Anda Yang Ke

Bloggers Penang

~~SAMPAI KE AKHIR HAYAT~~AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Daisypath Anniversary tickers
PERKAHWINAN (PUAN SALINA & ENCIK NADZMIN)

~~SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH. AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Lilypie First Birthday tickers
HARI KELAHIRAN PUTERA SULUNG(MUHAMMAD NAJMI BIN NADZMIN)

2.05.2009

HaDiaH?????

Alhamdulillah...... Rezeki aku hr ni dpt mkn KFC free kat office ada org USED CAR belanja kita org KFC. So dpt la aku mkn kenyang hr ni. Ehehe. Anyway smlm My Lovely msg bg tau adik dia No.7 iaitu Nadzuki xcident kat area Queensbay, Bayan Baru. Kesian kat My Lovely, baru saja adik dia No. 5 iaitu Nadzima pulih dr xcident ni adik sorg lg plak xcident. Dugaan dr Allah S.W.T semuanya kita kena redha ek. My Lovely minta maaf sbb hr ni xdpt nak celebrate birthday aku, aku xkisah sbenarnya klu dia xcelebrate pun. Janji dia ingat tarikh birthday aku cukup la, yg paling penting dia sayang aku & bertolak-ansur sudah la. Aku fhm situasi dia smlm xdpt nak ke GH Penang tgk keadaan adik dia. Aku dgr cerita adik dia patah kaki saja tp lain2 xtau la plak, harap2 jd pengajaran pd adik dia sbb bawa motor x ada lesen. Ni la akibatnya klu xdgr nasihat org tua2. Ish... Xnak la ckp lebih2 harap2 adik My Lovely sihat semula & insaf dgn apa pengajaran yg dia dpt smlm ek. Er..... Sebenarnya aku dah dpt HADIAH yg TERISTIMEWA dr My Lovely time NEW YEAR hr tu. Korg nak tau x apa hadiahnya? Jom tengok sama2 ek.................... Ehehe....

Cantik x?

Jgn tanya harga berapa ek. Pd aku HADIAH ni cukup bermakna buat aku ikhlas dr My Lovely. Alhamdulillah, 2hari selepas Hari Pertunangan kami aku keluar dgn My Lovely & aku dpt BERITA TERKINI dr My Lovely yg dia dipanggil utk interview 13/02/2009 nnt. InsyaAllah, mudah2an My Lovely dpt jawatan utk PENGUATKUASA di JABATAN ALAM SEKITAR. Bkn senang nak dpt kerja dgn KERAJAAN aku pun dah xlarat nak update BORANG SPA 8. Huhu.... Mudah2an ni REZEKI utk My Lovely & masa depan kami jugak nnt.
Amin... Amin... Amin... Ya Rabbal Alamin....

5 FeBrUaRi?????

ALHAMDULILLAH...... Bersyukur kpd ALLAH S.W.T. krn hr ni genaplah 28 TAHUN aku lahir ke Dunia. Terima kasih kpd AYAH & IBU yg byk bersusah-payah membesarkan aku yg byk ragam & karenah ni. Ehehe. Hr ni jugak aku berkongsi dgn NORMAN KRU & Airiz (Webmaster Official Wesite Amy Mastura), cuma berbeza tahun saja & kiranya aku ni paling muda skit la dr dia org. Ehehe.... Terima kasih la pd org2 yg terAWAL wishing for My Birthday.

1. Armiza DaVOM
2. Zel DaVOM
3. Seelan Paul
4. Kak Nana (PA Amy Mastura)
5. Kak Mazlina a.k.a Karikow DaVOM
6. Airiz (Webmaster Amy Mastura)
7. My Lovely
8. Adik (Ieta)
9. Kai
10. Lela (My Cousin)

Ramai lagi dah xtersenarai ni antara TOP 10 yg WISHING FOR MY BIRTHDAY.......

THANKS FOR ALL.

2.04.2009

BaLiK LaMBaT LaGi????

Setelah lama xbalik lambat, akhirnya hr ni aku balik lambat lg. Ehehe. Ala bkn selalu pun aku balik lambat, tu pun sbb ada REPORTS URGENT nak kena send hr ni jugak ke HQ. So xnak cerita panjang. Skrg aku dah nak kemas2 barang & balik. C u TOMORROW. Cha Cin Cau......

2.03.2009

NuR sYaZaLiNa..............

Akhirnya terjawab sudah persoalan nama anak Jija & Abg Y. Nak tau siapa namanya Baby Girl ni???Namanya ialah........
NUR SYAZALINA BINTI MOHD SYAWAL


Ni plak saja tempek gambar Papa & Mama si NUR SYAZALINA time bersanding di KL dulu. Ehehe....


p/s: Jgn marah ek ayong tempek gambar Jija & Abg Y kat BLOG ni. Ehehe.... (",)

2.02.2009

NeW BaBy???

