Anda Yang Ke

Bloggers Penang

~~SAMPAI KE AKHIR HAYAT~~AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Daisypath Anniversary tickers
PERKAHWINAN (PUAN SALINA & ENCIK NADZMIN)

~~SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH. AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Lilypie First Birthday tickers
HARI KELAHIRAN PUTERA SULUNG(MUHAMMAD NAJMI BIN NADZMIN)

1.12.2009

~~~PeRKaHWiNaN MaWi & eKiN~~~

Sumber : Utusan Malaysia Online (12/01/2009 - Isnin)

Acara kemuncak perkahwinan Mawi, Ekin berakhir

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Acara kemuncak perkahwinan penyanyi lelaki popular, Mawi dan pasangannya, Ekin berakhir dengan majlis resepsi istimewa bertemakan Hikayat 1001 Malam yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam ini.

Upacara itu merupakan persandingan ketiga buat pasangan popular itu selepas di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru dan Felda Taib Andak, Kulai, Johor dua minggu lalu.

Majlis yang penuh meriah itu dihadiri seramai 1,500 tetamu termasuk kaum keluarga kedua-dua mempelai.

Persandingan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Ria, Astro itu turut dihadiri orang kenamaan, teman artis dan media.

Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Al-Haj dan Toh Puan Bendahara Kedah, Noorsuzanna Abdullah turut hadir mencemar duli menepung tawar mempelai.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan isteri, Datin Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin juga adalah antara orang kenamaan yang hadir pada majlis penuh unik itu.

Antara teman artis yang hadir memeriahkan majlis berkenaan Datuk Jeffrydin, Ajai, Ning Baizura, Rozita Che Wan, Farhan, Linda Onn dan ramai lagi.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis-artis popular iaitu Anita Sarawak, Rabbani, Yassin, Zahid, Mila dan bintang-bintang Akademi Fantasia (AF).

Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani diijabkabulkan dengan Nora'ashikin Rahmat atau Ekin pada 20 Disember lalu di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu.

Dalam majlis itu, Ekin menerima wang hantaran sebanyak RM30,000 serba satu dan mas kahwin sebanyak RM22.50.

0 comments:

MY BLOG AWARDS

MY BLOG AWARDS
From Yoyo & Lingg - (DaVOM)

From Lingg (DAVOM)