Anda Yang Ke

Bloggers Penang

~~SAMPAI KE AKHIR HAYAT~~AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Daisypath Anniversary tickers
PERKAHWINAN (PUAN SALINA & ENCIK NADZMIN)

~~SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH. AMIN YA RABBAL ALAMIN~~

Lilypie First Birthday tickers
HARI KELAHIRAN PUTERA SULUNG(MUHAMMAD NAJMI BIN NADZMIN)

5.28.2009

~~PUISI TANPA TEMA TETAP UNGGUL~~

Keratan akhbar Berita Harian - Khamis, 28 Mei 2009

Credit From : FACEBOOK (Kak Riza a.k.a Shahriza Mahmud)

Shahriza MahmudShahriza Mahmud ~ Baca Berita Harian ruangan sastera antara hari Khamis hingga Ahad tentang Pertemuan Penulis Muda Pena di Puteri Resort Melaka. ~
3.15 ptg · Komen ·

Siti Jasmina Ibrahim
Siti Jasmina Ibrahim
apa yang menariknye?
Shahriza Mahmud
Shahriza Mahmud
yang menariknya... hemm.. belum tahu.. hehe.. tapi..
puisi yang kita deklamasi malam tu insyaAllah akan diterbitkan tapi tak tahu bila.. ;)
Salina Mohd Sobri
Salina Mohd Sobri
Bagus! Bagus! Bagus! Betul! Betul! Betul! (",)
Erin Sharina
Erin Sharina
wow.. :) tahniah..
Salina Mohd Sobri
Salina Mohd Sobri
PERHATIAN!!!!!Artikel dah keluar dlm BERITA HARIAN hr ni. Sila beli cepat!!!!!!!!! Ehehe... (",)

5.27.2009

~~sEnDiRi SePi~~

Hasil Nukilanku-27/05/2009 :9.05pg

~~SENDIRI SEPI~~

Sendiri sepi,
Mencari sesuatu yang hilang,
Sepi yang datang menemani,
Di kala mentari menghilang,

Sendiri sepi,
Menanti keceriaan dalam kehidupan,
Sepi bertandang lagi,
Di kala hati mencari ketenangan,

Sendiri sepi,
Mengharapkan keceriaan hati,
Sepi kembali menyelubungi,
Di hati yang semakin sunyi,

Sendiri sepi,
Mengapa masih sepi lagi?
Sepi itu hadir di mana kini?
Di mana sepi itu bersembunyi?

Sendiri sepi,
Masihkah aku begini,
Sepi dalam mencari,
Di sini atau di mana lagi?

Sendiri sepi,
Mengapa masih dicari?
Sepi yang bersarang ini,
Di kala hati belum ketahui,

Sendiri sepi,
Menghantui diri ini,
Sepi bertandang dalam diri,
Di cari belum bertemu lagi,

Sendiri sepi,
Mencari sinar ILAHI,
Sepi mencari ilmu dunia abadi,
Di kala hati masih tercari-cari.

5.20.2009

~~KeHiDuPaN~~

Credit From : FACEBOOK (Kak Akma a.k.a Akma Badri)

Hasil Nukilanku-19/05/2009 :11.50mlm

Kehidupan yang penuh perbezaan,
Agar hidup penuh kebahagiaan,
Kehidupan berprinsipkan kemanusiaan,
Atau hidup penuh kepura-puraan,

Kehidupan berlandaskan keduniaan,
Atau berlandaskan nafsu syaitan,
Kehidupan berlandaskan pedoman Al-Quran,
Agar kebahagiaan Akhirat yg berkekalan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kehidupan yang bertulangkan perjuangan,
Agar hidup penuh kemakmuran,
Kehidupan yang bertulangkan pengorbanan,
Atau hidup penuh penderitaan,

Kehidupan yang berasaskan kemanusiaan,
Atau hidup berperwatakkan haiwan,
Kehidupan yang berasaskan kesabaran,
Agar hidup berlinangan airmata kekecewaan.

5.15.2009

~~HaPpY~~

Happy????? Alhamdulillah hr ni dah happy la skit. Lg 1 happy yg dimaksudkan adalah dpt jugak meringankan jari-jemari utk mencoretkan sesuatu di BLOG yg agak usang sejak akhir2 ni.