Alhamdulillah....... Pd 31 Januari 2009 baru2 ni, Jija dah selamat bersalin baby girl di Hospital Bersalin Pulau Pinang. Kira baby girl ni xsabar2 nak keluar awal la ni ek? Tu la patutnya due date dlm pertengahan bln Februari 2009, last2 dia nak jugak keluar akhir bln Januari 2009.
Buat masa skrg ni aku pun tertanya2 apa la nama baby girl Jija & Abg Y ni? Smlm aku pi hospital tgk Jija, kesian dia kena opperate tu la baby girl dia xnak keluar kot pintu tp nak jugak keluar kot tingkap. Ehehe. Mcm pernah ku dgr ayat ni tp siapa yg ckp ni ek? Ehehe.
Anyway semuanya dah selamat, mama & baby pun sihat cuma nak tunggu beberapa hr lg b4 doktor benarkan balik ke rumah. Anyway TAHNIAH KPD PAPA SYAWAL & MAMA JIJA. Nama baby girl tu nak kasi nama apa ek? Jgn plak ambik nama yg Malis suggest iaitu SYAWANIZA. Kata Malis gabungan nama Jija & Abg Y, mcm2 la idea Mak Su Malis tu. Ehehe. So korg layan gambar2 masa Jija pregnant time aku bertunang & gambar2 baby girl Jija ek.
LAYAN~~~~~~~


Aku & Jija

Illy (Yana), Jija & Ina (Yuslina) - ni Mak2 Sedara yg tgh xcited tunggu kelahiran Baby Girl Jija

Jija & Ieta (Adik Aku) - Ni la Baby Sitter yg akan menjaga Jija & Baby Girl

Alahai...... Comelnya.....

Uih....... Nyenyaknya tidoq......

Cak........ Dah buka mata..... Ikut rupa sapa ni ek?

1.31.2009

TeRiMa KaSiH.........

Terima kasih xterhingga pd semua yg bertungkus-lumus mengendalikan Majlis Pertunangan aku tempoh hari. Tak lupa juga pd semua yg wish pd aku dr b4 Majlis berlangsung sampai la semua dah selesai. This is My Sweet Memory in My Life. Mmg ramai xsangka bila aku make over wajah aku di Hari Pertunangan. Bkn saja cousin2, makcik2, pakcik2 & tok2 sedara aku yg terkejut, bahkan anak2 sedara aku pun tgk sampai xkelip2 biji mata. Kira dasyat la kan aku yg xpernah2 make-up b4 this dah blh ubah wajah aku yg sebenar. Ehehe. Alhamdulillah..... Bersyukur semuanya kurniaan Allah S.W.T. Dlm pd tu aku sempat jenguk2 kat BLOG kawan2, sampai la terserempak di BLOG Zarry DaVOM. Ni nak kena saman si Zarry ni, CILOK gambar xbg tau ek. Ehehe. Anyway, terima kasih xterhingga kpd semua yg terlibat secara langsung & xlangsung utk Majlis Pertunangan aku baru2 ni.
~~~~THANK YOU VERY MUCH~~~~
~~~~ARIGATO (GOZAI-MASU)~~~~

Credit from Zarry (DaVOM) Blog


Saturday, January 31, 2009

ehem....ehem....dgn ini sy menjemput tuan2 dan puan2 sekalian ke majlis pertunangan sy pada sekian sekian bertempat di sekian sekian. ahaks, gilosss!!!! it's not me wokeyh!!!!

uhuk3x. at this opportunity, aku nk wish selamat bertunang kpd kak sal yg telah selamat mengikat tali pertunangan bersama ehem-ehemnyer, Mr. N (bukan nama sebenar) pd 25hb yg lalu.

tadaaaa.....semoga berkekalan n kawenla cepat2! ahaks, jgn tunggu lama2, nnt lama2, dia diambil org....lalalalalala....... pesanan ini ditaja khas utk pasangan yg baru bertunang! ekekekekeke....

jeng3x!!!! nie la dia orgnyaa. MR. NADZMIN & MS SALINA!!! (ble la nk jd MADAM?!) hua3x. ahhaa....tunang enchek Nadzmin tu yg pkai bj cokelat tu ok! bkn yg pkai bj gold lip-lap lg meghelit itew! beliau yg pkai bj lip-lap mengalahkan org bertunang itu adalah kak ita iaitu adik kepada kak sal. wakakakakakakakaka.....ampuuunnnnnnnnnn kak ita! ekekekekkekeke. pssstttt....kak sal! sy curik gambo yer! huhuhuhu.....pic credits to org dlm gmbr! miahahahaha... nk tgk lg byk gmbr sler p tgk sendiri kt blog beliau ok!

p/s : Zarry lain kali minta IZIN dulu tau!! Ehehe.... Kang Kak Sal saman kayooooo ni..... Ehehe.... Thanks ek uploadkan dlm BLOG Zarry ek. C u soon. Take care.

