkumandang dr masjid. Nasib baik aku dah niat dr smlm sampai nak minum air td. Ehehe...... Dasyat x acara marathon sahur aku pg td??? Ehehe........
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:38:00 PM 0 comments
10.14.2008
03/11/2008????
Apa kena dgn tarikh 03/11/2008??? Huhu..... Aku akan diTRANSFERkan kerja kat branch baru di Sg. Pinang, Penang. Huhu........
Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 4:14:00 PM 0 comments
10.11.2008
kEnDuRi kAhWiN AiNuL MaRiA & sUaMi.......
Ni VC & gambar2 yg sempat aku kongsikan utk korg semua semasa MAJLIS PERSANDINGAN AINUL MARIA & SUAMI kat Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang. Korg layan la VC & gambar2 ni ek. Ehehe.... Layan..................
Click.....Click....Click....
Smile....... Amboi... Senyum sakan ek???
Tengok2 apa tu???
Senyum sikit.....Posted by ~~SaLiNa @ SaL~~ at 12:03:00 PM 0 comments
MY BLOG AWARDS
From Yoyo & Lingg - (DaVOM)
From Lingg (DAVOM)




