Erm.... Sebenarnya aku nak coretkan sedikit ttg album Amy Mastura yg terbaru telah berada dipasaran 5 May 2009 baru2 ni. Sampai skrg aku xdpt beli lg album terbaru artis kesayangan aku ni. Ehehe..... (",) Tp sampai sekarang aku xdpt beli lg sbb di Penang ni dah puas aku cari xdpt2 lg. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......


5.12.2009

SaWaNg???

Hah????? Klu labah-labah membiak di sini dah tentu sawangnya amatlah byk sekali. Ehehe.... (",) Maaf kpd adinda2ku, kekanda2ku serta teman2ku. BLOG ni ku biarkan usang setelah sekian lamanya jari-jemari ku penat & lelah di keyboard krn faktor2 yg xdpt dielakkan. Huhu.... Semoga kalian sudikanlah mengunjungi laman ini sentiasa, walaupun diriku ini diselubungi kesibukkan yg terlampau. Huhu...... Sampai bertemu lagi. Adios.

3.31.2009

~~KeKaNDaKu~~

Hasil Nukilanku-31/03/2009 : 12.32ptg

KekandaKu,
Setiap madahmu buatku tersentuh,
Setiap baris kata-katamu ku mengerti,
Setiap perjuanganmu tidak rapuh,
Setiap hela nafasmu penuh bererti,

KekandaKu,
Sejauh perjalanan kau lalui,
Sejauh mana pun kita tetap di sini,
Sejauh dalamnya hati sanubari,
Sejauh itu diri ini didekati,

KekandaKu,
Hayatilah luahan hatiku,
Hayatilah sedalamnya puisi,
Hayatilah sehingga mengerti,
Hayatilah dari hati nurani,

KekandaKu,
Hadirnya dirimu umpama suria,
Hadirnya dirimu penuh ceria,
Hadirnya dirimu menguatkan jiwa,
Hadirnya dirimu hidupku sempurna.

~~aDiNDaKu~~

Hasil Nukilanku-31/03/2009 : 11.36pg

AdindaKu...
Jangan ditangisi rasa ketandusan,
Jangan bersedih menjalani kehidupan,
Jangan dimalapkan lagi cahaya keceriaan,
Jangan berduka dengan kekecewaan,

AdindaKu,
Usahlah berduka dengan kesusahan,
Usahlah bersedih dengan kegagalan,
Usahlah menangisi setiap kerinduan,
Usahlah mencari setiap kehilangan,

AdindaKu...
Bangkitlah dengan hati yang jitu,
Bangkitlah dari segala kekecewaanmu,
Bangkitlah mencari sumber ilhammu,
Bangkitlah mengisi setiap ruang hatimu,

AdindaKu...
Ingatlah setiap saat itu adalah nyawamu,
Ingatlah bahawa setiap dugaan adalah ujian,
Ingatlah setiap airmata adalah doamu,
Ingatlah bahawa dugaan adalah ujian Tuhan,

3.27.2009

~~JoM MaKaN~~

Disebabkan perut aku tengah lapar sangat petang2 mcm ni. So saja nak kongsi dgn korg apa yg aku dapat makan sepanjang minggu ni. Ehehe... (",) Layan~~~~

Hari Selasa (24/03/2009)
Aku dapat makan aiskrim lagi, sejak kerja kat branch baru ni blh dikatakan dlm seminggu 2kali aku akan makan aiskrim. Tapi yg menjadi masalahnya & persoalannya adalah "KENAPA AKU XGEMUK-GEMUK?" Huhu..........

Hari Khamis (26/03/2009)
Smlm aku balik dr kerja terus ke TESCO dgn Kak Suzy, lps mandi & solat smlm aku lapar sgt. Selak tudung saji, rupa2nya Mak Yan ada buat Gado-Gado. Tau x Gado-Gado 2 apa? Ni hah cara nak makan Gado-Gado.