1.26.2009

~~~HaRi PeRTuNaNGaN (25/01/2009)~~~

Alhamdulillah.... Semua dah berjalan lancar, smlm aku dah bergelar tunangan org. Mcm xpercaya saja, bkn aku saja yg xpercaya sedara-mara aku pun mcm xpercaya yg aku kni dah jd tunangan org. Ehehe. Mcm dlm MIMPI saja ni, tp aku bersyukur sangat2 dgn Majlis Pertunangan aku ni dpt mengeratkan lg tali silaturahim di antara kami. Bak kata org "Yg Jauh Kita Dekat2kan, Yg Dekat Kita Erat2kan". Bersyukur kpd Allah S.W.T. aku & tunang ku kini lebih terjamin dgn ikatan ni supaya xada lg mulut2 org yg buat cerita tanpa kebenaran. Alhamdulillah, Allah S.W.T. telah memakbulkan segala IMPIAN aku selama ni. Amin..... Amin.... Amin.... Ya Rabbal Alamin.....

Ok la aku xnak cerita pjg lebar, di sini aku nak kongsikan gambar2 spanjang Majlis Pertunangan aku & tunangku. So skrg korg LAYAN~~~~~~~~

1.24.2009

BiNgUnG????

Bingung

Lagu : Cat Farish Lirik: Amer Munawer

Artis : Amy Mastura & Sedozen

Setiap langkah ku atur
Semuanya tidak betul
Katamu tidak teratur
Ku bersabar ku perbetul

Namun langkahku tak betul
Segalanya yang menyusul
Katamu tidak teratur
Ku bersabar ku perbetul

Ku cuba fahami segala
Namun berat jiwa
Untuk ku mengalah lagi dengannya
Ku cuba selami semua
Namun apa daya
Untuk ku mengalah lagi dengannya

Bingung dengan cinta / yang pertama...
Bingung dengan dia / yang melanda...
Bingung yang kurasa / jiwa ini....
Bingung yang melanda

Bingung kerana cinta / kerananya ku
merana.....
Bingung kerana dia / kebingungan yang
menimpa
bingung yang kurasa
Bingung yang melanda

Bila mula ku berkata
Ada saja yang tak kena
Ku akur dengan semua
Ku bersabar ku perbetul

Inilah ragam manusia
Ku turutkan segalanya
Ku terpaksa dan dipaksa
Ku bersabar ku perbetul

Oh kerananya ku sengsara
Tak ingin lagi bersama
Ku percaya hati luka ini
Akan bahagia
Tanpa dia...


p/s : Saja aku nak memBINGUNGkan korg sekali. Ehehe.


Friendster Comment Graphics


Friendster Comment Graphics


Friendster Comment Graphics


Friendster Comment Graphics


Friendster Comment Graphics


Friendster Comment Graphics

HaRi PeRTuNaNGaN - 1 HaRi LaGi

Dup....Dap.....Dup...Dap..... Dah makin rancak degupan jantung aku ni. Ehehe. Mcm xpercaya lg ni aku dah nak jd tunang kpd My Lovely - NADZMIN esok. Huhu...... Dah la aku xmau cerita apa perasaan aku utk esok hr. Yg pastinya time ni mata aku dah rasa mengantok sgt sbb smlm aku 1 family BERPERANG dgn NYAMUK. Huhu..... Smlm aku tidoq pun dah lewat hampir pukul 12.15pg, My Lovely yg baru balik dr kerja pun msg mcm org dah mamun. Ehehe. Dah la mcm tu aku plak xsedar time mana tertidoq sampai last msg dr My Lovely pukul 12.26pg. Aku tersedar masa tu dah pukul 3pg time nyamuk mula berperang xsampai beberapa minit family Mak Ngah Nah & Pak Long Ali pun sampai ke kg. Mak aiii.... Jalan jam rupanya masa Pak Long & family bertolak dr Selayang, bayangkan la depa masih di Rawang pukul 9.30mlm. Patut la sampai lewat kat kg awal pagi td, kesian kat depa gara2 Majlis Pertunangan aku depa terpaksa meredah kesesakan lalu-lintas. Hr ni ramai lg yg akan sampai dr KL, esok plak yg aku tau family Mak Ndak Nab nak bertolak dr Bandar Tasek Selatan slps solat Subuh. Yg paling aku rasa terharu sgt smlm time aku sampai kat rumah di Permatang Pauh, Along Ame (sepupu sebelah ayah - anak Mak Uda Nah) siap bawa hadiah utk Majlis Bertunang aku. Dah tu plak Ainie dtg plak nak ambik anak dia siap belikan aku sepasang kain warna kegemaran aku plak tu, senyum sokmo la aku smlm tgk kain yg Ainie bg pun cantik sgt corak dia. Terima Kasih Along, Ainie & Syam (suami Ainie) sbb bg hadiah yg terlalu istimewa utk aku. Nnt aku ada masa aku uploadkan gambar utk korg tgk ek apa hadiah yg dia org bg kat aku ek.

Ermmmm.... Berbalik pd cerita My Lovely yg dah tgh mamai smlm, aku terkejut beruk bila dia msg mcm ni sbb aku dah agak time ni mesti dia pun dah tertidoq. Ni kes start kena kerja shif la klu x My Lovely ni xada la mamai saja msg. Nak tau apa dia msg smlm last yg aku dpt smlm?


"InsyaAllah, abg akan bawa motor dgn brhemah skali, *** jgn risau ek, xpa la abg x mau la ganggu ***, *** kan tgh dok brkeje." -msg : 12.26am -24/01/2009

Msg ni la aku dok confuse lg, nak call skrg ni mesti dia pun dok tidoq lg. Xpa la sat lg aku msg dia tanya apa kes dia msg mamai sampai mcm tu sekali. Aku ni WORKAHOLIC (gila kerja) sampai tgh mlm ka ek? Ehehe. Ish.... Ish.... Dasyat betul la aku ni kan? Ehehe. Yg dia xtau aku dah tidoq lena time tu. Ehehe. Agaknya dia jd AHLI NUJUM kot yg pukul 3pg aku kena bgn berperang dgn nyamuk? Kira dasyat la My Lovely ni sampai blh tau aku akan bgn berkerja awal pagi td. Wakakakakakakaka........................... Ok la aku dah ada byk kerja nak settle b4 start cuti CHINESE NEW YEAR. So kpd kawan2 aku yg menyambut nnt aku ucapkan "GONG XI FA CHAI"....... Agak2 ANG PAU aku blh dpt lg x? X kahwin lg thn ni kira blh dpt la ek? Ehehe. Ok la semua jumpa lg. Cha Cin Cau...........

1.23.2009

