Anda Yang Ke

Bloggers Penang

~~SAMPAI KE AKHIR HAYAT~~AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Daisypath Anniversary tickers
PERKAHWINAN (PUAN SALINA & ENCIK NADZMIN)

~~SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH. AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Lilypie First Birthday tickers
HARI KELAHIRAN PUTERA SULUNG(MUHAMMAD NAJMI BIN NADZMIN)

1.20.2009

AmY MaStURa????????????

SUMBER : UTUSAN ONLINE (20/01/2009 - Selasa)

HIBURAN

Amy Mastura masih bertahan

SEDANG artis-artis baru muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan, nama penyanyi dan pelakon bertubuh kecil molek ini tidak pernah terpadam dalam diari perjalanan hiburan tanah air.

Masih bertahan popularitinya, dalam diam, usia penglibatannya sebagai insan seni sudah pun mencecah 15 tahun.

Biarpun ada yang melihat dirinya bagai tenggelam dek peredaran zaman lantaran kurang cerita mengenainya terpampang di akhbar atau majalah, namun, rezekinya tidak pernah putus.

Menyanyi dan memperoleh tawaran berlakon, si genit berusia 37 tahun itu kini diberikan kepercayaan untuk mengacarakan program Apa Apa Aje di TV3, menggantikan Sheila Rusly.

Dalam lakonan pula, dia bakal muncul di saluran Prima (saluran 105, Astro) menerusi drama bersiri komedi romantik berjudul Kasut Tumit Tinggi bermula 22 Januari ini.

Cukup membanggakan, sepanjang tempoh bergelumang dalam dunia hiburan, personaliti kecil molek ini mencatat rekod sebagai artis yang bersih daripada kontroversi.

Begitulah empunya diri bernama Amy Mastura, yang satu ketika cukup terkenal dengan lagu-lagu antaranya Akan Datang, Bintang Hati, Jawapan Kasih dan Bukakanlah Pintu.

Tatkala ditemui Hits pada sesi fotografi di studio Utusan, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Amy masih kelihatan kekal langsing, comel dan periang seperti dahulu.

Dilontarkan persoalan mengenai tahun baru 2009, ibu kepada dua orang cahaya mata, Adriana, 7, dan Adalia, 3, ini ceria memberitahu, yang dia mempunyai buah tangan terbaru khusus untuk peminatnya.

Buah tangan berbentuk album berjudul Happy yang telah menjalani rakaman beberapa bulan lalu itu akan dipasarkan tidak lama lagi dengan mempertaruhkan 10 buah lagu baru.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan adalah Happy, Dingin Malam, Fiesta, Bahasa Langit, Mencapai Bintang, Ini Kasihku, Satu Kucupan, Jangan Cintakan Aku dan Langkah Di Hatimu.

Membabitkan barisan komposer seperti Panji dan Lah VE, Amy tidak ketinggalan menghasilkan sendiri lima buah lagu iaitu Happy, Dingin Malam, Ini Kasihku, Mencapai Bintang dan Langkah Di Hatimu.

"Album ini sudah lama disiapkan iaitu pada bulan Ogos tahun lalu. Bagaimanapun, ia tidak dapat dipasarkan awal kerana kulit album belum disiapkan atas masalah tertentu.

"Insya-Allah, kalau tiada aral melintang, ia akan berada di pasaran tidak lama lagi," katanya yang ditemani pengurusnya, Nana Ahmad.

Kata isteri kepada Alvin Tham Suffian ini, album tersebut adalah sebagai bukti bahawa dia masih aktif dalam nyanyian walaupun banyak memperoleh tawaran lakonan.

Menurut Amy, di sebalik tawaran demi tawaran berkenaan, dia tidak pernah melupakan bidang nyanyian malah sering kali diundang mengadakan persembahan di majlis-majlis korporat.

"Walaupun ada yang melihat saya umpama sudah tenggelam, saya bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki.

"Menyanyi, berlakon dan mengacara, saya juga masih menjadi duta produk Slim World dan beberapa produk lain," ujarnya.

Ditanya mengenai Apa Apa Aje, Amy yang mula menggantikan Sheila Rusly sebagai hos pada Isnin minggu lalu dan bergandingan bersama Shamsul Ghau Ghau mengakui, ia merupakan satu tugas yang cukup mencabar.

"Sheila telah meletakkan satu tanda aras untuk program itu. Tetapi saya tidak bolehlah menirunya 100 peratus.

"Saya akan sampaikan dengan cara saya sendiri. Mana mungkin saya akan menyamakan cara saya dengan cara dia (Sheila)," jelas Amy.

Amy dan kasut tumit tinggi

Sementara itu, Amy yang diajak berbicara tentang Kasut Tumit Tinggi berkata, memegang watak sebagai Ros, menerusi drama terbabit, Ros adalah seorang wanita yang bekerja sebagai tukang jahit.

"Dia (Ros) sering dibuli oleh bosnya. Tidak pandai melawan, segala masalah dikongsi bersama tiga lagi rakan baiknya.

"Dalam Kasut Tumit Tinggi, Ros tidak ada teman lelaki. Apa yang menariknya, ini adalah pertama kali saya membawakan watak sebagai tukang jahit. Lagipun, saya bukanlah pandai menjahit,'' jelasnya jujur.

Tambah Amy, Kasut Tumit Tinggi harus ditonton kerana ia membawa isu-isu berkaitan wanita.

0 comments:

MY BLOG AWARDS

MY BLOG AWARDS
From Yoyo & Lingg - (DaVOM)

From Lingg (DAVOM)