Bahan2nya :

Kuah Kacang

Sayur-sayuran (yang anda suka) & Tauhu Dipotong

Pastu korg sendukkan kuah kacang masuk kat dlm bekas ada sayur2an & tauhu td pastu gaulkan. Tu yg dinamakan Gado-Gado. Iklan masakan ni khas utk Erin Sharina (FACEBOOK). Ehehe.... (",)

Hari Jumaat (27/03/2009)
Kek? Arr....Mmg kek la ni bkn makhluk asing pun. Ehehe.... (",) Td kami semua celebrate birthday boss aku Mr. Michael Leow (Service Manager). Ni nak cerita skit, tgh aku taip BLOG ni aku tgh mkn kek. Tapi...................... DAH HABIS LA.......... Ehehe.... (",)

Sekian dahulu cerita utk aku kongsikan dgn korg hari ni. Sekian, terima kasih. Jumpa lagi.......

3.26.2009

~~TiGa kEtUa SaYaP BaRu~~

Credit From : Berita Harian Online (26/03/2009, Khamis)

Tiga ketua sayap baru



DARI kiri, Shahrizat Jalil, Khairy Jamaluddin dan Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Shahrizat, Khairy, Rosnah pikul tanggungjawab berat tentu hala tuju Umno

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Khairy Jamaluddin dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, masing-masing menang jawatan Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada pemilihan ketiga-tiga sayap Umno itu, malam tadi.

Shahrizat memperoleh 507 undi, jauh mengatasi Tan Sri Rafidah Aziz yang mendapat 280 undi, manakala Khairy memperoleh 304 undi menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (254) dan Datuk Mukhriz Mahathir (232). Rosnah pula mendapat 245 undi mengalahkan lima calon lain.

Kerusi Naib Ketua Pemuda dimenangi Datuk Razali Ibrahim yang mendapat 417 undi, menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican (373), manakala Shahanim Mohamad Yusoff mendapat 353 undi untuk jawatan Naib Ketua Puteri, menewaskan empat lagi calon.

Keputusan pemilihan bagi Wanita Umno diumumkan oleh Pengerusi Tetapnya, Tan Sri Napsiah Omar, kira-kira jam 9.30 malam, manakala Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Datuk Abdul Fattah Abdullah mengumumkan keputusan pemilihan pergerakan itu pada jam 11.20 malam.

Pengerusi Tetap Puteri, Rohani Abu Hassan pula mengumumkan keputusan pemilihan sayap termuda Umno itu, jam 10.57 malam.

Napsiah sebelum itu mengekalkan jawatannya tanpa bertanding, manakala Naib Ketua Wanita Umno juga dimenangi tanpa bertanding oleh Exco pergerakan itu, Datuk Kamalia Ibrahim.

Pengerusi Tetap Pemuda dimenangi semula Abdul Fattah dengan 460 undi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Muhammad Yadzan Mohammad mendapat 202 undi.

Exco baru Pemuda dibarisi Mohamed Suffian Awang yang mendapat 657 undi, Shafiqurrahman Shamsuddin (569 undi), Sohaimi Shahadan (541 undi), Mohamad Nazim A Samad (534 undi), Mohd Afandi Yusoff (503 undi), Jamawi Jaafar (471 undi), Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi), Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi), Ahmad Darus (446 undi), Ahmad Zaki Zahid (446 undi), Ali Mazat Salleh (437 undi), Megat Zulkarnain (436 undi), Zuber Zabidi (419 undi), Nazir Hussin Akhtar Hussin (410 undi), Lokman Noor Adam (406 undi), Syahrin Md Jamaluddin (404 undi), Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi), Muhammad Khairun Aseh (389 undi), Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi) dan Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi).

Jawatan Exco Wanita pula dimenangi Hasnah Salam yang mendapat 520 undi, Datuk Maznah Abd Hamid (509), Datuk Rosni Zahari (480), Datuk Armani Mahirudin (463), Datuk Norhayati Onn (463), Datuk Norhayati Omar (432), Datuk Rusnah Kasim (430), Marlia Abd Latiff (416) Noriah Mahat (412), Ros Suryati Alang (405), Datuk Jamelah A Bakar (400), Suraya Yaacob (388), Azihani Ali (385), Norliza Abdul Rahim (377), Sharifah Azizah Syed Zain (375), Datuk Maznah Mazlan (374), Datuk Azizah Mohd Dum (371), Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367), Norliza Ahmad (347) dan Wan Hazani Wan Mohd Nor (344).