~~~KaSuT TuMiT TiNgGi~~~~

Sementara MOOD kerja aku xdtg lagi aku sempat jenguk2 kat AMY MASTURA OFFICIAL WEBSITE. Rupa2nya Airiz (Webmaster) dah rajin update semalam. Ehehe. Sorry ek Riz....... Gurau2 saja ek. Jom tgk apa yg Riz sempat update semalam. Layan~~~~~~

Credit : Amy Mastura Official Website - Media

Misi cari cinta sejati dalam 'Kasut Tumit Tinggi'

Mstar
13 Januari 2009

SEBUAH lagi drama bersiri komedi menarik khusus untuk santapan para pelanggan Astro berjudul Kasut Tumit Tinggi akan mula menghiasi saluran tersebut tidak lama lagi dengan lakonan mantap pelakon-pelakon jelita seperti Nanu Baharudin, Norish Karman, Amy Mastura dan Juliana Evans.

Drama komedi romantik yang mencuit hati ini bakal bersiaran di Astro Prima (saluran 105) pada hari Khamis, jam 10 malam bermula 22 Januari ini.

"Kami di Astro tidak pernah jemu untuk terus membekalkan drama-drama berkualiti yang menghiburkan di samping memberi pengajaran untuk disajikan kepada para pelanggan.

"Pemilihan drama Kasut Tumit Tinggi sebagai salah satu daripada barisan drama Astro Megadrama ini sememangnya tepat kerana selain menghiburkan, mesej-mesej mengenai realiti kehidupan juga turut diselitkan untuk disampaikan sebagai pengajaran yang boleh dijadikan sebagai panduan dan teladan oleh para pelanggan," ujar Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani.

Kasut Tumit Tinggi mengisarkan tentang liku-liku kehidupan empat wanita jelita; Sofia (Nanu Baharudin), Ida (Norish Karman), Ros (Amy Mastura) dan Mai (Juliana Evans) yang berperwatakan menarik di kotaraya.

Mereka semua mempunyai banyak persamaan daripada segi personaliti tetapi masing-masing mempunyai nasib yang nyata jauh berbeza daripada segi keluarga, cinta dan karier.

Sofia lakonan Nanu Baharudin berumur 38 tahun, seorang janda yang romantik bekerja dari rumah sebagai seorang penterjemah novel cinta. Dia popular sebagai penasihat cinta yang memberi nasihat cinta dan perhubungan di ruangan akhbar.

Dia seorang yang penyayang dan amat menyayangi anaknya, Mai dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anaknya bahagia.

Watak Mai lakonan Juliana Evans sebagai anak gadis berumur 17 tahun, seorang yang baik hati tetapi bersifat sinis. Hanya dua perkara yang menjadi kesukaannya dalam dunia iaitu ibunya dan cerita penyiasatan. Dia bangga dengan dirinya yang rasional.