Barisan Exco Puteri antaranya Mas Ermieyati Samsudin (604 undi), Hasrunizah Hassan (514 undi), Azlinda Zubir (510 undi), Zahida Zarik Khan 501 undi, Asmaiza Aahmad (498 undi), Norhasmizah Mat Tahir (482 undi), Fahariyah Md Nordin (474 undi), Wan Salwati Abdullah (465 undi), Maimunah Sidek (453 undi), Isfarina Mohd Ali (444 undi), Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi) dan Norsabrina Mohd Noor (426 undi).



3.24.2009

~~HaDiRkU UnTuKmU TeMaN~~

Hasil Nukilanku-24/03/2009 : 3.57ptg

Hadirku untukmu teman,
Dikala hatimu kerisauan,
Hadirku untukmu teman,
Dikala dirimu kebuntuan,

Hadirku untukmu teman,
Dikala hatiku ketandusan,
Hadirku untukmu teman,
Dikala diriku kebosanan,

Hadirku untukmu teman,
Dikala hatimu kelukaan,
Hadirku untukmu teman,
Dikala dirimu dikecewakan,

Hadirku untukmu teman,
Dikala hatiku kelapangan,
Hadirku untukmu teman,
Dikala diriku keriangan,

Hadirku untukmu teman,
Bila hatimu sering dipinggirkan,
Hadirku untukmu teman,
Bila dirimu sering keseorangan,

Hadirku untukmu teman,
Bila hatiku sering kesunyian,
Hadirku untukmu teman,
Bila diriku sering dilupakan.

~~HaRi iNi & HaRi EsOk~~

Hasil NukilanKu - 24/03/2009 : 12.17ptg

Hari ini biasa sahaja,
Hari ini mungkin berubah,
Hari ini sibuk bekerja,
Hari ini tiada berubah,

Hari esok tetap datang,
Hari esok berganti masa,
Hari esok tiada hilang,
Hari esok setingkat usia,

Hari ini mencari ilham,
Hari ini ilham bertandang,
Hari ini tetap berdiam,
Hari ini semangat hilang,

Hari esok mungkin berbeza,
Hari esok mungkin selesa,
Hari esok tetap bekerja,
Hari esok tetap seperti biasa,

Hari ini atau esoknya,
Hari yang tiada berbeza,
Hari yang lain namanya,
Hari yang berbeza-beza.

3.23.2009

DiaRi SeMaLaM......

Erm... Setelah penat memerah otak td, skrg masanya utk aku relax sekejap b4 sambung kerja2 yg perlu disiapkan nnt. Disebabkan jari-jemari aku hr ni terajin la sikit so dpt la aku coretkan sedikit sebanyak aktiviti aku di hari sabtu (21/03/2009) & ahad (22/03/2009) ek. Layan~~~

Sabtu - 21/03/2009
Selesai saja kerja dlm pukul 3.30ptg aku & Kak Suzy (member office) terus bertolak balik. Mula2 ingat nak terus balik saja, tp tiba2 aku teringat msg Noza (PA Mila) tanya aku xpi ka kat Queensbay, Bayan Baru. Bila aku tanya Kak Suzy ckp dia xdak hal so kami pun bertolak ke sana. Sampai saja kat sana rupa2nya Gempar Selebriti Astro dah selesai, cuma menantikan krew2 Astro siapkan kerusi & meja utk sesi autograf plak. Sempat la aku snap2 dgn camera aku walaupun hanya CANDID sbb MARSHAL (bodyguard) ASTRO punya la kawal ketat. Huh.......


Nasib baik la time Riz turun nak ambil maker pen aku sempat gak snap gambar dia. Ehehe....

Riz AF6

Alahai...Kesiannya si cilik ni. Aku xpasti nama adik ni tp aku tau dia popular la iklan dlm Astro yg slh satu dialog dlm iklan dia "otak burung unta lebih kecil dr matanya". Korg carilah nama adik ni ek. Layan~~~~

Ni plak part paling best dpt bergambar dgn Hazama (Konsert Prelude AF3). Masa mula2 aku nak ambik gambar dia sorg saja. Last2 dia mai rapat plak kat aku, dia kata mai la ambik gambar sekali. Then aku pun minta tlg Zel DaVOm ambil gambar aku dgn Hazama. Ehehe.....



Ni plak xpyh la aku nak kenalkan lagi, korg pun kenal kan?

Mila AF5

Selesai saja aku salam dgn Mike, Zel & Noza ptg tu aku terus bergerak balik. Sbb tunang aku dah msg bg tau adik-beradik dia nak aku mai rumah dia. Kebetulan ptg tu abg dia ada buat BIRTHDAY PARTY utk anak sulung dia. Ni paling aku xblh ingat lagi sbb xdpt hafal nama anak sedara sebelah tunang aku. Bkn saja anak2 sedara tunang aku saja aku xdpt hafal, malah anak2 sedara aku sendiri pun xdpt ingat nama depa. Wakakakakaka..............

Ahad - 22/03/2009
Ni plak misi membeli ikan & ketam di Teluk Kumbar kat tempat Kak Suzy buat PART TIME. Xla aku main2 saja la, dia tlg kakak dia pilih ikan2 dr nelayan2 sbb depa peraih ikan kat situ. Erm...... Aku xbeli ikan tp aku tgk Ibu, Mak Yan, Tok Teh Ah & Tok Cik Kiah beli ikan hr tu.
Sambil2 tu aku sempat la snap beberapa gambar utk tatapan korg ek.

~~Aksi Aishah~~

~~~Aksi Kanak-kanak Ribena~~~
Lela & Ieta (Adik Aku)
Woiii..... Hangpa cari siput ka hangpa buat kolam?


~~Ieta (Adik Aku)
Aku nak kahwin dgn anak raja...... Wakakaka.....

Selepas semua dah selesai membeli-belah kat situ, rupanya ada gak babak JEJAK KASIH. Mana taknya rupa2nya ayah Kak Suzy tu kawan sekerja dgn Papa Njang. Kebetulan Papa Njang mai gak hr tu klu x xada la babak JEJAK KASIH. Wakakakaka.....

Balik dr situ ibu terus siang ikan utk dibawa ke rumah Mak Uda Arah, maklum la xcited semua nak mkn ikan baru. Ehehe....... Setelah siap semua kami bergerak ke rumah Mak Uda Arah. Apalagi chef seperti biasa iaitu ibu aku la masak gulai ikan duri & goreng ikan gelama. Mak aiiii..... Nyummmyy..... Sedapnya makan ikan baru. Ehehe........

Ni plak gambar2 Nur Syazalina pun ada kat rumah Mak Uda Arah, dah lama benar xtgk dia sejak dia balik ke Alor Setar hr tu. Layan......

Amboi.... Gebunya mcm UBI KAYU dah ni. Ehehe....

Yahooo.... MERDEKA! Amboi, tau la dah lepas tempoh pantang. Ehehe...

Kejap fikir masalah negara plak ek... Ehehe....

Awat ambik gambaq cheq ni hah? Ehehe.....

3.20.2009

SeDeKaH......

Credit from : My FACEBOOK

Hasil NukilanKu : 20/03/2009 : 12.36ptg

Salam diucap pembuka bicara,
Senyum dibibir itu sedekah,
Semoga ceria di hari mulia,
Serta dirahmati oleh Allah.

Hari yang indah penuh ceria,
Hilangkan segala gundah-gulana,
Harapan persis sinar suria,
Hidup pastikan lebih sempurna.

p/s: Buat Kak Riza & teman2 semua. Have a nice day. (",
)

GAMBAR HIASAN
~~~~Renung-renungkan sejenak~~~~



CARNIVAL CHEVROLET??????

Alamak??? Masak la aku kena kerja plak ka hr sabtu & ahad ni sampai pukul 6ptg? Td Imah call bg tau dia kena kerja sabtu (21/03/2009) & ahad (22/03/2009) ni. Ni semua gara2 Carnival Chevrolet punya pasal la ni. Aku doa2 la agar kat sini aku dikecualikan utk bekerja sampai hr ahad. Ehehe.... Jahatnya aku ni.


Tapi klu aku kena kerja direct minggu ni jawabnya makin longgar la cincin tunang aku ni. Huhu.........