Pelbagai kekecohan yang lucu dan menghiburkan berlaku setelah Mai genap berumur 17 tahun apabila Sofia menyatakan hasrat untuk cuba mula menjalinkan hubungan dengan lelaki.

Mai berasa cemburu dan sedih kerana bimbang dengan kehadiran orang baru dalam hidup ibunya. Manakala Sofia pula tersepit di antara perasaan sunyi dan bersalah.

Akhirnya, kedua beranak ini telah membuat perjanjian iaitu mana-mana lelaki yang ingin menjalinkan hubungan dengan Sofia haruslah ditapis dan mendapat kelulusan daripada Mai terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, secara diam-diam Mai telah bertindak lebih cepat dengan cuba menyiasat latar belakang setiap lelaki yang hadir dalam hidup ibunya untuk menilai sejauh manakah keikhlasan mereka.

Manakala watak Ida pula dilakonkan oleh Norish Karman yang berumur 38 tahun, merupakan salah seorang kawan kepada Sofia. Dia dalam proses penceraian selepas mengetahui suaminya curang padanya. Akhirnya, dia teruskan hidup tanpa kepercayaan pada cinta dan lelaki. Tetapi, anaknya, Amir tetap orang yang paling disayangi dalam hidupnya.

Sementara Amy Mastura pula melakonkan watak Ros, seorang wanita berumur 35 tahun yang juga merupakan salah seorang kawan kepada Sofia. Dia tidak pernah keluar dengan lelaki dan bersifat pemalu.

Walau pun keempat-empat mereka berlainan perwatakan, kesemua wanita ini mempunyai misi yang sama dalam mencari cinta sejati.

Drama bersiri romantik komedi ini memaparkan jalan cerita yang banyak menyelitkan adegan-adegan yang diulang tayang semula atau flashback untuk membawa para penonton mengimbau kembali punca jalan cerita sebelum penyelesaiannya didedahkan.

Apakah yang bakal berlaku? Adakah mereka akan menemui cinta sejati yang dicari atau sebaliknya?

HaRi PeRTuNaNGaN - 2 HaRi LaGi

Wehooooooo...... Lagi 2 hari saja dah nak bergelar tunangan kpd Nadzmin Bin Rahmad. Erm..... Dlm kesibukkan nak beli utk hantaran nnt. Aku siap dah ada jadual utk aktiviti keesokkan hari selepas bertunang bersama2 dgn cousin2. Tu la jadual CUTI aku pun padat sebenarnya. Ehehe. Aku xmau cerita lagi apa yg dah diplanning oleh Illy & aku skrg aku nak sambung kerja aku. Harap2 dpt la balik awal sikit hr ni, klu xjwbnya sampai rumah pun lewat la nnt. Dah la nak kena meredah kesesakan ptg nnt kat atas JAMBATAN PULAU PINANG. Shibaraku desu ne~~~~

1.22.2009

HaRi PeRTuNaNGaN - 3 HaRi LaGi

Lagi 3hari saja lagi??? Mak aiii, mcm xpercaya lg ni. Mimpikah aku ni ek? Huhu..... Yg pastinya ni mmg realiti yg bakal aku hadapi bahawa aku akan jd tunangan org hr Ahad (25/01/2009) nnt. Aku pun xtau apa perasaan aku sebenarnya skrg ni dah mcm2 aku rasa skrg ni. Huhu..... Erm.... Smlm Pakcik Awie mai rumah ckp dia xdpt nak hadiri Majlis Pertunangan aku nnt. Xpa la aku fhm sbb dia terpaksa ke Johor Bahru nak bawa Tok Teh Ani (Mak Mertua Pakcik Awie) & family menziarah sedara sakit di sana. Ala, aku ckp kat Pakcik jgn risau sbb ni kenduri kecil saja yg penting thn dpn kenduri kahwin Pakcik mesti ada. Ehehe. Pakcik pun mcm xseronok saja sbb dgr adik-beradik yg lain nak balik ke Penang, tp dia plak nak ke Johor. InsyaAllah klu ada apa2 yg blh simpan utk family Pakcik kami akan simpan ek. Mcm meriah saja utk majlis pertunangan aku nnt sbb dah la ramai yg nak balik ke Penang lps tu plak ramai yg nak tumpang buat kenduri skali. Alhamdulillah, semuanya mcm menerima kehadiran bakal tunang aku nnt. Dari awal perkenalan kami lg family aku yg terlebih xcited dari aku ni hah. Lebih2 lagi ibu & ayah aku, setiap kali saja jumpa dgn bakal tunang aku ni mcm2 depa bualkan sampai aku plak jd pendiam saja. Ehehe. Pendiam ka aku ni ek?