HaDiaH iSTiMeWa

Hari rabu (18/03/2009) baru2 ni My Lovely baru balik dr KL. Baru saja dia sampai rumah dr KL, terus dia msg kat aku nak ajak keluar. Nasib baik hari tu aku balik awal skit, sempat la rest kejap tgk tv pastu mandi & solat Maghrib dulu b4 keluar mkn2 dgn My Lovely. Ehehe. Korg tgk pandai x My Lovely belikan beg tangan utk aku. Ni 1st time dia belikan sendiri ikut taste dia sendiri. Nampaknya taste kami lebih kurang saja, pandai dia belikan? Ehehe.......


Erm... Aku rasa best sgt setelah beberapa hari xdpt nak msg or berbual dgn My Lovely lama2 dgn handphone yg selalu meragam. Hr rabu tu kami berbual sambil mkn2 kat Sunny Char Koey Teaw di Bayan Baru dr pukul 8.45mlm sampai pukul 10mlm. My Lovely sempat korek cerita perkenalan kami dulu, aku plak tunjuk msg2 1st perkenalan kami. Ehehe. Mmg kelakar klu diingatkan kembali. Dia kata aku ni kuat menguji, nasib baik la dia dah bersedia dgn ujian2 aku tu so LULUS semua ujian2 aku tu kami pun bertunang. Dasyatkan aku ni siap mcm paper exam plak utk TUNANG aku tu. Kesian dia.... Nasib la kan bkn senang tau org nak kenal dgn aku ni bkn cerewet mana cuma aku nak la jugak tau sejujur mana org yg akan aku syg sampai ke akhir hayat. Ehehe..... Opssstt... Terlupa plak nak bg tau tujuan My Lovely ke KL baru2 ni sbb ada FINAL INTERVIEW utk jawatan PENGUATKUASA JABATAN ALAM SEKITAR. Entah ke mana dia akan dihantar bertugas nnt sekiranya LULUS, sama ada di Perlis, Perak atau di Johor. Korg doa2kan la My Lovely LULUS interview tu nnt ek. Results interview tu akan diberitahu hujung bln April 2009 nnt. Mudah2an tunang aku tu berjaya dlm pemilihan tu nnt.
Amin....Amin....Amin... Ya Rabbal Alamin....

Dah la tutup cerita pasal hadiah istimewa dr My Lovely tu, aku teringat plak lagu nyanyian Kak Amy Mastura. So korg layan saja la ek.

Hadiah

Nyanyian : Amy Mastura

Berikan daku cinta setulusnya hatimu
Untukku kecapi bahagia

Ku ingin kau disisiku di mana pun berada
Dalam duka dan ceria

Sekian lama ku layari
Sepi hidup ini

Sendirian

* Tak ingin lagi daku dibayangi semalam

Hidupku penuh kesunyian
dan sekian lama kini
aku mula mengerti
Aku tak bisa sendiri

Kepadamu ku sandarkan

Cinta tulus suci

Yang abadi

Chorus:

Hadiahkan untukku cinta dihatimu

hiasi jiwa ini dengan rasa rindu
Bawalah daku bersamamu selamanya
Cintai daku sepenuhnya
(hatimu)

ulang *, chorus 2x

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

@$!%^%@^*&!@@#%$^%#

BOSANNYA

@$!%^%@^*&!@@#%$^%#

Ni plak wajah2 bosan bila dah mengantok. Huhu..........

3.18.2009

~~SuMbEr iLHaM kU~~

Credit From : My FACEBOOK

Terima kasih Kak Riza xpyh senarai pun xpa. Klu nak senarai mau semput jari2 akak nnt. (",) Anyway,thanks bcoz u make me HAPPY. (",) Kpd semua yg sudi mengenali & menjalinkan persahabatan di dlm FB ni. Terima kasih byk2. Selami kata2 yg xseberapa ni ek :-

Biar jauh di mata,
Sentiasa dekat di hati,
Biar sahabat beribu atau berjuta,
Segunung emas tidak mampu ditukar ganti.

Nabi Adam penghulu umat manusia,
Nabi Muhammad membawa sinar agama mulia,
Kita hidup sebagai manusia,
Kukuhkan ukhwah sesama manusia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasil NukilanKu : 17/03/2009 : 4.06ptg

Makna rakan,kawan,sahabat,teman mahupun kenalan...
Hanya dinilai dari hati yg suci dan terpuji....
Makin diselami hati untuk jadikan pedoman....
Hanya terjawab bila kita terus menguji....