Smlm jugak My Lovely dah start kerja shift ptg, kesian kat dia sbb masa2 kegawatan ekonomi skrg ni kilang dia pun dah byk buang org. Nasib baik la dia xkena buang kerja cuma kena bertugas mengikut syif plak. Start kerja pukul 3 petang sampai la pukul 11.30 malam, time dia msg dgn aku smlm bila dia dah sampai rumah dlm pukul 11.55 malam. Aku dah tidoq dah time dia msg aku tu, aku tersedar pun dlm pukul 2 pagi td sempat la aku balas msg walaupun dlm keadaan mamai2. Ehehe. Ok la nak sambung kerja aku ni, ada beberapa kes yg buatkan aku rasa malas sgt nak kerja hr ni. Huhu.......
Shibaraku desu ne (Bahasa Jepun : bermaksud "Selamat Bertemu Kembali").

1.21.2009

HaRi PeRTuNaNGaN - 4 HaRi LaGi

Dup...Dap...Dup... Dap.... Lagi 4hari beb aku dah nak bergelar tunangan org. Entah la mcm2 aku fikirkan skrg ni. Perasaan ni dah bercampur-baur sampai aku dah xtau nak ckp mcm mana lagi. Huhu. Erm.... Ok la xmau nak cerita pasal perasaan aku yg dah jd mcm rojak ni, aku nak cerita kat korg td sempat la aku jenguk ke FS (Friendster). Rupa2nya ramai jugak la kwn2 lama dulu yg aktif dlm FS cuma aku yg xbkesempatan nak cari kwn2 dlm alam maya ni. Ehehe. Maklum la bz skit sejak akhir2 ni. Ehehe. So bila korg berkesempatan tu aktifkan la diri ek.
~~~AKTIFKAN DIRIMU~~~

1.20.2009

AmY MaStURa????????????

SUMBER : UTUSAN ONLINE (20/01/2009 - Selasa)

HIBURAN

Amy Mastura masih bertahan

SEDANG artis-artis baru muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan, nama penyanyi dan pelakon bertubuh kecil molek ini tidak pernah terpadam dalam diari perjalanan hiburan tanah air.

Masih bertahan popularitinya, dalam diam, usia penglibatannya sebagai insan seni sudah pun mencecah 15 tahun.

Biarpun ada yang melihat dirinya bagai tenggelam dek peredaran zaman lantaran kurang cerita mengenainya terpampang di akhbar atau majalah, namun, rezekinya tidak pernah putus.

Menyanyi dan memperoleh tawaran berlakon, si genit berusia 37 tahun itu kini diberikan kepercayaan untuk mengacarakan program Apa Apa Aje di TV3, menggantikan Sheila Rusly.

Dalam lakonan pula, dia bakal muncul di saluran Prima (saluran 105, Astro) menerusi drama bersiri komedi romantik berjudul Kasut Tumit Tinggi bermula 22 Januari ini.

Cukup membanggakan, sepanjang tempoh bergelumang dalam dunia hiburan, personaliti kecil molek ini mencatat rekod sebagai artis yang bersih daripada kontroversi.

Begitulah empunya diri bernama Amy Mastura, yang satu ketika cukup terkenal dengan lagu-lagu antaranya Akan Datang, Bintang Hati, Jawapan Kasih dan Bukakanlah Pintu.

Tatkala ditemui Hits pada sesi fotografi di studio Utusan, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Amy masih kelihatan kekal langsing, comel dan periang seperti dahulu.

Dilontarkan persoalan mengenai tahun baru 2009, ibu kepada dua orang cahaya mata, Adriana, 7, dan Adalia, 3, ini ceria memberitahu, yang dia mempunyai buah tangan terbaru khusus untuk peminatnya.

Buah tangan berbentuk album berjudul Happy yang telah menjalani rakaman beberapa bulan lalu itu akan dipasarkan tidak lama lagi dengan mempertaruhkan 10 buah lagu baru.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan adalah Happy, Dingin Malam, Fiesta, Bahasa Langit, Mencapai Bintang, Ini Kasihku, Satu Kucupan, Jangan Cintakan Aku dan Langkah Di Hatimu.

Membabitkan barisan komposer seperti Panji dan Lah VE, Amy tidak ketinggalan menghasilkan sendiri lima buah lagu iaitu Happy, Dingin Malam, Ini Kasihku, Mencapai Bintang dan Langkah Di Hatimu.

"Album ini sudah lama disiapkan iaitu pada bulan Ogos tahun lalu. Bagaimanapun, ia tidak dapat dipasarkan awal kerana kulit album belum disiapkan atas masalah tertentu.

"Insya-Allah, kalau tiada aral melintang, ia akan berada di pasaran tidak lama lagi," katanya yang ditemani pengurusnya, Nana Ahmad.

Kata isteri kepada Alvin Tham Suffian ini, album tersebut adalah sebagai bukti bahawa dia masih aktif dalam nyanyian walaupun banyak memperoleh tawaran lakonan.

Menurut Amy, di sebalik tawaran demi tawaran berkenaan, dia tidak pernah melupakan bidang nyanyian malah sering kali diundang mengadakan persembahan di majlis-majlis korporat.

"Walaupun ada yang melihat saya umpama sudah tenggelam, saya bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki.

"Menyanyi, berlakon dan mengacara, saya juga masih menjadi duta produk Slim World dan beberapa produk lain," ujarnya.

Ditanya mengenai Apa Apa Aje, Amy yang mula menggantikan Sheila Rusly sebagai hos pada Isnin minggu lalu dan bergandingan bersama Shamsul Ghau Ghau mengakui, ia merupakan satu tugas yang cukup mencabar.

"Sheila telah meletakkan satu tanda aras untuk program itu. Tetapi saya tidak bolehlah menirunya 100 peratus.

"Saya akan sampaikan dengan cara saya sendiri. Mana mungkin saya akan menyamakan cara saya dengan cara dia (Sheila)," jelas Amy.

Amy dan kasut tumit tinggi