Di mana rakan?
Di mana kawan?
Di mana sahabat?
Di mana teman mahupun kenalan?

Tika redup di hati makin mendung....
Tika suria di hati makin kelam....
Masih adakah payung untuk berlindung?
Masih adakah jiwa ini diselam?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasil NukilanKu : 18/03/2009 : 9.10pg

Hati ini sering diduga,
Diduga dengan kesabaran,
Hati yang sering diluka,
Dilukai ramai kenalan,

Sikap diamku punca segala,
Kerana sahabat terus hilang,
Setiap kali aku dilanda derita,
Kerana sahabat hadir di kala senang,

Hanya sekadar rakan biasa,
Pendorong semangat kehidupan,
Hadirnya sekadar tinggal bersisa,
Persis kilauan emas yang kelam,

Jika dibilang banyaknya kawan,
Mencari yang ikhlas dihati,
Jika dihitung banyaknya lawan,
Membenciku kerana iri hati,

Teman yg hadir menemani jiwa,
Dikala sunyi ataupun resah,
Teman sejati ikhlas dijiwa,
Doaku hanya kpd Allah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasil NukilanKu : 18/03/2009 : 9.25pg

Terangkan hari dengan senyuman,
Ubati hati yang suram dan kelam,
Teman di sini sudi dengar keluhan,
Untuk mengubati hati yang suram.

3.16.2009

CuTi & kEnDuRi????

Disebabkan hr ni otak aku dah hampir membeku tahap yg teramat sgt. Aku saja nak kongsikan dgn korg gambar2 yg sempat aku ambil dr lensa camera aku pd hr sabtu & ahad baru2 ni ek. Layan~~~~


~~Aksi2 Aishah~~




~~Aksi Aishah & Aku~~


Semua gambar2 aksi Aishah sempat aku ambil hr sabtu baru-baru ni. Selepas pi kenduri rumah Pakcik Pa (Ketua Kampung - Kampung Pertama) & balik dr kenduri terus pi service kereta aku. Huhu...... Balik dr service kereta terus ke kedai dobi hantar baju bertunang aku hr tu nak iron sendiri xblh sbb manik2 byk la plak. Huhu..... Balik dr dobi hantar ayah aku balik rumah, pastu baru bertolak ke rumah Mama Fazilah di Tambun, Batu Kawan. Nasib baik Kak Emi & Aishah xbalik lg so sempat la melayan karenah dia kejap. Ehehe..... Dlm pukul 7ptg kami bertolak balik ke rumah.



Ni plak cerita smlm (ahad), aku, adik & ibu aku pi 2 rumah kenduri. Ayah aku last minute bg tau xlarat nak ikut pi kenduri. Huhu.... So terpaksa la aku yg jd driver lg. Huhu...... Rumah kenduri pertama kami ke rumah jiran satu taman & juga pengantin perempuan adalah kawan adik aku masa sekolah rendah bersebelahan Hospital Seberang Jaya. Tp kami xsempat nak tunggu pengantin balik dr make-up, kami terus ke Bagan Ajam. Ni kenduri terakhir kami pi smlm pengantin adalah My Best Friend time kerja di STUDIO, Carrefour Seberang Jaya. Kak Rose nampak cantik sgt mengenakan pakaian ala2 BOLLYWOOD gitu. Ok la setakat ni saja mood yg aku ada nak coretkan utk hr ni. Aku akan coretkan lagi klu Mood & Rajin jari-jemari nak menaip di keyboard ni lagi ek. Layan~~~~


~~~Pengantin Bollywood~~~

"Selamat Pengantin Baru
Semoga Berkekalan Sampai ke Akhir Hayat"
Kepada:
Kak Rose & suami


Kak Rose & Aku
My Best Friend @ Studio, Carrefour Sbrg Jaya


Ieta (Adik Aku) & Kak Rose

MY BLOG AWARDS

MY BLOG AWARDS
From Yoyo & Lingg - (DaVOM)

From Lingg (DAVOM)