Sementara itu, Amy yang diajak berbicara tentang Kasut Tumit Tinggi berkata, memegang watak sebagai Ros, menerusi drama terbabit, Ros adalah seorang wanita yang bekerja sebagai tukang jahit.

"Dia (Ros) sering dibuli oleh bosnya. Tidak pandai melawan, segala masalah dikongsi bersama tiga lagi rakan baiknya.

"Dalam Kasut Tumit Tinggi, Ros tidak ada teman lelaki. Apa yang menariknya, ini adalah pertama kali saya membawakan watak sebagai tukang jahit. Lagipun, saya bukanlah pandai menjahit,'' jelasnya jujur.

Tambah Amy, Kasut Tumit Tinggi harus ditonton kerana ia membawa isu-isu berkaitan wanita.

HaRi PeRTuNaNGaN - 5 HaRi LaGi

Huhu.... Kepenatan rasanya hr sabtu nnt sbb aku kena kerja sampai pukul 5ptg last day CAMPAIGN SERVICE CHEVROLET utk NEW YEAR & CHINESE NEW YEAR. Huhu..... Entah la mcm2 aku fikir skrg ni, nak settle mcm2 masalah kat office ni lg aku pening. Apa yg aku buat skrg serba xkena & rasa mcm dah give-up saja skrg nak terus bertahan kat sini. Tp fikir2 balik positifnya aku dpt jugak belajar dr kesilapan. Yg xsyoknya kesilapan dr org lain jd masalah balik pd aku sebenarnya. Tensionnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........... Ya Allah tabahkanlah hatiku utk terima semua DUGAAN dariMu Ya Allah......... Walaupun perit aku tanggung sorg2 nak settlekan masalah sampai MOOD kerja aku pun dah berkurang skrg. Aku jd malas dah nak fikir & kepala aku pun dah mula sakit2 rasa mcm migrain dah nak serang semula. Huhu............ Apa la nasib aku ni kan? Dah la kena transfer kat tempat baru mcm2 DUGAAN yg mencabar keSABARan aku sebenarnya. Rasanya sbb aku ni TERLALU BAIK utk org terus pijak2 kepala aku ek? Agaknya org suka tgk aku jd SINGA selalu kan? Aku ni xada la baik mana sgt aku sekadar insan biasa yg xterlepas dr lakukan kesalahan & kesilapan. Tp org sengaja ambil kesempatan atas pertolongan aku & bila aku yg dlm kesusahan ada sapa nak tolong aku? Yg nyata & pastinya aku sendiri terpaksa selesaikan sendiri. Patut la aku KURUS skrg ni bkn krn org doakan kesihatan aku tp mungkin yg tgh suka2 hati kutuk2 aku kat belakang. Ni bkn caranya nak meredakan masalah malah ni nak menambahkan masalah aku skrg ni. Aku rasa xsedap hati sgt skrg ni, mcm2 masalah yg aku hadapi sorg2 walaupun dpt jugak aku kongsikan sedikit dgn My Lovely. Walaupun dia sendiri ada byk masalah nak difikirkannya, namun aku tetap bersyukur krn dia sentiasa bersama aku walaupun dlm senang mahupun susah. Ya Allah Kuatkanlah Ikatan Kami berdua nnt semoga xada DUGAAN yg mendatang lg. Amin..... Amin... Amin... Ya Rabbal Alamin....

1.19.2009

HaRi PeRTuNaNGaN - 6 HaRi LaGi

Huhu.... Hr ni bz sgt2 sbb aku kepenatan sbb tidoq lambat sgt smlm tgk ANUGERAH JUARA LAGU. Ehehe. Dah la plak drive hr ni dr rumah (Permatang Pauh) sampai lenguh kaki aku tekan padle sakit kaki aku sbb jalan sesak dr sebelum tol sampai la lepas tol. Huhu..... Nasib baik sempat sampai office before 8.30pg klu xmaunya dpt warning letter. Ehehe. Sejam stgh aku kat dlm kereta td sampai rasa mengantok sgt. Huhu............... Hr ni aku xtau nak cerita apa sbb semua persediaan utk Majlis Pertunangan dah diatur oleh family. So klu korg nak tau apa juadah utk hr pertunangan aku nnt. Bila2 aku senang nnt aku cerita ek. Skrg aku nak rest otak kejap before meeting petang nnt. Huhu.......... Mengantoknya.......

1.17.2009

HaRi PeRTuNaNGaN - 8 HaRi LaGi

Huhu.....Bz....Bz...Bz... Dah la bz aku rasa badan ni dah mcm nak demam saja lagi. Huhu. Xada mood nak cerita pasal aku dah xtau nak cerita apalagi. Skrg aku dah nak balik. Adios.

1.16.2009

HaRi PeRTuNaNGaN - 9 HaRi LaGi

Huhu.... Penatnya hr ni, otak pun dah penat sgt sampai smlm dah start demam. Nasib baik hr ni dah rasa sihat skit, tp kerja tetap byk lg nak kena siapkan. Huhu......

Lebih kurang seminggu saja lagi aku dah nak bertunang, rasanya persediaan lain2 dah buat cuma persediaan mental & fizikal saja kot skrg xsettle lg. Huhu..... Penat kat office ni rasanya mcm entah apa2 saja perasaan aku skrg dgn xcukup rehat. Harap2 hr bertunang nnt xada la aku kelam-kabut jdnya sbb hr sabtu aku kena kerja sampai pukul 5ptg hr last SERVICE CAMPAIGN CHEVROLET sempena NEW YEAR & CHINESE NEW YEAR. Nasib la badan xblh nak kerat2 klu xblh la bahagi sorg stgh buat kerja. Huhu........ Ok la aku nak sambung settle kerja yg mana patut sbb bos xada kat office 2hr ni ada MEETING di KL. Adios........ Wachaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~

1.15.2009

HaRi PeRTuNaNGaN - 10 HaRi LaGi

Huhu...... Alamak??? Teramat la bz aku minggu ni sampai xsempat nak update BLOG ni. Hr ni plak badan aku dah mcm nak demam ni. Dah la sepanjang minggu ni aku asyik balik lewat sampai pukul 8mlm baru keluar dr office. Maklum la hr ni bos aku ada kat KL meeting dgn HQ & HICOM-CHEVROLET. Entah la apa akan berlaku klu la ada account yg x balance lg. Huhu. Aku dah cuba sedaya-upaya & buat apa yg termampu aku buat. Mudah2an xada la apa2 silap lagi.
Amin..... Amin..... Amin.... Ya Rabbal Alamin......

1.12.2009

~~~PeRKaHWiNaN MaWi & eKiN~~~

Sumber : Utusan Malaysia Online (12/01/2009 - Isnin)

Acara kemuncak perkahwinan Mawi, Ekin berakhir

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Acara kemuncak perkahwinan penyanyi lelaki popular, Mawi dan pasangannya, Ekin berakhir dengan majlis resepsi istimewa bertemakan Hikayat 1001 Malam yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam ini.

Upacara itu merupakan persandingan ketiga buat pasangan popular itu selepas di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru dan Felda Taib Andak, Kulai, Johor dua minggu lalu.

Majlis yang penuh meriah itu dihadiri seramai 1,500 tetamu termasuk kaum keluarga kedua-dua mempelai.

Persandingan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Ria, Astro itu turut dihadiri orang kenamaan, teman artis dan media.

Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Al-Haj dan Toh Puan Bendahara Kedah, Noorsuzanna Abdullah turut hadir mencemar duli menepung tawar mempelai.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan isteri, Datin Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin juga adalah antara orang kenamaan yang hadir pada majlis penuh unik itu.

Antara teman artis yang hadir memeriahkan majlis berkenaan Datuk Jeffrydin, Ajai, Ning Baizura, Rozita Che Wan, Farhan, Linda Onn dan ramai lagi.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis-artis popular iaitu Anita Sarawak, Rabbani, Yassin, Zahid, Mila dan bintang-bintang Akademi Fantasia (AF).

Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani diijabkabulkan dengan Nora'ashikin Rahmat atau Ekin pada 20 Disember lalu di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu.

Dalam majlis itu, Ekin menerima wang hantaran sebanyak RM30,000 serba satu dan mas kahwin sebanyak RM22.50.

MY BLOG AWARDS

MY BLOG AWARDS
From Yoyo & Lingg - (DaVOM)

From Lingg (DAVOM)